بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nampaknya, puak2 UMNO betul2 kelam kabut dan terpana dek gagasan Anwar dan PR untuk memansuhkan PTPTN?
Dalam usaha depa utk mengaburi mata rakyat mengenai PTPTN ini, depa pun mencanangkan kononnya pemansuhan PTPRN ini adalah bertujuan utk meraih undi bukan melayu lantaran kononnya bukan melayulah yg paling banyak meminjam dari PTPTN. Secara jujur, ini benar2 kontradik - sebab puak2 yang sama inilah yg dulunya mencanangkan kononnya pemansuhn ini bkl menyusahkan org melayu.
Mana satu ni?
Memandangkan "fakta" songsang ini baru sahaja kedengaran, maka expect inilah mantra depa utk tempoh masa terdekat. Tetapi, seperti mana2 "fakta" songsang depa, ini semua menambahkan lagi bukti bahawa depa ni sebetulnya nyanyuk.
Sila teliti petikan berita terbitan Malaysiakini ini, yang mengambil sumber dari Bernama -
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
meluluskan pembiayaan kepada 1.5 juta pelajar yang
membabitkan RM32.62 bilion sehingga 30 April lalu,
kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin.
Beliau berkata daripada jumlah itu 1,054,436 pelajar,
atau 70 peratus, terdiri daripada kalangan pelajar dari
kaum Melayu.
"Ia diikuti dengan pelajar Cina 266,079 orang (18
peratus), pelajar India 82,146 (lima peratus) dan
selebihnya lain-lain kaum seramai 105,990 atau (tujuh
peratus)," katanya dalam jawapan bertulis kepada
Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.
Teresa bertanya bilangan peminjam PTPTN mengikut
pecahan kaum serta negeri asal peminjam sejak
pinjaman itu diperkenalkan, dan bilangan peminjam
yang merupakan kelulusan Unified Examination
Certificate (UEC) sejak diadakan.
Mohamed Khaled berkata berdasarkan pecahan
mengikut negeri, pelajar dari Johor paling ramai
menerima pinjaman PTPTN dengan jumlah 247,699
pelajar diikuti Perak (169,913), Kelantan (158,770) dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (151,884).
Katanya 145,096 pelajar dari Selangor menerima
pinjaman PTPTN itu, manakala Kedah (121,754 pelajar),
Pahang (91,878), Sabah (89,965), Pulau Pinang
(88,274), Sarawak (88,226), Negeri Sembilan (63,320),
Melaka (57,133), Perlis (17,932), Terengganu (14,293),
Wilayah Persekutuan Labuan (1,522) dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya (992).
Bagi pelajar kelulusan UEC pula, PTPTN akan
mempertimbangkan pembiayaan bagi mereka di
institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengikut kaedah
yang dipersetujui antara PTPTN dan IPTS masing-
masing.
Katanya sebagai permulaan, pada masa ini PTPTN
sedang dalam tindakan memberikan taklimat kepada
semua pelajar yang terlibat mengikut institusi pengajian
tinggi (IPT) masing-masing berkaitan dengan tatacara
dan kaedah sebelum permohonan secara atas talian
dibuat oleh pelajar.
Berdasarkan data yang diperolehi daripada semua IPTS
yang terlibat, dijangka pelajar yang akan memohon
adalah seramai 488 orang, katanya.
Maka menerusi laporan ini, terbukti 2 perkara secara x langsung -
1) fakta puak UMNO berkenaan cina paling ramai guna PTPTN adalah tidak ramai.
2) Kalau anak Johor nak merasa pendidikan free, undilah PR dan naikkn Salahuddin Ayub sebagai MB.
Setuju?
No comments:
Post a Comment