Wednesday, April 11, 2012

Menyusur Sinar Bulan - Tertubuhnya Jemaah Islam bahagian 4


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, kini kita dah masuk ke bahagian keempat dari siri “Tertubuhnya Jemaah Islam” di bawah tajuk “Menyusur Sinar Bulan” yang menerangkan tentang sejarah PAS yang sebenar. Setakat ni sambutan terhadap siri2 penjelasan dan perkongsian sejarah ini amat2 menarik dan hebat dimana selaku pengantar, aku mengharapkan agar lembaran2 ini mampu untuk memberikan kita kefahaman yang lebih mendalam terhadap PAS dan perjuangannya serta asas sejarahnya.

Pada bahagian 3, aku telah menceritakan ttg perihal punca PAS ditubuhkan, dan pada bahagian kali ini yang merupakan bahagian terakhir siri “Tertubuhnya Jemaah Islam” ini aku akan garapkan tentang matlamat penubuhan PAS dan insya Allah, akan menyentuh sedikit ttg sejarah bendera PAS.

Mulai esok, kita akan masuk bab baru dalam siri “Menyusur Sinar Bulan” dengan memberikan penekanan terhadap perjuangan dan perjalanan PAS secara detail dibawah 3 bekas YDPnya. Teruskan membaca.

*****

Dalam episod yang lalu, kita telah menyentuh secara detail tentang punca2 penubuhan PAS serta menyentuh tentang perubahan2 nama PAS yang sering berlaku lantaran terikat dengan pelbagai kerenah kerajaan penjajah. Kali ini, kita akan menyentuh ttg matlamat penubuhan PAS pula.
Matlamat perjuangan PAS mempunyai 4 tujuan, iaitu

1- Mewujudkan sebuah persatuan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah ang berdasarkan demokrasi.
2- Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga bagi menyatukan perlembagaan pentadbiran agama seluruh Malaya.
3- Memelihara dan mempertahankan hak2 kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
4- Bekerjasama dengan pertubuhan2 siasah yang lain secara tahalluf di dalam negara ini yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran2 Islam bagi mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan perikemanusiaan sejagat.

Dalam mesyuarat agung tahunan PAS kali ke 2 pada 26-28 Ogos 1953, tujuan2 itu tekah ditambah dengan memasukkan pernyataan berikut

…berikhtiar melaksanakan hukum2 dan ajaran2 Islam di dalam kehidupan orang seorang lain dan masyarakat menuju keredhaan Ilahi”.

Dalam mesyuarat tahunan berikutnya, iaitu mesyuarat agung tahunan kali ke 3 pada 12-14 Ogos 1954, dijelaskan lagi tujuan PAS ialah untuk

1- Menjalankan ikhtiar dan langkah dengan tujuan menegakkan kemerdekaan negara dan umat Islam.
2- Memperjuangkan cita2 Islam di dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara

Jelas di sini daripada 5 tujuan pada tahun sebelumnya, tujuan PAS pada tahun 1954 hanya dua sahaja. Namun begitu, perlembagaannya pada tahun 1954 telah memasukkan fasal 3, iaitu usaha2 PAS. Antara lainnya dinyatakan bahawa PAS berusaha untuk mencapai perkara2 berikut –

1- Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
2- Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga supaya dapat dilaksanakan satu pentadbiran agama di seluruh Malaya.
3- Memelihara dan mempertahankan hak kepentingan dan kehormatan umat Islam di dala kehidupan orang seorang.
4- Berikhtiar melaksanakan hukum2 dan ajaran2 Islam di dalam kehidupan orang seorang dan masyarakat menuju keredhaan Allah.
5- Bekerjasama dengan pertubuhan2 yang lain yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran2 Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan perikemanusiaan.

Mesyuarat agung tahunan PAS ke 11 pada 31 Disember 1962, serta 1 dan 2 Januari 1963 telah meminda tujuan PAS seperti berikut

1- Menjalankan ikhtiar2 politik dan perlembagaan untuk mewujudkan di dalam Persekutuan Tanah Melayu akan pemerintahan Islam yang berjalankan di dalamnya hukum2 Allah, pegangan Islam dan pandangan hidup Islam.
2- Mengembalikan, memperjuangkan dan memelihara hak2 kepentingan bangsa melayu sebagai bumiputera.
3- Menjalankan ikhtiar dan usaha2 politik dan perlembagaan bagi membawa terlaksananya sebuah masyarakat yang sejahtera dan berkebajikan yang mempunyai mutu hidup yang tinggi di dalam semua lapangan
4- Memperjuangkan dan melaksanakan serta memelihara kemajuan kehidupan ekonomi rakyat yang bersendikan keadilan ekonomi yang sempurna menurut ajaran Islam.
5- Mengawal, mempertahankan dan memperkukuhkan kemerdekaan negara, kedudukan dan hak kepentingannya di dalam dan luar negara.
6- Memperjuangkan dan melaksanakan serta memelihara kehidupan politik negara yang sihat dan adil bagi Persekutuan Tanah Melayu dan seluruh rakyatnya dengan mendaulatkan bahasa melayu dan mempunyai kebudayaan kebangaan yang bercorak melayu yang tiada bertentangan dengan Islam.
7- Memperjuangkan dan menjalankan usaha2 supaya tertegak dasar2 dan amalan2 persaudaraan kemanusiaan yang adil, demokrasi yang sihat dan keadilan kemasyarakatan di dalam lapangan politik, ekonomi , pendidikan dan masyarakat bagi perkembangan dan kemajuan hidup seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan keteguhan negara.
8- Berusaha menentang dan membanteras penjajahan, pembudakan, kezaliman dan pemerasan walau dengan corak apa dan di mana jua pun.

Pada peringkat awal penubuhannya, PAS bukanlah ditubuhkan untuk berlawan atau menjatuhkan mana2 parti politik yang telah sedia ada dalam memperjuangkan kemerdekaan, tetapi adalah semata2 timbul daripada kesedaran dan keinsafan umat Islam sendiri hendak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Allah swt. Tertubuhnya PAS adalah semata2 kerana umat Islam di negara ini hendak mewujudkan dan mengisi perjuangannya dengan apa yang menjadi keyakinan dan pandangan hidupnya sebagai umat Islam dan sebagai hamba Allah yang patuh kepada ajaran Tuhannya.

Hala tuju perjuangan PAS telah diperjelaskan oleh TYDP PAS, Professor Zulkifli Muhamad seperti berikut –

…matlamat perjuangan kita ialah memperjuangkan kemerdekaan,. Ini adalah satu perkara yang wajar. Sebagai sebuah parti politik yang berideologi dan bercita2, kita tahu bahawa menghapuskan penjajahan dan mendapatkan kemerdekaan itulah tugas pokok kita yang pertama. Kemerdekaan adalah alat atau jambatan yang boleh menyampaikan kepada terlaksananya cita2. Tidak ada satu cita2 atau ideologi pun dapat dilaksanakan dengan sempurnanya dalam sebuah negara yang hidup di bawah kongkongan penjajahan, bahkan bukan saja sekadar itu, kemerdekaan itu bagi umat Islam adalah mengandungi nilai yang lebih besar dan lebih tinggi.

Tidak ada malu yang lebih besar dan tidak ada nista yang lebih hina bagi umat Islam selain daripada arang hitam penjajahan yang terconteng di dahinya itu mesti dan wajib dihapuskan dengan apa cara sekalipun. Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk di bawah penjajahan asing yang tidak seagama dengannya. Sebab umat Islam adalah diwajibkan oleh Tuhannya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajahan oleh orang2 yang tidak sekeyakinan dengannya.

Jadi nyatalah bahawa memperjuangkan kemerdekaan itu bagi umat Islam, dan bagi PAS selaku parti politik Islam, bukan sahaja merupakan kewajiban perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan dengan penjelasan itu juga , ternafi segala tuduhan yang pernah dilemparkan oleh pihak2 yang tidak berniat baik terhadap Islam, bahawa PAS adalah sebuah parti penghalang kemerdekaan., sebuah parti yang tidak ingin kepada kemerdekaan dan sebagainya. Dengan tegas di sini kita boleh berkata, jika parti lain sekalipun mahu merdeka, kita sebagai parti Islam sepuluh kali lagi mahu merdeka, kerana begitulah kehendak yang diperintahkan oleh agama pada kita sebagai muslim.


Jelas sekali di sini bahawa PAS memperjuangkan kemerdekaan negara. Dengan penyataan ini terhapuslah tanggapan kononnya PAS tidak memperjuangkan kemerdekaan negara. Dalam peringatan mesyuarat agung tahunan ke 5 pada 23-25 Disember 1956, mesyuarat telah memutuskan bahawa –

1- Kita hendaklah menuntut kemerdekaan penuh bagi semenanjung tanah melayu di dalam tempoh tidak lebih dari tahun 1959.
2- Bahawa kebangsaan bagi semenanjung tanah melayu hendaklah kebangsaan “melayu” dalam mana bahasa melayu menjadi bahsa rasmi dan kebangsaan tunggal.
3- PAS hendaklah memberi ingatan kepada rombongan kemerdekaan ke london yang akan berunding atas masalah kemerdekaan tanah melayu supaya jangan mengecualikan hak dan kedaulatan melayu dalam semua lapangan
4- Ajaran Islam hendaklah dijadikan panduan dalam pentadbiran dan perjalanan negara dalam usaha menuju pemerintahan yang berdasarkan kepada al Quran dan Hadis serta ijmak ulama.
5- PAS adalah menuntut dan menyokong sebarang langkah yang baik untuk membatalkan jawatan Penasihat British.

Apabila negara sudah merdeka, matlamat perjuangan PAS terarah mengisi kemerdekaan yang telah diperoleh itu. Ini ditegaskan oleh Zulkifli Muhamad seperti berikut –

"Setelah mencapai kemerdekaan sampailah kita kepada peringkat perjuangan mengisi kemerdekaan, dari sini bermulalah peringkat kedua perjuangan kita, peringkat jangka panjang perjuangan PAS.
Sebagai sebuah parti yang berideologi, kita berazam hendak mengisi kemerdekaan itu dengan ideologi kita sendiri, iaitu ideologi Islam atau Islamisme. Kita percaya dengan Islam sahajalah negara kita dan umat kita dapat dibawa ke arah keselamatan dan kebahagiaan yang sebenar-benarnya.

Dengan lain-lain perkataan bahawa tugas kita yang terpenting sesudah tercapainya kemerdekaan ialah berikhtiar supaya undang-undang dan peraturan yang diamalkan dalam masyarakat dan dalam pemerintahan negara, sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah. Dengan itu barulah ada nilainya Islam itu sebagai agama pembimbing hidup kemanusiaan.

Ini bermakna PAS kenalah berikhtiar menjadi negara ini pada akhirnya sebagai sebuah negara Islam dalam ertikata sebenar, lebih daripada sebagai sebuah negeri Islam semata2, kerana Islam itu umpamanya telah diakui menjadi agama rasminya dan kerana sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang2 melayu beragama Islam. Di dalam sebuah negeri Islam itusahajalah undang2 dan peraturan Allah itu akan dapat dilaksanakan sepenuh2nya…


Jelas sekali di sini bahawa PAS bukan saja mahu sekadar merdeka, tetapi mementingkan semangat apakah yang ingin diisi dalam kemerdekaan tersebut.

Mengenai bendera pula, mesyuarat agung tahunan PAS kali pertama pada 3 Januari 1953 telah mutuskan bahawa bendera PAS ialah berwarna merah putih dan di hujung sebelah atas merah tersebut terdapat bulatan berwarna hijau dan dituliskan kalimah Allah swt dan Muhammad s.a.w. Kedua2 kalimah itu kemudian digugurkan pada tahun 1967 setelah pendaftar pertubuhan meminta kalimah2 ini digugurkan supaya ianya tidak mengelirukan masyarakat (?). Mesyuarat agung tahunan PAS kali ke 15 pada 19-21 April 1968 kemudiannya memutuskan bahawa pada tempat kalimah2 yang digugurkan itu dibiarkan kosong, dan digunapakai sehingga ke hari ini.

Cogan kata PAS pada awal penubuhannya ialah “Merdeka”. Cogan kata ini telah diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan PAS kali pertama. Namun begitu pada tahun 1954 ia berubah menjadi “Allahu Akbar” dan seruan PAS pula ialah “Merdeka”.

BERSAMBUNG BAHAGIAN LAIN, DI BAWAH TAJUK “PAS DI BAWAH TIGA TERAJU”.

No comments:

Post a Comment