Thursday, April 5, 2012

Kenapa UMNO cuak sangat dengan BERSIH?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bila gendang BERSIH dipalu, mula la keluar ayat2 yang karut marut dari puak2 UMNO.

Sehingga kini, atas sebab musabab yg aku tak faham, depa cukup benci dengan BERSIH. Dari dulu depa cuba menanamkan pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap BERSIH.

Aku ingat lagi masa tahun 2007 ketika negara dibawah pemerintahan mertua-menantu, masa tu BERSIH 1 sedang dimootkan. Habis perhimpunan agung UMNO masa tu digunakan utk menghentam BERSIH tapi disebabkan masa tu BERSIH ini tak menyeluruh, maka hentaman itu agak bersifat "tembak biasa" je. Tambahan lak, walaupun Pak Lah adalah PM yg digambarkan sebagai lembik tetapi dia berani menghadapi situasi BERSIH atas kesedarannya tentang "hak rakyat bersuara". Tiada kedengaran lagi masa tu betapa BERSIH ni "anasir pelbagai pihak".

Bila BERSIH 2.0 muncul yg dipengerusikan oleh Ambiga menggantikan Syed Azman, dan kebetulan masa tu yg meneraju negara ialah isteri kepada Rosmah Mansor, kita dapat lihat betapa kecuakan terhadap BERSIH oleh UMNO ni meningkat beberapa desibel. Antara bukti kecuakan itu yg dapat kita lihat adalah -

1) penyebaran pelbagai tohmahan terhadap BERSIH, antaranya mengaitkannya dengan fahaman komunisme, fahaman kapitalis dan fahaman anarki. Sudahlah ketiga2nya bercanggah antara satu sama lain, sehingga kini IANYA GAGAL DIBUKTIKAN walaupun dengan penangkapan Michael Jeyakumar seumpamanya.

2) tohmahan bahawa para demonstran BERSIH akan membuat kekacauan dan keganasan bersifat subversif di ibu kota yang dikulminasikan dengan "penemuan" berbilah2 parang panjang baru berkilat yg diletakkan bersama2 dengan beberapa helai baji BERSIH. Sememangnya ini memang lawak. Dan seperti kes di atas, ianya kekal diam tanpa tangkapan.

3) Kenyataan Muhyiddin Yassin yg menegaskan "BERSIH bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO BN". Bila masa BERSIH diwujudkan utk rampas kuasa?

4) Amaran berulangkali pihak berkuasa agar tidak hadir masa BERSIH. Ini dikuatkan lagi dengan pengeluaran senarai 91 org yg diharamkan masuk ke bumi Kuala Lumpur pada masa itu (tapi banyak je yg lepas).

5) Kuala Lumpur seolah2 menjadi medan perang apabila polis membuat blockade di SEMUA jalan masuk ke pusat bandar sehingga menyebabkan ekonomiu negara lumpuh teruk masa tu. Kita tak suruh pun depa block jalan. Tapi depa yg cuak sangat sampai nak blok jalan tu kenapa?

6) penangkapan pre-amptive ramai rakyat di stesen2 keretapi, stesen2 bas, masjid2 dan mana2 sahaja lokasi yg depa syaki menjadi tempat perkumpulan pada demonstran BERSIH seawal pagi buta.

Itu berkenaan secara harfiah. Media perdana semuanya menyiarkan ayat2 Quran yg depa twist meaningnya agar menampakkan himpunan sebegini diharamkan dalam Islam. Malah, mimbar Jumaat pun jadi mangsa! Tapi depa terlupa ke bahawa UMNOlah pemula segala bentuk himpunan ni satu ketika dulu? Masa tu boleh halal pulak?

Dalam menghadapi puak yang memberikan fatwa berbayar ni, Dr Maza menyentuh secara detail permasalahan ini dengan memberikan satu hadis sahih Nabi s.a.w sebagai dalil. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatah lagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

Lihatlah betapa cantiknya Islam ini jika tidak diselewengkan atau diterjemahkan mengikut kehendak pemerintah.

Dan kini, bila BERSIH 3 muncul, awal2 lagi Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan yang lawak apabila menyatakan Dataran Merdeka "tidak digazetkan untuk SEBARANG HIMPUNAN AWAM". Then, apakah konsert2 yg dianjurkan di Dataran Merdeka saban tahun tu bukan menyaksikan satu himpunan awam ke?

Muhyiddin Yassin pula dipetik berkata "tidak guna buat BERSIH selagi PR itu sendiri tidak bersih." Soalnya, apa kaitannya BERSIH dengan PR?

Untuk kesekian kalinya, aku highlightkan sekali lagi apa itu BERSIH, tujuannya dan perkara yg berkait dengannya -

1 - BERSIH adalah singkatan kepada Gabungan Menuntut Pilihanraya Yang Adil, Telus dan Bersih; diwujudkan atas keinsafan betapa sistem pilihanraya negara ini dan SPR begitu korup dan terjejas menatijahkan perjalanan pilihanraya yang amat meragukan.

2 - Tujuan BERSIH adalah untuk menggesa reformasi dan penambahbaikan dalam SPR dan sistem pilihanraya negara ini berdasarkan 8 tuntutan iaitu Bersihkan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yg bebas dan adil utk semua pihak, masa kempen PRU minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan amalan rasuah pilihanraya dan membasmi politik kotor.

3 - BERSIH bukan milik mana2 parti baik kerajaan mahupun pembangkang. BERSIH adalah gerakan gabungan 84 NGO non partisan yg bertindak menyuarakan aspirasi rakyat yg mahukan sistem demokrasi yg baik diamalkan di negara ini. Since ini bukan milik memana parti politik, maka siapa sahaja termasuk UMNO ke PAS ke apa ke DIGALAKKAN MENYERTAINYA.

4 - BERSIH hanya menyentuh SPR dan perjalanan pilihanraya, dan tidak sama sekali menghalakan serangannya kepada kerajaan BN. Jika SPR ini adalah entiti yg berasingan drpd pentadbiran kerajaan BN seperti yg sepatutnya, maka BN tak sepatutnya rasa cuak dan takut serta "terasa BERSIH menentang kerajaan". Atas alasan ini jugalah adalah satu yang tidak masuk akal mengaitkan BERSIH dengan anasir2 luar. All we ask is for a fair and clean election. Apakah itu dikatakan agenda pihak luar?

5 - BERSIH memobilisasikan rakyat dalam keadaan aman. Rakyat diseru untuk jadikan himpunan BERSIH sebagai satu bentuk karnival yang santai dan bukannya suruh bawak M-16 sorang selaras. Jadi adalah satu kecurangan jika demonstran BERSIH dianggap sebagai pengganas.

6 - Kenapa mesti 3.0? Sebab terbukti 8 tuntutan BERSIH 2.0 gagal dipenuhi oleh SPR. Meskipun depa dah luluskan penggunaan dakwat kekal (dengan berat hati) serta PSC dah kemukakan 22 syor untuk penambahbaikan PRU, sikap dolak dalik Nazi Aziz dalam hal ini menampakkan bahawa HARAPAN HANYA AKAN TINGGAL HARAPAN. 3.0 adalah sebagai memberi penekanan bahawa "we do mean what we've said".

Jadi dengan segala penerangan di atas, tolong hentikan kecuakan yang tak bertempat ini dan belajar menghadapi situasi dengan matang.

Apa salahnya dengan BERSIH? Kenapa benci benar dengan BERSIH? Mungkin kerana mereka ini memang tidak suka BERSIH dan ingin KOTOR selama2nya. Biasanya syaitan je suka benda2 kotor ni.

1 comment:

  1. Wujudnya BERSIH disebabkan rakyat Malaysia sudah hilang kepercayaan kepada Umno/Be End..

    ReplyDelete