Sunday, April 29, 2012

Tak cukup dengan BERSIH, Unit Amal pun difitnah juga?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sekonyong2 dalam segala tohmahan dan kutukan terhadap BERSIH 3.0 (yang sebenarnya berjaya dianjurkan selama 13 jam jika tidak kerana kesialan saat2 akhir) terdapat pihak yang mengambil kesempatan menaburkan fitnah dan tohmah terhadap Unit Amal.

Bagi aku, ini sudah melampau. Sebagai salah seorg petugas Amal yang terlibat, aku wajib mempertahankan Unit aku dari difitnah sedemikian rupa.

Disiarkan oleh berita gambar2 still atau sekerat kononnya Unit Amal merempuh halangan polis, melakukan kekasaran dan sebagainya. Meh sini aku jelaskan - satu kelebihan gambar still ialah berupaya merakamkan dengan jelas "siapa" atau "apa", tetapi ianya tidak menggambarkan keseluruhan cerita iaitu "bagaimana", "mengapa" dan perjalanan situasi itu sendiri.

Tadi diadakan satu sidang akhbar oleh Pemuda PAS Pusat bertempat di Bangunan Pejabat Agung PAS untuk menangkis tohmahan terhadap Unit Amal. Yang menghadirkan diri ialah KP Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Penerangan Ustaz Ridhuan Mohd Noor, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman, Pengarah Amal Wilayah Rashidi dan beberapa org lagi.


Antara isu dan situasi yang dibangkitkan adalah berhubung dakwaan Unit Amal melanggar dan merempuh halangan polis di Jalan P Ramlee pada jam 11 pagi. Diperjelaskan bahawa Unit Amal tidak merempuh, sebaliknya mencari laluan menerusi ruang2 yang longgar antara polis di persimpangan itu. Situasinya begini - polis membentuk satu halangan besar dengan kekuatan 500 anggota di persimpangan jalan Ampang menuju jalan Sultan Ismail dan persimpangan Jalan Yap Kwan Seng, sebaliknya halangan yang terbentuk di persimpangan Jalan P Ramlee adalah longgar dan hanya dijaga oleh kira2 20 orang anggota polis sahaja. Dalam masa yang sama, sepasukan polis telah mula bergerak dari Jalan Ampang menghala ke arah peserta2 himpunan di depan KLCC itu, menjadikan depa terkepung. Lalu, Unit Amal cuba mencari laluan menerusi ruang longgar tersebut untuk membolehkan para peserta mengikut jalan tersebut utk keluar dari kawasan himpunan dan tidak merempuh halangan polis yang lebih besar. Tetapi, apa yang berlaku adalah selepas 2-3 org Amal melalui halangan longgar tersebut, polis tiba2 mengetatkan halangan tak bagi sesiapa lalu, menjadikan keadaan semakin terhimpit.

Soalan paling besar - KLCC tidak diwartakan oleh DBKL atau sesiapa pun sebagai kawasan larangan berhimpun. hanya Dataran Merdeka sahaja diwartakan sedemikian. Jadi, kenapa polis membentuk halangan di situ? Perlu ke polis menghimpit dan mengepung para peserta yang majoritinya cina?


Kemudian, ada pihak mendakwa Unit Amal turut merempuh sama halangan di Dataran Merdeka. Aku ingin tegaskan bahawa UNIT AMALLAH PIHAK YANG CUBA MENGHALANG REMPUHAN TERSEBUT. Seperti yang aku katakan tadi, still image tidak menceritakan keseluruhan situasi. Unit Amal yang turut digambarkan melangkah halangan ke Dataran itu bukan disebabkan depa turut merempuh, tetapi depa terpaksa mencari step utk mengukuhkan postur berdiri depa selepas diasak dan ditolak oleh peserta2 yang termakan umpan provokasi. Apa yang tidak disiarkan selepas itu adalah sekumpulan Amal dengan kekuatan hanya berbelas orang cuba membentuk "ribat" atau halangan bagi menghalang kemaraan peserta BERSIH dari memasuki Dataran. Ada antara depa yang cuba meminta polis agar tidak mengambil tindakan tetapi segalanya sudah terlambat.

Dan kalau kita saksikan beberapa video yang dirakamkan oleh para peserta mahupun wartawan, terdapat bukti bahawa Unit Amal dihalang oleh polis untuk menjalankan tugas depa dengan baik. Pemasangan "penghalang isyarat telefon" atau "singnal jammer" oleh pihak berkuasa menyukarkan keadaan. Ianya menyebabkan sebarang usaha berkomunikasi menerusi telefon bimbit tidak berjaya. Natijahnya? Ia menyukarkan perserta untuk mengubungi keluarga atau rakan2 depa yang terpisah selepas tembakan gas, menyukarkan komunikasi antara team medical dengan doktor2 lapangan utk menjalankan prosedur perubatan on the spot dan paling penting, ianya menghalang komunikasi Unit Amal dalam mengatur koordinasi tugas agar tugasan Amal dapat dijalankan dengan baik. Inilah sebenarnya yang menyebabkan kacau bilau. Apabila chain of command gagal diberi, maka Unit Amal tidak dapat bertindak secara efisien dan sudahnya? Terdapat situasi dimana Unit Amal tiada di kawasan2 penting seperti sewaktu kejadian kereta polis melanggar peserta itu.


Apa yang tidak akan disiarkan media adalah betapa Unit Amal sedari awal cuba mengatur peserta2 agar berdisiplin. Ini tidak dibantu dengan kehadiran para siput babi yang membuat kacau. Apapun, aku cukup puji peserta2 cina yang cukup berdisiplin dan mendengar arahan.

Jika ada perkara yang aku rasa ada celanya kali ini, ianya adalah kegagalan Unit Amal meletakkan lebih ramai anggota mengawal halangan polis. Hanya satu lapisan sahaja yang berdiri antara peserta dan barricade polis. Sepatutnya, lebih ramai anggota Amal diletakkan di situ - maybe dalam 3-4 saf, dengan kekuatan 40 orang satu saf membentuk ribat yang rapat dan kuat. Insya Allah, jika itu berjaya dilakukan, benda2 yang mengarut takkan terjadi. Cuma inilah masalahnya - kesukaran menyampaikan maklumat menyebabkan chain of command itu terputus. Jika tidak, mcm mana aku boleh dilantik jadi komander sementara kat depan Dataran masa tu?

Ada nasihat daripada sahabat2 betapa Unit Amal selepas ini wajib menumpukan usaha untuk menangani para siput babi yang bakal membuat kacau dan aku amat setuju idea itu. Semuanya terserah kepada think tank Unit Amal yang pastinya menyedari perkara ini sama seperti aku, jika tidak lebih banyak dari aku. Usahakan juga membentuk ribat yang jauh lebih kuat dengan kekuatan lebih ramai anggota Amal di kawasan2 panas seperti depan Dataran tu dan mungkin - jika dapat diusahakan - para anggota Amal dilengkap dengan kemudahan walkie talkie. Senang nak berkomunikasi.

Track record Unit Amal begitu hebat. Satu dunia mengagumi Unit Amal terutamanya selepas BERSIH 1.0. Jangan ada pihak cuba memburukkan reputasi kami.

No comments:

Post a Comment