Tuesday, April 3, 2012

Katak-katak yang berbunyi


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rasanya dah lama kita tak dengar katak sekor dari Kulim ni berbunyi. Mungkin kerana suaranya tidak semerdu dulu. Mungkin juga kerana UMNO sudah mempunyai "katak" baru (albeit katak yg kena pecat) dan "katak bapak ayam" yg masih fresh kata2 depa.

Baru2 ni, katak nan sekor ni berbunyi lagi. Kat sini aku tepekkan kenyataannya seperti yg telah disampaikan kepada aku oleh seorg sahabat yg rajin menjengah blog dan tulisan katak Kulim ini -

14 MARCH 2012

PANGKAH ISLAM?
Salam 2 all.

Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".

Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.

Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:

1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?

10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.

Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?

Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!

Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!

Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!

Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
21 Rabi'ul Akhir 1433
14 Mac 2012


Sekali imbas, jika tidak melihat kepada siapakah penulis kenyataan ini, aku ingatkan penulis kenyataan ini adalah pencacai2 UMNO yg biasa aku jerkah kat dalam facebook sebab gaya soalan dan bahasa depa sama je. The very same script. Tidak ada perkara yang outstanding. Punya panjang si Zul Noordin ni menaip, satu pun dia tak menghujahkan kembali ttg UMNO sebagai "menjawab soalan yang sering ditanya". Sebaliknya, dia menggunakan kaedah "tembakan sebagai jawapan".

Baik. Demi untuk memuaskan hati Zul Noordin ni, aku akan melayan dia kali ni menerusi teknik "one question at a time".

1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

aku dah jawab panjang lebar hal ni dalam artikel aku bertajuk "Boleh atau tidak non muslim guna kalimah Allah?" sebanyak 2 part dan "Kalimah Allah - Harus, tapi tak semestinya setuju" sebagai penguat hujah. Dalam ketiga2 artikel itu, aku telah menjelaskan secara dalil bahawa HUKUM ORG2 KRISTIAN ATAU YAHUDI MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH SEBAGAI KATA GANTI NAMA TUHAN YG SEBENAR ADALAH HARUS. Bermakna, ini terpulang kepada ijtihad masing2 - nak benarkan, sila. tak nak benarkan, kita raikan. BENDA INI KHILAFIAH.

Makanya, sesiapa yg berpendirian sedemikian tak patut kita katakan mereka ini penggadai akidah. Tetapi apakah kita setuju dengan perlaksanaannya? Belum tentu. Mungkin Zul Noordin tak berapa reti pasal fiqh kot bila keluarkan kenyataan ini. Sepatutnya daripada dia dok kecoh2 pasal hal kalimah Allah ni, dia patut lebih kecohkan tentang pihak2 yg terang2an menolak agama Allah, mempersendakan hukum Allah , menghina sunnah Rasulullah dan melakukan kekufuran terhadap Allah sepanjang waktu. Banyak lagi isu2 yg lebih jelas dan qat'ie yg patut kita berikan penekanan!

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

apakah ini memang bai'ah dalam PAS atau merupakan ijtihad pihak2 tertentu dalam PAS? Ada ke Zul Noordin selaku bekas YDP Bandar Tun Razak penah berbai'ah sedemikian? Jika ada, sila kemukakan bukti kertas bai'ahnya. Jika ada pihak dalam PAS yg sampai nak berijtihad mcm tu, tu lantak depa la tetapi ianya bukan dalam bidang kuasa syura utk menentukan ini salah atau itu salah sebab benda ijtihadi. Kita cuma boleh nasihat "jangan buat lagu ni" tapi kalau depa nak buat jugak, mcm mana? So ini adalah alasan dangkal oleh Zul Noordin.

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

Inilah peluru klasik oleh para pencacai. Pertama sekali, apakah bila PAS tidak lagi MENGGUNAKAN BRANDING @ SLOGAN "MEMBANGUN NEGARA ISLAM", bermakna PAS MENUKAR DASARNYA DALAM PERLEMBAGAAN PAS AGAR TIDAK LAGI BERPAKSI KEPADA AL QURAN DAN AS-SUNNAH? Al Quran dan as Sunnah itu masih lagi dan sampai bila2 pun insya Allah akan jadi maqasid utama perjuangan PAS.

Ingin aku nak tanya Zul Noordin - Jika dia membuang kopiah yg dipakainya sekarang ini, apakah dia tidak layak untuk bercerita tentang Islam lagi? Sudah tentu dia boleh je bercerita tentang Islam sebab dia masih lagi muslim. Kopiah tu cuma sunnah Nabi dan secara harfiah, ianya adalah kosmetik bagi memberikan imej "mu'allim Islamiyyah". Begitu juga dengan nama "Negara Islam". Ianya adalah satu gagasan besar tetapi merupakan satu slogan yang diwujudkan untuk merangkumi segala asas perjuangan PAS berdasarkan al Quran dan Hadis.

Imbas kembali kandungan Dokumen Pemerintahan Islam 2002 yg dibentangkan oleh Almarhum Datuk Fadzil Noor, yg antara lain menggariskan ciri2 "Negara Islam" atau "Pemerintahan Islam" itu -

● Masyarakat madani

● Hak saksama (al-musaawah)

● Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya

● Keadilan (al-‘adalah)

● Meritokrasi (as-solahiyah)

Negara berkebajikan

● Pentadbiran dinamik dan inovatif

Untuk menguatkan lagi hujjah, perjuangan PAS sekarang ini adalah untuk menjana pembentukan 'Baldatun Thaiibatun Wa Rabbun Ghafur' - negara yang baik dan berkat serta mendapat pengampunan Allah. Benda ni ada dinyatakan dalam al Quran. Bagaimana?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

Kalau negara itu tidak digelar Negara Islam sekalipun, tetapi kalau ciri2 pentadbirannya bebas rasuah (dituntut Islam), mengutamakan kebajikan rakyat (dituntut Islam), menjaga hak dan amanah (dituntut Islam), tidak membazir (dituntut dalam Islam) dan pelbagai lagi ciri2 yg selama ini menjadi gagasan dan telah pun dibuktikan oleh kerajaan negeri PR, maka bagitau aku, bukankah itu yg dituntut Allah?

Meletakkan label tanpa amalan adalah sia2 dan hipokrit. Malaysia misalnya dinobatkan Najib dan ramai pemimpin UMNO sebagai negara Islam contoh. Tapi negara Islam contohkah kita bila indeks rasuah meningkat, pentadbiran penuh penyelewengan dan pelbagai lagi kebejatan berlaku dalam pentadbiran negara ini?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

Kenapa mesti meletakkan beban hudud kepada PAS semata2? UMNO tu bukan parti muslim ke? ke UMNO tu jebon?

Memang buat sementara waktu ini, hudud belum dijadikan agenda dalam buku Jingga tetapi dalam masa yg sama, jika PAS mahu laksanakan hudud ini secara berasingan di negeri2 yang depa pegang, tidak menjadi masalah dan boleh diperbincangkan. Cuma satu yg pasti - dalam buku jingga ada disebut untuk memperkasakan lagi Mahkamah Syariah agar tidak menjadi selemah sekarang.

Sekurang2nya, PAS berusaha untuk tampil membawa dan menjelaskan akan hudud kepada masyarakat. Soal dapat laksana atau tidak, itu kerja Allah. Ada tak pihak lain selain PAS yg bersungguh menegakkan kembali hukum hakam Allah?

Zul Noordin, Islamkah parti yang menolak hudud sama sekali dan memperlekehkan hudud sebagai tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia? Tolong jawab yg itu.

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

Pertama sekali, apakah itu kafir harbi? Kafir ini sendiri terbahagi kepada 4 jenis -

- Kafir zimmi atau zimmah, adalah kafir yang membayar jizyah (ufti) yang dipungut setiap tahun sebagai imbalan untuk membolehkan mereka tinggal di negeri kaum muslimin (dengan aman).
- Kafir mu'ahad, iaitu orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang telah disepakati.
- Kafir musta'man, iaitu orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin.
- Kafir harbi, iaitu kafir adalah berbeza dengan tiga jenis atau kumpulan di atas. Kafir harbi juga merujuk kepada setiap orang kafir yang tidak masuk dalam perjanjian (dzimmah) dengan kaum Muslim, baik ía seorang mu’ahid atau musta’min ataupun bukan mu’ahid dan bukan musta’min (An-Nabhani, 1994: 232). Mu’ahid adalah orang kafir yang menjadi warga negara kafir yang mempunyai perjanjian (mu’ahidah) dengan negara Khilafah. Musta’min adalah orang yang masuk ke dalam negara lain dengan izin masuk (al-amân), baik ía Muslim atau kafir harb (An-Nabhani, 1994:
234).

Jadi di sini, kita dapat simpulkan bahawa Kafir Harbi adalah kafir yg tidak membuat sebarang perjanjian dengan org2 muslim dan memusuhi org2 Islam. Contoh? Israel, certain pihak di USA dan pelbagai lagi. Penjajah British juga merupakan kafir harbi kerana depa memusuhi org2 Islam yg bangkit menentang penjajahan depa yg turut membawa sama dakyah kristianisasi dan pemusnahan adat istiadat melayu dan Islam. Kalau org2 kafir mcm cina ke india ke kat Malaysia ni, depa still bayar cukai, kan? Depa still tertakluk bawah undang2 negara, kan? Jadi layak ke depa digelar sebagai "harbi"?

Ini adalah satu istilah dangkal yg sering disalahguna oleh puak2 UMNO untuk menakut2kan rakyat terhadap DAP. JIka depa merujuk "harbi" kepada penentang Islam, maka jangan tunding jari kat DAP. DAP yang sekarang ini semakin hari semakin lunak dengan Islam malah kalau depa boleh jadikan "kalimat Karpal" 20 tahun lepas sebagai mantra depa sebagai dalil untuk menyatakan DAP tolak Islam, maka kita juga boleh gunakan ayat LGE sewaktu debat dengan soi lek baru2 ni yg menyatakan keperluan untuk memahami dan menghormati umat Islam dan pengamalan agama Islam di negara ini sebagai dalil bahawa DAP tidak lagi "harbi". Sebaliknya kalau ikut definisi sempit tu, siapakah yg harbi - DAP atau MCA? Sila jawab dengan hati yang terbuka.

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

Kita halang ke? Kita cuma kata "tak nak terlibat" tapi tak halang pun sesapa nak pi atas kapasiti individu. Lagipun, apa pointnya himpun tu? Untuk memerangi murtad? Aku nak tanya - ada tak pemimpin2 yg hadir itu memberikan persetujuan kepada usul akta murtad yg dibawa PAS sebanyak 3 kali kat Parlimen? Ramainya ketidakhadiran dalam program himpun tu bukan disebabkan kita halang, tapi ramai rakyat yg tau himpun itu tidak signifikan. So kalau menari canggung, jangan salahkan lantai ;)

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

Sekali lagi, istilah "harbi" itu disalahgunakan dengan curangnya. Pertama sekali, apakah perhimpunan yg diketuai oleh si kafir itu? Perhimpunan agama? Atau perhimpunan menuntut keadilan dalam sistem pentadbiran dalam negara ni - dalam kes ini menuntut reformasi dalam sistem pemilihan negara? Kita sertai BERSIH bukan sebab siapa ketuanya tetapi disebabkan substancenya. Tak seperti Himpun, BERSIH ada matlamat dan agenda serta cadangan penyelesaian untuk permasalahan yg dibangkitkan. Apa cadangan penyelesaian untuk masalah yg dibangkitkan oleh Himpun? Tak ada. Sekadar berhimpun syok sendiri. Tu yg kita tak nak. Haram atau tak himpunan itu sebenarnya adalah berdasarkan perogratif kerajaan, dan dalam kes ni, kerajaan telah bertindak mengharamkan sesuatu yang HALAL PADA PERUNDANGAN NEGARA.

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?
10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?


Hasan Ali bukan exco agama PAS. Hasan Ali adalah exco agama untuk Selangor. Hasan Ali tdai dipecat sebagai exco agama tetapi dipecat sebagai ahli PAS SELEPAS DIBERI RUANG DAN MASA UNTUK MEMBELA DIRI DAN MENERIMA TEGURAN oleh pucuk pimpinan PAS. 3 kali pucuk pimpinan PAS yg berasingan datang berjumpa Hasan Ali untuk mendapat penjelasan dan memberikan nasihat dan teguran. Sampai satu ketika, dia langsung tak melayan kunjungan sahabat baiknya, Dr Mahfodz Mohamad yg susah payah datang ke rumahnya di TTDI tu. Apa namanya ni?

Zul Noordin jangan berkata sesuatu berdasarkan emosi tanpa menyelidiki FAKTA SEBENAR.

Selama ni PAS berjuang secara solo dalam mempertahankan akidah umat Islam dan menjaga syariat. Apa tujuan PAS ditubuhkan? Untuk memelihara akidah ummah yg dirosakkan oleh UMNO yang berkiblatkan british. Aku dah komen banyak kali pasal Hasan Ali ni - tak kurang 6 entri aku asyik berkisahkan pasal dia je so aku malas nak elaborate panjang dalam hal ni.

Hasan Ali tidak dipecat kerana dia pertahankan akidah ummah. Hasan Ali dipecat kerana dia tidak berakhlak dalam perjuangan jemaah.

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

Malasysia turut menyokong sistem penyelesaian 2 negara yang antaranya menjamin keselamatan kedua2 negara Israel dan Palestin. Islamkah kita kalau mcm tu?

Kenyataan Anwar inilah yang paling selalu dimanipulasi oleh puak2 UMNO sedangkan telah diperjelaskan berkali2 bahawa "Anwar memberi jaminan itu DENGAN SYARAT HAK2 DAN KEDAULATAN PALESTIN DIJAMIN DAN DIJAGA." Tu pandangan dia dan dia beranggapan, "daripada tak dapat langsung, biar ada sedikit".

Walaupun PAS berpendirian tegas tidak mengiktiraf Israel, tetapi PAS sememangnya mementingkan kedaulatan Palestin dan itu sebenarnya jauh lebih penting.

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

Sehingga kini tidak ada satu pun kenyataan atau bukti rasmi bahawa Anwar itu benar2 mahu menekankan aspek pluralisme dalam hal beragama. Anwar bercakap dari segi human rights bukan divine rights. Human rights bermaksud "setiap agama berhak mengamalkan agama masing2 tanpa kekangan dan halangan" sambil memelihara hak2 agama lain. Ini bukan pluralisme. Ini dituntut Islam!

Jangan selewengkan fakta mengenai isu ini. Ada beza yg besar antara "human rights" dan "divine rights".

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

bab ni aku nak jawab pendek je - AHKLAH BURUK tu adalah disebabkan dia memang buat akhlak buruk itu atau IANYA MERUPAKAN TUDUHAN DAN TOHMAHAN YG DILEKATKAN OLEH PIHAK2 TERTENTU?

Berdasarkan perkembangan semasa, ianya lebih kepada character killing dan bukannya disebabkan dia memang berperangai buruk. Jika benar dia berperangai buruk, semua perangai buruknya itu adalah jenis yg boleh didakwa kat mahkamah syariah. Kalau korg menuduh, meaning korg ada bukti. Kalau ada bukti, pi la dakwa kat mahkamah syariah! Tunggu apa lagi?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

Apakah Mat Indera itu menganut fahaman komunisme atau dia terpaksa berjuang menggunakan label komunis lantaran tidak ada lagi hub perjuangan kemerdekaan selain UMNO yang lunak dengan penjajah kafir harbi tersebut?

Bila Mat Sabu bukak kisah Mat Indera, ramai org kutuk Mat Sabu tetapi bila depa kaji balik, akhirnya depa mengakui kebenaran kata2 Mat Sabu itu dan ianya bukan hasil kajian personal Mat Sabu pun. Ianya adalah hasil kajian Yayasan Warisan Johor yang meletakkan Mat Indera selaku salah seorg pejuang kemerdekaan. Marah la Yayasan tu, bukan Mat Sabu!

Punya la kelam kabut professor2 kangkung nak mengcover keadaan sampai ada yg sanggup kata "negara ini tidak pernah dijajah". Ada ke patut? hehehe...

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

Yang ni aku nak tergelak. Polis2 yg terbunuh tu adalah polis british la dol. Depa berkhidmat untuk Queen dan bukannya untuk kerajaan Tanah Melayu. So siapakah yg barua penjajah kafir harbi itu sebenarnya?

*** Kesimpulan daripada semua ni, apa yg dibangkitkan oleh Zul Noordin ni adalah isu2 lapuk yang tidak lain hanyalah bertujuan untuk membuang masa kita menjawabnya agar kita terleka daripada isu2 sebenar yg lebih mencengkam. Dia ada menyatakan dalam perenggan terakhir suratnya itu, "adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!"

Bukan UMNO yg lakukan semua tu, tetapi UMNOlah punca kepada semua tu dan depa lakukan jauh lebih teruk lagi sebenarnya. Bukak kopiah hang, ketuk kepala dan tanya sendiri otak hang yg sempit tu.

Dan jangan lupa ye untuk beri jawapan kepada soalan "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam?" itu.

2 comments:

  1. nama saja peguam tapi pemikiran tahap kuda kayu...

    ReplyDelete
  2. kuda kayu? mcm kuda kepang pun boleh gak - teloq letak kat tengkuk. hahahaha

    ReplyDelete