Wednesday, April 4, 2012

BERSIH 3.0 "Duduk & Bantah" - belum apa2 lagi dah keluar ayat karut?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seperti yg kita tahu dan kita tunggu2, BERSIH 3.0 telah dilancarkan secara rasminya siang tadi dan akan diadakan pada 28 April ni di Dataran Merdeka, KL berkonsepkan "Duduk dan Bantah". Kempen kali ini mendapat sokongan dan kerjasama 84 buah NGO seluruh negara dan akan diadakan serentak secara synchronize dengan 32 lokasi di seluruh dunia.

Secara rumusan, di sini aku lampirkan pendetailan mengenai BERSIH 3.0 (terima kasih kepada Ameno World) -

1. BERSIH 3.0 dilancarkan serentak di seluruh negara.

2. Lokasi utamanya ialah di dataran merdeka pada pukul 2 petang.

3. Parti politik tak kira BN atau PR, dan mana2 NGO termasuk Perkasa dan Jati dijemput bersama2 menyertai himpunan tersebut.

4. Para penganjur bersama juga boleh menganjurkan BERSIH 3.0 di negeri masing2 sama ada serentak dengan BERSIH 3.0 di KL atau pada hari lain.

5. Begitu juga dengan mereka2 yang tinggal di luar negara. Anda bebas untuk bersama2 BERSIH 3.0 dengan memikirkan lokasi2 yang bersesuaian dan masa yang sesuai pada hari tersebut.

6. Tujuan bersih bukan untuk menumbangkan BN atau memberontak bakar sana sini whatsoever, tapi sebenarnya maqasid BERSIH 3.0 adalah sama seperti dahulu iaitu menuntut reformasi SPR dan sistem Pilihanraya Umum negara berdasarkan 8 tuntutan yang telah digariskan sewaktu BERSIH 2.0 - tiada tujuan yang tersembunyi. Tapi tak dapat dinafikan ada ramai juga yang berdemo sebab bengang dengan kerajaan atas isu2 tertentu seperti kenaikan harga barang, rasuah berleluasa, penyelewengan dana rakyat dan projek2 mengarut yang tiada keuntungan. Yang tue kalau nak turut berdemo pun dialu2kan. Tiada masalah. Dan kalau ada yg menjadikan BERSIH sebagai medan kutuk BN, itu hak depa secara personal dan tidak melibatkan tujuan dan matlamat BERSIH. Jangan dok buat kisah karut kononnya BERSIH ni anasir komunis la apa la.

7. Duduk dan bantah bermaksud kita akan duduk beramai2 dan membantah secara aman. TIdak ada perarakan terlibat so pihak polis tak perlu nak sibuk2 tutup jalan bagi tujuan itu. "Duduk dan Bantah" bukan memprotes, melawan, memprovokasi dan mengejek2 whatsoever. Ini ialah himpunan aman yang dikelolakan oleh RAKYAT MALAYSIA YANG INGIN MENGUNDI DALAM SUASANA YANG ADIL DAN TELUS tanpa melibatkan agenda yahudi ke atau apa jua tuduhan yang mengarut. Tolong jangan fitnah hanya kerana anda tidak support BERSIH 3.0. Tak sokong, tu hak masing2. Tidak perlu fitnah dan mengada2kan benda yang tiada.

8. Pengerusi bersama BERSIH 3 ialah A.Samad Said. Walaupun Ambiga masih wujud, tetapi kali neh kita akan angkat ikon A. SAMAD SAID untuk BERSIH 3.0. Dan tolong jangan fitnah sasterawan negara neh jika sekalipun anda benci BERSIH 3.0.

9. Dan tolong ingat, kempen ini bukan hak milik Pakatan Rakyat atau Anwar Ibrahim atau Ambiga atau A Samad Said atau mana2 individu. BERSIH 3.0 ialah gabungan NGO yang mendukung aspirasi rakyat yang menuntut pilihanraya yang adil. BN juga dialu2kan untuk bersama2 BERSIH. Ini kerana kita yakin setiap orang di Malaysia sudah pasti mahukan sistem pilihanraya yang adil, telus dan BERSIH.

10. BERSIH 3.0 dilancarkan disebabkan kegagalan SPR memahami tuntutan BERSIH 2.0. Inilah sebab yang paling utama. Kegagalan SPR berbuat demikian memaksa rakyat perlu turun ke jalanraya bagi memahamkan SPR sekali lagi apa itu tuntutan 8 perkara dalam bersih. Dan ini dikulminasikan dengan tindakan speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Mulia yang menolak mentah2 laporan minoriti PSC berkenaan cadangan penambahbaikan PilihanRaya.

Yang kelakarnya, tak sampai beberapa jam gendang BERSIH 3.0 dipalu, Menteri paling lawak dalam sejarah kerajaan BN< Nazri Aziz menyatakan ""Dataran Merdeka - tempat BERSIH 3.0 dijadual diadakan pada 28 April ini - bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun secara aman."

Habis tu, yang saban tahun diadakan konsert merdeka la tahun baru la yang menyaksikan HIMPUNAN PULUHAN RIBU ANAK MUDA BUAT KEJA LAGHA SAMBIL TENGOK CONCERT TU, tu bukan himpunan ke? Tolong la jangan buat lawak bulan April, Nazri. Kat sini aku dah nampak bunga2 yang sekali lagi, kerajaan yang bacul dan dayus akan buat apa sahaja untuk memburuk, menconteng imej, memfitnah, menghalang malah menghapuskan BERSIH 3.0 - sepertimana yang depa penah lakukan ke atas BERSIH 2.0.

Namun apa pun tindakan depa, suara rakyat takkan dapat terhalang. Aku dan isteri akan turun BERSIH 3.0 ini untuk sama2 "DUDUK DAN BANTAH KEBEJATAN SPR DAN SISTEM PILIHANRAYA NEGARA".

Anda semua bagaimana?

No comments:

Post a Comment