Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, April 28, 2012
BERSIH 3.0 - keamanan yang bertukar tragedi
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebelum aku meneruskan tulisan aku, ingin aku nyatakan bahawa tulisan aku kali ni akan aku buat sejujur mungkin. Aku tak pilih bulu utk menyalahkan sesiapa hatta pimpinan Pakatan Rakyat sendiri jika perlu. Kebenaran harus dinyatakan walaupun pahit.
Baik. Kita bercerita dulu ttg perjalanan aku hari ni. Awal pagi, aku diarahkan oleh Ketua Pemuda PAS Batu utk ke Darul Ummah, Kg Pandan utk sesi taklimat akhir sebelum bergerak ke BERSIH. Kemudian, aku balik ke KUIZM utk memberi taklimat kepada petugas2 Pemuda yang akan bertugas masa BERSIH. Sahabat2 aku yang lain semuanya melibatkan diri sebagai team medical. Aku sorg je sebagai Unit Amal. Ada bagusnya - sebab Allah je yang tahu apa yang akan jadi selepas itu.
Kemudian aku dan isteri pun bergerak ke KLCC iaitu tempat rendezvous untuk Group Anti Lynas. Masa beli tiket kat Taman Melati, aku nampak sepasukan muslimat PAS Penang dah standby beli tiket - masing2 semangat pakai vest dan baju kuning. Semangat sungguh makcik2 ini.
Kemudian, kami pun bergerak dan aku memilih untuk turun di Ampang Park. Ada dua sebab - yang pertama sebagai langkah berjaga2 kalau2 la BERSIH kali ini turut melibatkan preemptive arrest mcm BERSIH 2.0. Satu lagi pulak ialah atas inisiatif aku sendiri utk meneliti situasi dan keadaan sekeliling. Alhamdulillah, walaupun polis ada buat barricade menuju ke KLCC, tetapi tidaklah seketat sewaktu BERSIH 2.0. Bila aku dan isteri sampai kat KLCC, sudah terdapat sebilangan peserta anti-Lynas dah berkumpul tetapi berlaku sedikit kekeliruan sama ada memorandum itu dah diberi ke belum. Dengan beberapa panggilan telefon yg dibuat, kami mengambil keputusan menggerakkan group ke Masjid Jamek. Masa tu ada la dalam 1,000 lebih peserta yang ada.
Kemudian, bila aku sampai je kat Masjid Jamek tanpa insiden - polis memberikan kerjasama yang baik kali ini - aku terpaku melihat lautan manusia yang membanjiri kawasan itu. Bila aku selidiki, Jalan Tun Tan Cheng Lock dipenuhi segenap incinya oleh peserta BERSIH daripada Dataran Maybank membawa ke Bulatan Kinabalu - stretcing about 1km lebih. Memang ramai (later aku difahamkan sekitar lebih 200,000 umat pelbagai bangsa, kaum dan agama membanjiri Masjid Jamek, dengan ratusan ribu lagi membanjiri beberapa lokasi di tanahair secara serentak seperti di Pulau Pinang dan Johor). Suasana himpunan berlangsung dengan amat harmoni dan hebat. Cuma aku, selaku Unit Amal, tak leh join lelebih la.
Keadaan masa tu amat terkawal. Walaupun ada di antara mereka yang berada di situ seawal jam 9 malam semalamnya, stamina, kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan amat menakjubkan. Selama sejam setengah depa berhimpun, depa cukup memberikan kerjasama kepada arahan2 Unit Amal yang sememangnya bertugas untuk memastikan depa teratur dan berdisiplin. Cuma, cuaca yang agak panas menyebabkan ramai peserta terutamanya makcik2 mengalami dehidrasi.
Dan sepatutnya himpunan sebagus dan seberjaya itu boleh berakhir dengan aman. Little we know about Allah's iradah.
Aku mengambil keputusan untuk bergerak ke pagar halangan polis - sebab aku berasa tak sedap hati. Aku suruh isteri aku berdiri jangan jauh dari aku. Seperti yang aku jangkakan, banyak betul SIPUT BABI yang menyamar melakukan provokasi terhadap Polis dan ada antara mereka yang mengapi2kan peserta BERSIH untuk merempuh halangan, tapi berjaya dihalang oleh aku dan Unit2 Amal yang lain. Beberapa ekor siput tersebut aku berjaya halau - tapi tak lama. Depa terus datang dan memprovok polis dan masa tu aku terdetik dalam hati. "hanya sedikit percikan, then mayhem".
Then, bebetul "percikan" tu berlaku. Chegu Bard, Nurul Izzah, Anwar dan LKS tiba kat depan barricade dengan menaiki bumbung kenderaan - van mungkin. Tiba2 ada puak pula atas kenderaan itu menjerit "boleh masuk! boleh masuk!". Para siput yang sedari tadi menunggu point untuk mencetuskan masalah mula menangguk di air keruh. Kejadian tolak menolak berlaku di depan barricade menyebabkan seorg peserta jatuh dan menjatuhkan pagar polis. Apa yang jadi selepas itu, beberapa siput tersebut terus merempuh halangan sambil membaling pagar2 halangan itu ke arah polis dan bangunan mahkamah. Polis yang dari tadi bersedia utk bertindak pun mula memancurkan water cannon dan tear gas ke arah peserta, namun keadaan jalan yang amat padat menyukarkan para peserta untuk lari. Berlaku tolak menolak, pijak memijak (aku sendiri terjatuh dan dipijak, tapi mujur aku dapat bangun balik) dalam keadaan mata dan tekak yang pedih akibat tear gas. Aku yg memang dari awal standby garam kasar dalam beg pun meletakkan 3 ketul besar bawah lidah aku. Alhamdulillah - memang betul garam kasar amat mujarab utk meneutralkan kesan gas walaupun aku tak de walau sebotol air pun kat tangan.
Masa tu aku tak risaukan diri aku walaupun memang sesak nafas berasak2 sambil menahan kesan tear gas, tapi aku lebih fikirkan keselamatan isteri aku yang terpisah dari aku. Dalam pada itu, beberapa peserta cina mengalami kesesakan nafas yang kronik sehingga terpaksa dipapah. Satu je yang aku ralat - aku memahami tindakan polis melepaskan tear gas di depan barricade - sebanyak 4-5 canister dilepaskan - dan para peserta pun mula bersurai dalam keadaan yang agak lembab disebabkan kesesakan. Tetapi yang menjengkelkan, dalam pada para peserta tercari2 langkah depa dalam kelompok yang ramai itu, berdas2 tembakan tear gas dilepaskan tanpa belas kasihan terhadap peserta. Salah satunya meletup tak sampai 3 meter dari aku. Alhamdulillah, kuasa Allah kesan tear gas kali ni tak ketara langsung terhadap aku. Cuma, bagi aku polis telah berlebih2an dan melampau dalam menyuraikan peserta. Korang dah tembak tear gas dengan water cannon, peserta dah mula blah, cukup la. Perlu ke utk tembak lagi tear gas dalam keadaan para peserta tak mampu nak bergerak dek kesesakan? Akal tak de ke?
Menurut laporan sahabat2 aku, ada warga tua yang tersungkur dek tolak menolak menyelamatkan diri itu tetapi tak dapat dibantu sebab keadaan yang amat kelam kabut. Salah sorg peserta terkena tear gas tepat pada kepalanya dan mengalami kecederaan serius. Ramai lagi yang mengalami kecederaan dan kesesakan nafas. Malah, salah sorg aktivis mendakwa polis tidak menembak tear gas pada sudut 45 darjah tetapi menembak tear gas macam menembak senapang ke arah penjahat - full 90 degrees. Nasib baik dia sempat elak. Nak menyuraikan peserta atau nak bunuh orang?
Kemudian, bila aku berjaya melepaskan diri dari kesesakan, aku cuba call isteri aku yang ntah kenapa, line begitu teruk hari ni. Malah, nak upload internet pun tak boleh. Kemudian, aku diberitahu oleh Salahuddin Ayub bahawa sememangnya isyarat telekomunikasi di kawasan2 demo dilumpuhkan dengan sengaja atas arahan. Nampak tak betapa arahan sebegini sebenarnya boleh membahayakan nyawa orang? Akhirnya, aku berjaya call isteri aku dan dia selamat di Sogo. Aku pun arahkan dia untuk pergi ke kompleks Wilayah utk berjumpa di sana.
Dalam perjalanan aku nak ke Kompleks Wilayah, banyak sahabat2 BERSIH yang dah bersurai duduk lepak di kedai2 makan berdekatan Masjid India. Rupanya, tak lama lepas itu ada sorg budak ditarik oleh polis lalu dibelasah secara rambang dan beramai2 oleh polis atas tuduhan "ko dah bunuh kawan kitorg". Yang menyakitkan hati, twitter dan facebook rasmi polis mengesahkan TIADA KEMATIAN POLIS. Apa ni? Apakah tidakan pukul peserta ini sebagai satu cara untuk melepaskan geram? Manakah professionalismenya mcm tu?
Bila aku berjumpa dengan isteri aku, aku cuba call komander2 Amal dan sahabat2 lain tetapi tak dapat. Lalu kami ambil keputusan untuk balik rumah memandangkan jam pun dah melewati 3.30 petang. Seperti biasa, dalam perjalanan menuju ke LRT itu menggambarkan situasi yang amat berlainan dengan apa yang didakwa kerajaan UMNO BN. Depa dakwa BERSIH melumpuhkan ekonomi tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. KK dan 7-Eleven sepanjang jalan laluan aku itu dipenuhi umat manusia yang membeli air dan pelbagai snek. Malah, semasa aku kat Jalan Tun Tan Cheng Lock, aku sempat merakamkan betapa sebuah lori menjual air dan makanan ringan diserbu oleh peserta2 demonstrasi. Ntah cukup atau tak stok makcik tu agaknya.
Kemudian, aku sempat berborak dengan seorang anggota Unit Amal dari Ampang. Kami besetuju bahawa kejadian rempuhan di Dataran Merdeka berpunca daripada tiadanya "Chain of Command" di mana ada pihak lain mengatasi Unit Amal dalam memberikan arahan. More of that, later on. Selepas itu, kami menuju ke stesen LRT Dang Wangi dan walaupun stesen itu ditutup, tetapi pagar utamanya dibuka jadi aku dan isteri masuk dan berehat dalam stesen tersebut - bersama2 lebih 300 peserta demonstran lain. Aku sempat memberikan taklimat ringkas kepada sekumpulan demonstran cina tentang apa yang telah terjadi dan menasihatkan depa supaya pulang kerana "demo BERSIH hanyalah sampai jam 4 petang. Lebih daripada itu, bukan lagi bawah tanggungjawab BERSIH". Power jugak baju amal yang aku pakai tu ye...
Bila aku sampai di rumah lebih kurang 50 minit selepas itu, perkara pertama yang aku buat ialah check semua update. Rupanya, kejadian rempuhan di Dataran Merdeka itu berpunca akibat salah faham kononnya Najib membenarkan himpunan. Lepas tu pihak yang dengar sekali lalu pun mengesahkan keadaan tanpa memeriksa dengan teliti terlebih dahulu. Dan menurut pucuk pimpinan yang berada di situ, pihak yang patut dipertanggungjawabkan atas kecelaruan ini adalah Azmin Ali dan seorg pembantu Chegu Bard. Anwar dan Chegu Bard dah meminta peserta demo untuk ke belakang dan tidak mengasak ke depan, tetapi Azmin, yang agaknya terkeliru dengan informasi, mengarahkan supaya peserta demo memasuki Dataran. Walaupun Anwar Ketua PKR, tetapi masa tu darah revolusi mengatasi rasionaliti. Ditambah dengan siput2 babi yang tak putus2 memprovokasi, maka sebilangan kecil peserta demonstrasi merempuh halangan polis. Aku dan beberapa rakan cuba menghalang tetapi apalah sangat yang kami mampu buat. Dan disahkan selepas itu bahawa kata2 Najib itu bukan berupa arahan atau kebenaran dan kata2 itu tidak pernah sampai ke telinga polis mahupun komander Amal.
Aku dah nyatakan tadi - puak belah sana akan melakukan apa sahaja utk merosakkan majlis kita dan malang sekali, pimpinan kita sendiri yang memberi jalan agar kekacauan boleh meletus.
Kemudian, aku mendapat laporan sebuah kereta polis merempuh peserta2 BERSIH yang sedang berehat di Sogo mengakibatkan kecederaan parah - ada yang kata mengakibatkan kematian. Aku belum berani nak sahkan. Video2 yang diupload serta beberapa saksi kejadian menggambarkan kereta itu memang sengaja dipandu merempuh peserta, dimana sebelum itu kereta tersebut sememangnya dipandu laju dalam kawasan yang dipenuhi manusia. Ada pihak yang mengatakan kereta itu terbabas selepas pemandunya pitam akibat lontaran batu oleh pendemo, dan rakaman video juga menyaksikan betapa kereta itu dibaling dengan botol air mineral beberapa kali. Perbuatan membaling kereta polis adalah salah dan bodoh serta tidak bertamadun, tetapi tindakan polis membawa keretanya laju di kawasan yang dipenuhi manusia juga adalah tidak wajar.
Namun, aku mendapat satu analisa yang menarik disediakan oleh seorang sahabat Facebook iaitu Ezzy Freeman berkenaan kes kereta langgar peserta ini -
Ini analisa ttg apa yg sebenarnya berlaku dgn kes kereta polis cermin di serang tu., apa yg penting di sini ialah I rasa tiada polis kereta peronda di dunia ini pakai helmet moto paria sbg status seorang polis kan?
Provokator? 2 org pelakon hebat mungkin 'upahan' pihak tertentu yg beraksi lagak ngeri.
Bulatan merah --- mmg dh standby nk serang keta polis di lokasi tersebot, ditugaskan menghentak batu ke cermin keta.
Bulatan biru --- pemandu 'stunt' yg ditugaskan memandu ke lokasi tersebot sambil bersedia menunggu cermin keta dipecahkan, sbb tu die awal2 lg dah pakei helmet utk melindungi dirinyer dr serpihan kaca
Kesan dr insiden tersebot makanyer, si pemandu dgn sengaja merempoh keta polis ke arah org ramei sbg menampakkan 'keganasan' para pendemo. Sbb tu org ramei belasah mamat yg pakei helmet tu sebaliknyer membantu polis yg tersepit di dlm keta yg terbabas.
Ini hanya laaa analisis teman shj berdasarkan bukti2 bergambar dan rakaman video dan mengikot logik akal.
p/s Camne mamat berseluor pendek siap pakei helmet buleh pandu keta polis? cer kome pikio...org giler kot?
Kemudian, pada malamnya sewaktu ceramah di Taman Melewar, didedahkan satu video polis beramai2 membelasah seorg lelaki. Dan yang menariknya, polis trafik pulak tu yang membelasah. dan pelbagai video lain yang sekufu dengannya juga telah diupload oleh sahabat2 lain. Selain itu, terdapat pelbagai lagi gambar kekejaman polis terhadap pendemonstran dan juga wartawan diambil. Kenapa masih boleh dibiarkan keganasan polis ala Israel ini? Dulu masa nak wujudkan IPCMC, marah. Merajuk. Sekarang ni apa cerita?
Secara kesimpulannya, himpunan ini berjaya secara dasarnya sebab beratus ribu rakyat berbilang kaum berjaya dikumpulkan untuk satu matlamat dan tujuan, cuma ianya dicemarkan dengan kejadian yang berlaku pada pengakhirannya. Cuma jom kita fikirkan satu perkara - jika benar himpunan ini adalah wadah keganasan, perlu diingat bahawa pendemo2 ini sudah ada di Dataran sejak malam semalamnya. Bermakna, depa telah berhimpun di situ lebih kurang 13 jam sebelum demo sebenar berlaku. Selama 13 jam itu TIDAK ADA SEBARANG KEKACAUAN DILAPORKAN. Alih2, lagi beberapa minit untuk demo sebenar berakhir, ini berlaku.
Tak keterlaluan aku katakan, semua ini berlaku berpunca dari rempuhan penghadang polis di Dataran, dan boleh dikatakan pihak2 yang aku sebut di atas itulah puncanya walaupun benar, polis agak over-react dalam hal ini.
Kegagalan peserta kita mengawal emosi terutamanya melihat provokasi yang dilakukan oleh siput2 babi ini turut memburukkan keadaan. Ntah berapa kali dinasihatkan dalam apa jua taklimat betapa emosi amat wajib dikawal dan dijaga kerana provokasi bolehb datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Tetapi ternyata ada pihak yang gagal mengawal emosi depa dan inilah jadinya.
Media2 tempatan pastinya akan memainkan isu "keganasan" ini berulang kali sebagai satu mantra bagi depa utk memperlekehkan PR yang menyokong BERSIH. Di sinilah terletaknya peranan kita untuk terus memuat naik bukti2 sebenar yang mampu menyanggah pembohongan depa. Cuma, kita seharusnya berbangga juga kerana himpunan ini sebenarnya sungguh berjaya. Apapun, seperti yang dinyatakan oleh pucuk pimpinan PAS pada ceramah di Taman Melewar tadi, ini bukan yang terakhir. Selagi 8 tuntutan itu tak dipedulikan dan kebejatan demi kebejatan dalam sistem pilihanraya negara ini semakin dibiarkan, umpamanya isu task force pemberian IC kepada warga asing, maka pastinya BERSIH 4.0 akan menyusul dan harapannya, jika ada BERSIH 4.0 para peserta kena kawal emosi dan semangat agar tak melebih2. Ambillah pengajaran dari apa yang berlaku pada hari ini.
Sebagai pengakhiran, aku dan isteri berbangga atas kejayaan himpunan kali ini walaupun ada kecacatan di penghujungnya. Semoga kerajaan UMNO BN dan SPR mendengar dan menunaikan tuntutan kami ini - jika depa tak mahu kami berhimpun lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bro yg pakai helmet tu sedare azri jurugambar tv alhijrah kebetulan ade kt ctu nk tolong polis tu.. tapi die kne belasah dek org ramai yg kate polis dah bunuh org.. bukan polis tu yg pkai helmet.. dak azri tu yg pkai helmet.. check le dl jgn maen ckp pe yg ko rase
ReplyDeletebukan. lihat screenshot yg aku sediakan.
ReplyDeletescreenshot tu JELAS MENUNJUKKAN PEMANDU KERETA POLIS TU MEMAKAI HELMET.
check la dulu. jangan main bantah je apa yang aku nyatakan.