Wednesday, April 11, 2012

Tuhan Sudah Uji, Namun Ada Manusia Ingkar...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ni nada aku agak berlainan - ketika aku menulis entri ini, fikiran aku masih lagi terbayang kemungkinan tsunami berlaku sepertimana tahun 2004 dulu.

Satu gempa bumi yang kuat berukuran 8.6 pada skala Richter telah berlaku pada jam 4.38 petang itu. Ianya dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur. Lantaran kejadian itu, amaran tsunami dikeluarkan serta merta oleh pihak berkuasa Acheh, Malaysia, Phuket dan lain2 kawasan yang berpotensi terkena landaan tsunami.


Sekadar perkongsian, kawasan pusat gempa kali ini tidak jauh daripada kawasan pusat gempa pada tahun 2004 yang lalu. Ini semua sekaligus membangkitkan balik mimpi ngeri. Ironinya, baru minggu lepas PAS Kawasan Batu mengadakan Malam Solidariti Mengenang Kembali 7 Tahun Tsunami Acheh menerusi segmen kuliah haraki.

Aku tak berminat untuk membuka kembali darah lama yang telah lama berparut. Sebolehnya aku mahu sangat agar tidak terjadi tsunami. Ketika tulisan ini aku nukilkan, amaran tsunami di Acheh melalui Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia telahpun ditarik balik. Berikut adalah laporan lengkap mengenainya dalam bahasa indon pekat -

"Kota Medan dan sekitarnya merasakan getaran gempa yang berpusat di Simeulue, Provinsi Nangroe Aceh Darussalam, pada Rabu pukul 15.45 WIB. Kekuatan gempa Simeulue mencapai 8,5 SR.

Seperti dikutip Antara, Medan merasakan gempa Simeulue selama hampir 40 detik. Situs BMKG sebelumnya menyebut kekuatan gempa mencapai 8,9 SR melanda kabupaten Simeulue, Nangroe Aceh Darussalam, pada pukul 15:38:29 WIB dengan kedalaman 10 kilometer. Namun, BMKG meralat kekuatan gempa mencapai 8,5 SR.

Peringatan Dini Tsunami pun sempat dikeluarkan untuk wilayah Bengkulu, Lampung, NAD, Sumbar, dan Sumut. Itu karena kekuatan gempa mencapai lebih dari 7 SR. Namun, laporan terakhir menyebutkan gempa tidak berpotensi tsunami.
Lokasi pusat gempa, menurut data BMKG, tercatat di 2.31 LU dan 92.67BT di perairan pesesir barat Aceh."

Cuma apa yang ingin aku kongsikan kat sini ialah bagaimanakah keadaan kita dalam menghadapi situasi ini.

Bagi diri aku sendiri, aku tidak mahu embroil langsung dengan apa jua perkara yang berkaitan politik atau serang menyerang pada malam ini. Aku cuba membayangkan bagaimanakah keadaan aku jika aku berada di tempat mereka yg berhampiran dengan kawasan gempa, atau mereka yang pernah mengalami gempa itu. Alhamdulillah, ramai sahabat respon dengan baik saranan aku utk hold trigger pada malam ini.

Cuma yang aku kesalkan, masih ada lagi pihak yang cuba2 menangguk di air keruh berkenaan tsunami ini. Blame game keluar - kononnya ini bala Allah atas rampasan tanah masjid la pluralisme la apa la. Come on la - tahun 2004 tu apa pula puncanya? Apa dosa yang dah dilakukan penduduk Pulau Pinang dan Kedah yang dilanda tsunami dulu tu? Apa dosa seorg bapa yang kehilangan isteri dan 4 orang anaknya sekaligus dalam rempuhan tsunami dulu?

Allah kalau nak turunkan bala, Allah takkan pilih bulu. Walaupun dalam negeri itu banyak org baik dan ada segelintir org jahat, tetapi kalau kejahatannya begitu teruk, Allah akan turunkan bala. Even kadang2 Allah turunkan bencana kat negeri yang dipenuhi oleh org baik2 sebagai pengajaran untuk org2 jahat di tempat lain.

Allah berfirman dalam surah ar-Rum ayat ke 41, "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

Allah menurunkan semua ini sebagai peringatan buat kita. Kita semua, tidak ada pengecualian. Terpulang pada kita utk mengambil pengajaran dari semua ini atau just bersedih sementara, selepas itu lalai kembali.

Dalam pada itu, aku terpanggil untuk menembak sistem website rasmi kerajaan yang aku rasakan BEGITU LEMBAB untuk diakses, sedangkan pada ketika inilah begitu pentingnya update secara real time mengenai situasi. Bayangkan, website BMKG indon pun lebih senang diakses banding MET! Jaub betul kita ketinggalan walhal kita diwar2kan sebagai mempunyai prasarana yang top class. Menyedihkan.

Segala perkara boleh kita ambil pengajaran dari kejadian hari ini. Ingatlah, Tuhan sudah berkali2 uji kita, namun kita masih terus lupa. Janganlah kita jadi lupa lagi. Pada detik aku mengakhiri entri ini, telah sah amaran tsunami oleh BMKG telah ditarik balik dan tidak dikeluarkan semula. Insya Allah, tiada tsunami. Alhamdulillah.

Cuma, jangan terus kita lalai. Jangan sampai Allah betul2 fed up dengan kita.

No comments:

Post a Comment