Saturday, April 21, 2012

Islam dulu beb, melayu tu letak jauh-jauh dulu...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ajaran khurafat yang sering diperdengarkan kepada kita selama ini adalah "menyekalikan melayu itu dengan Islam". Kita diajar bahawa melayu itulah Islam, dan tidak Islam seseorang itu jika dia bukan melayu. Kadang2, ini menimbulkan kekeliruan terutamanya kepada saudara2 baru yang ingin memeluk Islam sebab biasanya kalau depa nak peluk Islam, para melayu ni tidak berkata sahabat itu "memeluk Islam", sebaliknya "menjadi melayu".

Ini adalah satu perkara yang amat sesat.

Baik - apa beza antara Islam dan Melayu? Simple; Islam adalah agama dan Melayu adalah bangsa. Agama ialah satu pegangan dan anutan dalam hidup dan diri manusia itu, iaitu satu konsep ketuhanan dan kepercayaan terhadap sesuatu Kuasa Yang Hebat yang mengawaltadbir seluruh alam, serta menjadi "way of life" bagi penganutnya mengikut undang2 dan hukum hakam yang ditetapkan.

Bangsa atau kaum pula lebih kepada ras keturunan, yang bersalahsilah sejak zaman lampau, mempunyai kebudayaan dan etniknya sendiri dan adat resam depa yang unik. Biasanya, kebudayaan dan adat resam sesuatu bangsa itu dipengaruhi oleh agama yang dianuti oleh nenek moyang depa. Sebagai contoh, melayu bukanlah asalnya beragama Islam. Rujuk kembali sejarah rantau ini dan bangsa melayu - kita akan dapati rantau ini dan masyarakatnya terlebih dahulu diresapi budaya2 yang berakarumbikan agama hindu, kemudian buddha, dan Islam selepasnya.

Parameswara itu sendiri beragama hindu pada asalnya. Kesan dari peninggalan ini dapat kita lihat dalam banyak perkara - penggunaan warna kuning sebagai lambang daulat diRaja, persembahan wayang kulit yang sentiasa berlatarbelakangkan Ram Seri Rama dan Sita Dewi dan pelbagai lagi.

Jadi menurut fakta2 di atas, pandangan yang menyatakan melayu itu confirm Islam adalah salah.

Kenapa Allah jadikan kita ini terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum? Allah menerangkan dalam surah al Hujurat ayat 13 yang bermaksud, "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

Ada tak Allah nyatakan bahawa Dia jadikan certain kaum utk mempunyai hak milik kekal dalam agama Islam? Tak. Ini diperjelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya dalam khutbah Baginda yang terakhir, yang bermafhum, "Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa."

Ini menunjukkan jelas kepada kita bahawa tidak ada kelebihan pun sesuatu bangsa itu, hatta bangsa Nabi sendiri iaitu arab, berbanding bangsa2 lain. Perlu dijelaskan, masih ada bangsa arab yang menganut kristian dan agama2 lain waima hinggalah ke hari ini. Tak kedengaran pun kata2 yang menyatakan pihak2 itu "bukanlah bangsa arab sebab dia sudah tidak Islam". Dia kekal menjadi bangsa arab sampai mati - cuma agamanya apa? Itu je.

Even kalau kita nak banggakan sangat dengan "melayu", izinkan aku bertanya satu soalan; masih adakah melayu tulen pada zaman sekarang ini? Ya - jawapannya tidak. Banyak sekali hasil pencampuran dengan bangsa2 lain sehinggakan kita dah tiada melayu tulen. Ada yang dah bercampur dengan arab, dengan jawa, minang dan sebagainya. Tak cerita yang campur cina la india la dan pelbagai lagi. Tiada lagi melayu tulen.

Plus, ada sesiapa kat sini yang mampu memberikan salasilah tepat mengenai asal usul melayu? Dan apakah maksud perkataan "melayu" itu sendiri? Sedikit selingan - "melayu" ini berasal dari bahasa jawa kuno iaitu "melarikan diri". Tak caya? tanyalah mana2 warga asing dari jawa yang baru dapat IC kurniaan kerajaan UMNO BN. Depa akan jawab benda yang sama.

Aku pernah dalam salah satu kuliah yang aku handle membangkitkan tentang kenapa kita harus menunggalkan perjuangan kita utk Islam semata2 dan tidak untuk melayu, sekaligus menafikan perjuangan IMR yang dipelopori oleh seorg manusia yang kecewa tak dapat MB itu. Beliau menyatakan IMR itulah asas perjuangannya manakala aku menyatakan ianya mesti "I" dulu, manakala M dan R itu letak jauh2 dulu.

Kenapa? Sebab M iaitu melayu itu banyak benar yang bercanggah dengan Islam kalau nak diikutkan. Aku bagi satu contoh mudah - ketika hari raya, kita dianjurkan menghormati org2 tua termasuk makcik2 yang tiada hubungan mahram dengan kita umpamanya makcik2 belah isteri kita. Antara manifestasi hormat itu ialah bersalaman dengan depa. Bersalaman dengan sepupu sepapat kita yang bukan mahram misalnya dan pelbagai lagi. INI ADAT MELAYU. Sedangkan dalam Islam, ini dilarang sama sekali. Kita atas sebab apa pun tidak dibenarkan menyentuh tangan org bukan mahram kita kerana ianya adalah HARAM di sisi Islam terutamanya jumhur mahzab syafi'e. Tapi cuba kita tak bersalam dengan sorg makcik tgk - confirm kita akan dicop sebagai "biadab", "sombong", "tak reti hormat org tua" dan sebagainya. Nampak? Inilah konflik klasik antara Islam dan Melayu. Banyak lagi sebenarnya - bab kenduri kendara, hal nikah kahwin, pembahagian harta pusaka, benda2 bidaah dan pelbagai lagi. Kalau kita perjuangkan kedua2nya sekali serentak yakni Islam dan Melayu dalam satu nafas, bagaimana kita nak rungkaikan konflik2 kepentingan ini?

Begitu juga dengan Raja2 melayu - yang aku rasa tak perlulah aku ulas panjang lebar di sini. KIta semua sedia maklum disebalik title "ketua agama negara atau negeri" itu, disebalik dinding istana itu kadang2 terdapat pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Ada yang pernah aku saksikan depan mata, ada yang berdasarkan informasi dari pekerja2 Istana atau hotel dan sebagainya. Cuma selayaknya kat sini aku katakan, banyak hipokrasi berlaku sebenarnya di sini.

Puak2 UMNO mesti tuduh aku menghina raja lepas ni. Tapi inilah hakikat sebenarnya. Kalau menyampaikan kebenaran Islam itu dianggap menghina manusia, aku rela dianggap pengkhianat bangsa seumur hidup aku. Bumi ini milik Allah, bukan milik Hang Tuah.

Jadi bagaimana - masihkah kita terus dirundung konflik sebegini? Masihkan kita mahu mengelirukan perjuangan kita sendiri? Perlukah kita terus menyekalikan perjuangan menegakkan agama Allah dengan perjuangan menegakkan bangsa yang belum tentu betul jalan ceritanya itu?

Izinkan aku menyampaikan sebuah sirah di zaman Rasulullah. Dalam sebuah peperangan, para sahabat Nabi s.a.w sibuk memperkatakan kehebatan dan keperwiraan seorg sahabat depa iaitu Qutzman. Depa tak henti2 memuji muja kebehatan Qutzman di medan perang, meibas musuh2 dan akhirnya beliau sendiri mati di medan perang. Para sahabat semua menyatakan "ini confirm masuk syurga punya!"

Rasulullah pun masuk mencelah dalam perbualan depa lalu bersabda, "sesungguhnya Qutzman yang kamu bangga2kan itu adalah ahli neraka."

Para sahabat terkejut, lalu bertanya, "mana mungkin seseorg yang berjuang sehebat dia dalam menegakkan agama Allah menjadi ahli neraka?"

Rasulullah pun bersabda, "ketika Qutzman di medan perang, dia menerima pembantaian yang teruk dari musuh2. Dek kerana tak tertahan menanggung kesakitan, dia pun lalu menekankan bucu tajam pedangnya ke dadanya, dan pemegang pedangnya di atas tanah, lalu dibenamkan mata pedang itu ke dadanya sendiri, lalu matilah dia dek kerana perbuatannya sendiri dan bukan disebabkan libasan musuh."

Rasulullah bersabda lagi, "sesungguhnya ketika hendak keluar ke medan perang, Qutzman berkata, 'Aku keluar berperang ini hanyalah untuk memastikan keselamatan ahli keluargaku, kaumku dan bandarku dari dihancurkan musuh. Jika tidak kerana itu, aku tidak akan berperang'".

Lihatlah, seorang manusia yang gagah berani berperang menentang musuh Islam akhirnya masuk neraka. Sebab apa? Sebab perjuangannya bukanlah kerana Allah utk Islam, tetapi utk kaumnya, dan bandar yakni negaranya. Jadi kita berhati2lah dalam perjuangan ini - jangan selitkan sesuatu pun menyamai perjuangan utk Allah dan RasulNya. Takut2, kita hanya berjuang dengan sia2.

Perjuangkan Islam, bangsa akan terbela secara automatik. Perjuangkan bangsa, belum tentu Islam terbela. Perjuangkan kedua2nya serentak dengan level kepentingan yang sama, akan berlakulah konflik kepentingan - dan selalunya, adat sentiasa akan mengatasi agama jika demikianlah halnya. Make up our minds.

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (surah an Nisa, ayat 59)

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya" (surah Ali Imran, ayat 103)


Perhatikan ayat2 di atas ni, apakah Allah menyatakan konsep kesatuan dan perjuangan itu berdasarkan "bangsa"? Tepuk dada, tanya iman.

No comments:

Post a Comment