Monday, April 23, 2012

Perpaduan antara kaum - mimpi ngeri UMNO BN!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sewaktu menyampaikan taujihat sempena program Gelombang Munajat PAS Batu baru2 ini (aku tak sempat2 lagi nak upload laporan dalam blog), Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin ada mengeluarkan satu fakta yang bagi aku amat mengesankan dan jika didalami dengan akal yang sejahtera, ada kebenarannya disitu.

Faktanya - kerajaan UMNO BN amat takut jika rakyat berbilang kaum di Malaysia ini benar2 bersatu terutamanya dalam hal politik.

Cikgu Ishak membangkitkan dua pecontoh yang dilaluinya sendiri sebagai bukti. Yang pertama ialah isu Jalan Sultan dan warisan orang2 cina di Kuala Lumpur. Selama bertahun2 orang2 cina dan penghuni Jalan Sultan telah naik turun segala jenis pejabat utk mempertahankan Jalan Sultan daripada menjadi mangsa arus pembangunan "tangkap muat" di Kuala Lumpur namun selama ini, usaha depa boleh dianggap bagaikan mencurah air ke daun keladi. Baik MCA atau Gerakan masing2 memandang sepi tuntutan2 ini - semuanya utk projek kroni depa iaitu MRT dan lain2 projek atas nama "memodenkan Kuala Lumpur".

Selepas nasib depa tidak dipedulikan sesiapa pun, PAS pun turun dengan nama NGO MUAFAKAT (NGO yang sama memperjuangkan kemaslahatan Kampung Baru dari dirogol oleh RUU Kampung Baru) bersama2 menggembleng tenaga melangkaui sempadan kaum dan keturunan utk turut sama memperjuangkan hak2 warisan kaum2 di Malaysia. Ternyata, penglibatan MUAFAKAT yang terdiri daripada melayu2 muslim PAS ini benar2 mendatangkan impak, kerana perjuangan masyarakat cina di Jalan Sultan yang selama ini dipandang sepi mula mendapat perhatian wakil2 Najib yang turun sendiri bertemu dengan wakil penduduk Jalan Sultan TAK SAMPAI SEMINGGU selepas peristiwa "baca doa dalam tokong" itu. Tapi apakah antara lain intipati dalam pertemuan itu? Wakil2 Najib sempat memberi amaran "jangan percaya sama melayu2 itu". Apakah ini?

Kes yang kedua melibatkan penduduk di Indian Settlement yang juga mempunyai masalah2 tersendiri di kawasan depa, yang diperjuangkan juga bertahun2, dan juga mendapat respon dingin waima dari parti yang kononnya memperjuangkan hak dan nasib orang2 india iaitu MIC. Sekali lagi MUAFAKAT memainkan peranan membantu menggemblengkan gerakerja perjuangan masyarakat india di situ dan hasilnya, tak lama selepas itu wakil PPP turun sendiri berjumpa dengan wakil masyarakat india tersebut. Juga mempunyai intipati "pesanan" yang sama - "jangan percaya itu melayu."

Soalnya, kenapa perjuangan kaum2 ini secara solo dipandang sirna oleh kerajaan UMNO BN, dan apabila terdapat campurtangan kaum melayu terutamanya dari pihak berhaluan bertentangan dengan UMNO BN, depa pun menggelabah beruk?

Kita lihat balik lembaran sejarah. Apakah antara tindakan awal penjajah british dalam usaha mengekalkan kuasa depa dengan mudah? Depa amalkan satu sistem yang dipanggil "pecah dan perintah" dengan meletakkan kaum2 tertentu dalam kelompok depa sahaja dan depa dipastikan tidak bergaul langsung atau diminimakan sebaik yang mungkin. Kenapakah begitu? Ini bertujuan utk mengelakkan perpaduan antara masyarakat dan mencambah serta mengekal sikap prejudis antara kaum - terutamanya pada masa itu orang2 cina dan india adalah kategori "pendatang" di negara ini. Hubungan yang fragile inilah menjadi talian hayat utk british bagi mengekalkan kuasa depa kerana kononnya "jika tiada british, akan terjadi perang antara kaum".

Begitu juga dalam BN. Secara zahirnya depa nampak bersatu bawah satu payung dan bendera, tetapi hakikatnya memang terdapat satu strategi utk memastikan hubungan antara kaum kekal berada pada tahap fragile. Jika tidak, alasan apakah lagi untuk parti2 komponen dalam BN itu mengekalkan perjuangan berteras perkauman depa? Diapi2kan kisah 13 Mei utk terus mencambahkan prejudis perkauman antara rakyat Malaysia. Kata2 Tuan Guru Haji Hadi yang dipesongkan dan dimanipulasi dipergunakan semahu2nya utk terus membakar api perkauman dalam negara.

Jika tidak, masakan sentimen perkauman terus dimainkan oleh UMNO, MCA dan MIC hingga kini? Tanpa isu perkauman, depa dah tak relevan. Sebab itu dikekalkan juga sentimen perkauman itu dan dengan usaha apa sekalipun, depa tidak mahu rakyat Malaysia berbilang kaum ini benar2 bersatu dalam apa jua aspek terutamanya sosiopolitik negara. Kesatuan antara kaum tu bagi depa cukuplah sekadar depa duduk jiran sebelah rumah, time perayaan masing2, kaum2 lain datang memeriahkan suasana - cukup.

Walhal telah jelas lagi terang Allah telah berfirman dalam surah al Hujurat ayat 13, "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

Bermakna, Allah ciptakan pelbagai jenis kaum dan bangsa untuk membolehkan kita mengenali antara satu sama lain, menyantuni perbezaan budaya dan pendapat sambil mengagumi dan menginsafi kekuasaan Allah yang menciptakan kepelbagaian ini. Malangnya, pihak2 yang berkepentingan terus menggunakan situasi "kurangnya kefahaman" antara kaum ini utk terus merelevankan kewujudan depa.

Depa sebenarnya takut kesatuan kukuh antara kaum. BERSIH 2.0 menjadi peruntuh tembok perkauman yang paling jelas dan nyata. Rakyat Malaysia pelbagai kaum bersatu atas jalanan utk menuntut sesuatu yang sama demi negara. Sentimen perkauman yang dimainkan terutamanya berhubung pengerusi BERSIH, S. Ambiga cuba dimainkan agar mempengaruhi org melayu tetapi ternyata gagal. Mainan sentimen oleh MCA dan MIC juga gagal menghalang puluhan ribu kaum bukan melayu turun padang. Sudahnya? masing2 menyatakan BERSIH adalah satu pengalaman yang paling indah depa rasakan sepanjang hidup bermasyarakat berbilang kaum di Malaysia ini sejak sekian lama. Gambar seorang melayu membasuhkan muka Auntie Anne yang kepedihan akibat tembakan water cannon, seorang lelaki cina menjirus air ke atas peserta kaum india, dan catatan seorang cina yang melahirkan kecintaan dan kekagumannya terhadap bangsa melayu kerana melindungi kaum lain merupakan sambaran2 petir yang amat ditakuti oleh UMNO BN. Depa tau, perkara ini boleh berjangkit, merebak dan seterusnya menjadi besar.

Dan memang benar kata depa. Selama 54 tahun "persahabatan" dalam BN, api perkauman makin marak dimainkan utk survival depa sedangkan tak sampai sedekad kesatuan dalam PR, sudah ada org cina yang sudi membaca dan memahami al Quran dan terjemahannya, sudah ada kaum2 bukan Islam yang mempertahankan hukum Islam, sudah ada orang melayu yang turun padang utk membantu sahabat2 kaum lain, sudah ada orang cina yang turut nak follow gerakan solat walaupun dia tak reti hapakejadah dan sebagainya. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa gagasan perpaduan antara kaum yang dijaja oleh BN selama ini, yang dikulminasikan dengan gagasan 1Malaysia adalah RETORIK semata2. Ini yang menjadi kepeningan kepada UMNO BN.

Jadi ini semua membuktikan satu perkara - yang bersungguh2 memainkan isu perkauman hanyalah BN sebab itu sahaja talian hayat depa. Jika tembok prejudis perkauman ini pun dapat kita runtuhkan, depa benar2 tidak relevan lagi untuk kekal sebagai pilihan rakyat Malaysia. Bagi kita pendukung2 PR, jangan cepat melatah jika ada isu melibatkan kaum2 lain terbit. Seeloknya kita raikan perbezaan kita, dan cuba santuni keminatan depa. Jika depa berminat dengan budaya dan agama kita yakni Islam tetapi ada banyak celanya, jangan terus tembak - didiklah dengan elok dengan niat supaya Allah membukakan hatinya utk memeluk Islam.

Aset utama kita antara lain ialah perpaduan sebenar antara kaum, yang menjadi mimpi ngeri UMNO BN. Gunakan sebaik2nya.

No comments:

Post a Comment