Monday, February 20, 2012

karnival debat - trend baru politik negara?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

nampaknya negara kita dilanda demam "debat".

suka atau tidak, sebenarnya rakyat negara ni terutamanya yg celik politik mmg suka berdebat. atau berbahas. atau bertukar2 pendapat. atau perang mulut - whatever it may be called. sebab apa? setiap manusia diciptakan Allah ada akal dan pengetahuan memasing - takkan identical pendapat seseorg tu secara keseluruhan dengan seseorg yg lain HATTA dengan mak bapaknya sendiri. saidina Umar al Khattab juga berlainan pendapat dengan Rasulullah s.a.w mengenai perjanjian hudaibiyah. so biasanya cara untuk vent idea2 yg bercanggah ni secara terus dan telus adalah melalui debat.

kat malaysia, sedar atau tidak sebenarnya debat antara politicians ni berlaku sepanjang tahun - dalam dewan negara, dewan rakyat, DUN dan sebagainya. cuma debat2 ini tidak disiarkan secara umum sahaja. maybe ada la snippit2 mengenai perjalanan debat disiarkan di berita tv atau berita alternatif dan sebagainya so DEBAT NI BUKAN BUDAYA BARU DI MALAYSIA. ahmad maslan, pls take note. jangan la buat lawak pasal "budaya barat" lagi.


pada tahun 2007, berlaku satu debat yg menarik - yg boleh dikatakan pemula siaran debat antara 2 pihak berlawanan di malaysia secara langsung - antara anwar ibrahim dan shabery cheek yg berkesudahan penaja rancangan iaitu tisu premier mendapat keuntungan besar. kemudian, rakyat yg semakin teruja dengan cara ini terus mendesak lebih banyak debat ini dijalankan. dan pada tahun ni hasrat rakyat sedikit sebanyak termakbul - rafizi vs khairy jamaluddin di london dan lim guan eng vs chua soi lek baru2 ni.

cuma apa yg amat dinanti2kan oleh rakyat adalah debat antara NAJIB vs ANWAR - dua tokoh utama parti (atau coalition party) masing2. sorg current PM dan sorg PM in waiting. masing2 ada dasar masing2, ada pendirian masing2, ada gagasan masing2. dan masing2 ada jawapan terhadap segaal isu yg dibangkitkan. ITU YG RAKYAT TERTUNGGU2.

malah, terdapat ura2 yg mahukan debat antara menteri besar selangor, tan sri khalid ibrahim dan ketua UMNO selangor, noh omar berkenaan isu pasir di selangor dan terbaru, naib presiden PAS iaitu dato mahfuz omar mencabar menteri dalam negeri, hishamuddin hussein utk satu acar debat berkenaan isu2 semasa dalam negeri. semua ini prompted sorg sahabat, Zaki Yamani menyatakan menerusi status facebook, "apasal tiba2 semua kemaruk debat ni?"

sebetulnya, aku berpendapat ada sebab disebalik kemeriahan debat ni.

lupakan alasan2 obvious - kedua2 pihak yg berbeza pendapat boleh bertemu kat satu pentas secara live dan membahaskan pendirian masing2 dan sebagainya agar dapat dinilai oleh rakyat yg ingin mengundi bla bla bla...itu mmg obvious dan lebih bersifat general. cuma aku terasa debat2 ini sebenarnya boleh menjadi senjata (dan boleh jadi masalah) kpd Pakatan Rakyat secara tanpa sedar.

cuba kita lihat, media massa kat negara ni bagaimana keadilannya? ya benar - saban hari kita hanya mendengar berita dari sebelah pihak. kalau dengar kebaikan, sebelah pihak. kalau dengar tuduhan dan dakwaan, juga sebelah pihak. SEMUANYA SERBA SERBI BERAT SEBELAH. jadi, melalui debat inilah caranya untuk pimpinan Pakatan Rakyat utk menerjah dan "menceroboh" media2 massa yg selama ini jangan harap la utk memberi ruang kepada pimpinan selain UMNO BN untuk mengutarakan pendapat. melalui debat yg disiarkan secara live, mahu tidak mahu hujah pihak PR kena disiarkan juga. tak boleh edittt...sebab live kan.

cuba jawab - jika tanpa debat secara langsung mcm ni, pernah atau tidak (atau boleh juga kita tanya kerap atau tidak) kita nampak lim guan eng mengutarakan pandangannya dalam media massa negara? tepuk dada tanya TV tu.

jadi, pimpinan PR seharusnya lebih gigih utk menekan pihak BN agar menerima cabaran debat supaya peluang untuk kita menerjah masuk kotak2 tv di rumah - tidak lagi mengharapkan sekadar youtube - makin bertambah. bila ruang utk kita masuk TV media massa bertambah, bertambah cerah peluang kita utk mendekati rakyat yg selama ini mungkin kebanyakannya mengharapkan medium tradisional ini. walaupun chances utk suasana setting debat tu berat sebelah - tgk je la apa yg berlaku masa debat soi lek / guan eng - tetapi peluang tetap peluang. malah kalau kena dengan gayanya, we can humiliate them at their own turf.

cuma kita kena juga berhati2 agar tidak over excited sebab SATU SALAH CAKAP sahaja, secara live akan terpampang di kaca tv anda...dan satu malaysia akan menyaksikannya. terlajak perahu boleh undur. terlajak kata?

apapun, buat peminat debat intelek seperti ini, enjoy everything while it lasts.

1 comment:

  1. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com


    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans(RM500,000 - RM10,000,000)
    *Personal Loans.(RM10,000 - RM100,000)
    *Business Loans.(RM500,000 - RM10,000,000)
    *Investments Loans.(RM500,000 - RM10,000,000)
    *Development Loans.(RM1,000,000 Above)
    *Acquisition Loans .(RM10,000,000 above)
    *Construction loans.
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    ReplyDelete