Sunday, February 19, 2012

Vincent Tan promote MCA melalui Cardiff City?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

post hari ni agak simple. benarkah Vincent Tan promote MCA melalui jersi home Cardiff City?

aku baca the star edisi jumaat dan depa siar satu page penuh liputan mengenai Cardiff City yg akan menentang Liverpool pada perlawanan akhir piala Carling. dari satu segi, aku agak berbangga kerana dua billionaire kita memiliki 2 kelab di liga inggeris - tony fernandes dengan QPRnya dan Vincent Tan dengan Cardiff Citynya. malah, tindakan tony dan vincent meletakkan jenama "malaysia" di jersi home kelab masing2 amatlah dipuji.

di saat tony meletakkan lambang Malaysia Airlines (tony memiliki MAS) vincent pula sekadar menjenamakan "malaysia" untuk diperagakan di bahagian penaja jersi Cardiff City. dengar cerita, berjuta gak dibelanjakan oleh vincent utk tujuan itu. tapi lantak la - duit dia. dia tak guna duit cukai atau duit KWSP.


cuma, aku terperasan satu benda. korg cuba notice betul2 tulisan Malaysia tu esp kat huruf "I". bagaimanakah rupa titik kat atas huruf "I" tersebut? yaa...kalau korg perhati betul2, titik kat atas huruf "I" itu berbentuk bintang berwarna kuning - sedangkan the rest of tulisan tu berwarna putih. dengan jersi home Cardiff City berwarna biru pekat, tidakkah ianya sama seperti bendera MCA?


mungkin sekadar kebetulan je kot...tapi tak mustahil ianya disengajakan untuk mempromosikan MCA secara tak langsung. bayangkan bila camera close up jersi pemain. bayangkan bila kita - yg melayu2 ni - beli jersi Cardiff City dan memperagakan jersi tersebut, seterusnya secara tak sengaja memperagakan lambang MCA. sedangkan, MCA adalah parti yg begitu rasis mengutuk Islam dan melayu!

dan jika ada yg argue kononnya "vincent tan cuma promote bintang yg ada kat jalur gemilang!", well...apsal dia tak emblazen jalur gemilang je terus dalam bentuk yg agak artistik? ambik semua elemen - bulan, bintang, 14 jalur. bintang kuning je yg dia ambik?

fikir2kan.

No comments:

Post a Comment