Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, February 26, 2012
menjawab soalan-soalan pada pencacai...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
insya Allah, kali ni aku cuba nak tumpu beberapa FAQ yg sering diterjah secara "lembu hentam pagar" oleh puak2 UMNO. tapi, memandangkan banyak sahabat2 PR kita yg tak berapa tahu isu atau tak mahir jawab soalan ni, jadi ada kalanya depa terkontang kanting. so aku harap, entri ni dapat membantu.
perlu diingatkan ada antara jawapan aku ni bersifat pandangan peribadi, ada yg bersifat pandangan rasmi PAS dan ada juga yg aku korek dr jumhur ulama' mahzab syafi'e. so sebaik2 ilmu adalah ilmu yg dituntut dari banyak guru yg mursyid. wallahu a'lam.
1) BOLEHKAH PAS MEMERINTAH BILA PR MENANG?
memerintah dari segi apa? menguasai kerajaan secara total? PR dibina berdasarkan tahalluf iaitu kerjasama dan dalam PR, tidak ada parti yg dominan. masing2 ada kekuatan dan peranan tersendiri dan tahalluf ini paling utama adalah untuk menjatuhkan rejim UMNO BN dan membebaskan malaysia drpd cengkaman ala kuku besi UMNO BN yg penuh dengan penyelewengan dan kebejatan. soal PAS mampu memerintah itu soal kedua sebab usaha pertama ialah utk jatuhkan UMNO BN dahulu. malah, PAS dijamin memegang urus tadbir majoriti negeri2 dalam malaysia. itu memadai buat seketika ini.
2) MACAM MANA PAS NAK TEGAKKAN ISLAM KALAU PAS TIDAK DOMINAN DALAM PR, TAK SEPERTI UMNO DALAM BN?
utk jawab soalan ni, ingin ditanya satu soalan balas - KENAPA PAS TIDAK DOMINAN? sebab perjuangan PAS utk tegakkan Islam tidak disokong oleh majoriti bangsa melayu muslim negara ni. depa masing2 melalak mengenai PAS tak laksana Islam tetapi dalam masa yg sama, depa lupa yg UMNO langsung tak berhasrat nak laksana Islam. sekurang2nya, PAS buat juga beberapa perkara minor dalam usaha menegakkan Islam. malah, siri2 ceramah, majlis ilmu dan kuliah yg dianjurkan oleh PAS lebih banyak menjurus untuk memberikan kefahaman kepada khalayak mengenai Islam, undang2nya dan kewajiban melaksanakannya.
dan tidak lupa juga, kerjasama PR ini walaupun menyaksikan PAS tidak begitu dominan, tetapi ia membuka ruang kepada PAS utk mendekati khalayak bukan muslim utk memberikan kefahaman terhadap Islam, dan sambutan mereka amat menggalakkan sampai tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS. langkah berterusan ini insya Allah akan memastikan PAS melebarkan pengaruhnya dengan lebih mantap seterusnya menjadi dominan, insya Allah.
3) PAS MENGGUNAKAN HUDUD UNTUK KEPENTINGAN POLITIK.
inilah pernyataan yg paling menyeleweng. aku dah terangkan, HUDUD ITU ADALAH WAJIB DILAKSANAKAN OLEH SETIAP PEMIMPIN MUSLIM - bukan hanya PAS. cuba fikir logik, apa guna PAS bising nak laksanakan hudud pada ketikanya depa tahu ramai org akan memandang PAS sebagai parti ekstremis Islam dek kerana kurangnya kefahaman depa mengenai hudud? usahkan non muslim, si melayu tu pun kekadang tak faham apa itu hudud dan hanya nampak tang "potong kaki tangan".
sejak zaman Nabi lagi, hukum hakam Allah ni sebenarnya tak popular dengan nafsu manusia jadi adalah SALAH untuk menyatakan yg PAS guna hukum Allah utk tarik undi. malah, tak keterlaluan dikatakan kesungguhan PAS utk menegakkan hukum Allah akan menyebabkan PAS hilang lebih banyak undi esp drpd remaja2 generasi X yg disogokkan UMNO dengan hiburan dan duniawi. tapi kenapa PAS terus konsisten?
firmanuLlah ta'ala:
"Demikian itu adalah batasan batasan Allah, maka janganlah kamu melampauinya. Dan barangsiapa melampaui (melanggar) batasan-batasan Allah maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al Baqarah: 229)"
menurut para mufassirin, "batasan2 Allah" itulah hudud - تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ.
maka kat sini aku nak tanya, apakah UMNO selaku pemerintah muslim boleh lari dari kewajiban ini? apakah UMNO tak mahu laksanakan hudud? dan berapa kali kita dengari yg UMNO menggunakan istilah2 agama sebagai penjana sokongan politik seperti Islam hadhari, Islam wasatiyyah dan lain2?
4) UMNO PERINTAH PUN SELAMA NI BANYAK JE PERKARA ISLAM TERTEGAK.
tak semestinya. di jerman umat Islam makin berkembang pesat. apakah pemerintah mereka muslim? apakah pemerintah depa tu UMNO? di mesir sekarang ni ada 150 hafiz yg memegang tampuk kerajaan. depa baru jadi hafiz ke? tidak - depa jadi hafiz dah lama, sejak zaman anwar sadat, hosni mubarak lagi. apakah anwar sadat dan hosni tu melaksanakan pemerintahan Islam? seteruk2 hosni, dia tak kacau al azhar. UMNO pulak dok kacak Sekolah Agama Rakyat. mana lagi haru?
5) PAS SEMAKIN LEMAH DITEKAN PUAK ANWARIS. KUASA ULAMA MAKIN HILANG.
kenapa puak2 UMNO ni cukup fobia dengan anwar? asal ada je keputusan yg agak loose diambil PAS, dikatanya akibat anwar. hasan ali dipecat - akibat anwar. exco kedah tengah ada isu - akibat anwar. semua akibat anwar. sbb tu agaknya depa lebih suka demo kutuk anwar drpd kutuk tentera amerika yg bakar Quran kot.
PAS tidak dikuasai oleh anwar ibrahim. tak kira siapapun jadi presiden PAS, depa tertakluk bawah Majlis Syura yg dianggotai oleh Dewan Ulama PAS Pusat. malah, antara mursyid al-am dan presiden, kuasa mursyid al-am tu lebih tinggi. tidak timbul langsung soal PAS dah makin meminggirkan ulama. hasan ali dipecat kerana sikapnya sendiri yg tak hormatkan jemaah dan tindakan2 ala hero hindustan yg merugikan PAS. tidak ada kaitan dengan anwar walaupun dia dipecat selepas dia kata "demo 901 tu tak patut".
6) KALAU UMNO DIJATUHKAN PUN, BELUM TENTU ISLAM BERTAMBAH MAJU
then apakah disebabkan itu, kena kekalkan UMNO yg dah sah2 makin menyeleweng dan merosakkan negara dan umat manusia? sekurang2nya, kerjasama PAS dan PR menyaksikan urustadbir kewangan negeri2 makin cekap dan hebat berbanding BN dan org ramai mula mendekati agama secara tak langsung. lagipun, apakah ukuran "perkembangan Islam" di negara ni? masjid yg banyak?
apa guna masjid banyak kalau makmum solat fardhu tak sampai setengah saf?
7) NIK AZIZ SESAT - SAMAKAN NABI DENGAN BUDAK LAIN DI KAMPUNGNYA.
pertama sekali, ustaz kazim tak jumpa nik aziz utk bertanyakan perihal. adab dengan ulama ni ialah 1) husnul dzan dengan setiap kenyataan ulama dan 2) berjumpa dan selidik untuk mengetahui perihal. kalau nik aziz pun dia tak jumpa, mcm mana dia nak kata nik aziz sesat? ada dia kata "Nabi Muhammad tak patut diikuti" atau ayat2 lain yg bersifat menyeleweng yg nyata?
secara khususnya, Nabi Muhammad s.a.w sememangnya diangkat oleh Allah melebihi umat manusia lain dari segi darjat, kemuliaan, kedudukan di sisi Allah dan pelbagai lagi. tapi masa kecik, malah masa dewasa pun, DARI SEGI FIZIKAL DAN HARFIAH Baginda tetap seperti manusia2 yg lain.
apakah Nabi s.a.w masa bayi dah boleh istinja sendiri tanpa dicuci oleh para pengasuh?
apakah Nabi s.a.w tidak menyusu?
apakah Nabi s.a.w tidak bermain2 dan bersuka ria dengan rakan2 sebaya?
itulah maksudnya "SAMA SEPERTI BUDAK KAMPUNG LAIN". bukan darjat yg sama. bukan kemuliaan yg sama tetapi dari segi fizikal dan harfiahnya, Baginda adalah sama dengan manusia2 lain terutamanya masa zaman kanak2 sebelum keNabian.
kaji betul2 dulu kata2 nik aziz tu.
8) MANA BOLEH BUKAK AURAT MENYEBABKAN MURTAD?
aku jawab benda ni dengan satu firmanuLlah ta'ala, "barangsiapa yg tidak berhukum dengan apa yg Allah turunkan, dialah org2 kafir" al-maidah, 44.
para ulama fiqh menyatakan "engkar" adalah pemaksud bagi "kufur". kalau seseorg itu tahu hukum Allah tapi dengan sengaja tanpa alasan syar'ie dia tak nak ikut, bermakna dia engkar hukum Allah. kalau engkar hukum Allah, terutamanya berulang kali, bermakna dia kufur.
sama la kes tak tutup aurat. Allah dah wajibkan penutupan aurat ni dalam al Quran. rujuk surah al-Ahzab ayat 59 dan surah an-Nur ayat 31. tapi bila seseorg itu yg pastinya waras dan berakal serta tahu ketetapan Allah ni, dan sengaja tidak mahu mengikutinya, maka dialah org2 yg engkar dengan hukum Allah. enggan berhukum dengan apa yg Allah turunkan. maka menurut ulama fiqh, org2 ini KUFUR. lari akidah. bila lari akidah, meaning dia boleh dikatakan tidak mengakui hukum hakam Allah - boleh membawa kepada murtad tanpa sedar. jangan bawak main hukum Allah.
9) ULAMA KERJANYA MENYATUKAN UMAT, BUKAN PECAHBELAHKAN UMAT.
kat sini aku pelik - bila masa ada ulama yg nak pecahbelahkan ummah? kalau ulama suruh kita tinggalkan satu pihak yg melakukan kekufuran dan menyertai jemaah yg menegakkan Islam, tu kategori pecah belah ke? simply "bersatu bawah kami, tinggalkan kebatilan." tu je.
tak semestinya kesatuan tu bawah UMNO semata2. kalau semua org pakat tinggalkan UMNO dan bersatu bawah PAS, ITU NAMANYA BERSATU. dan memandangkan PAS membawa agenda Islam, maka kesatuan tersebut lebih dicintai Allah s.w.t.
setakat tu dulu nukilan ringkas jawapan2 kepada soalan2 biasa yg ditabur oleh pencacai UMNO. pastinya akan wujud jawapan2 lain yg lebih bernas dari ini sebab aku bukanlah berilmu sangat pun. apa yg baik itu datangnya dari Allah.
wallahu a'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment