Monday, February 20, 2012

seJATIkah perjuangan hasan ali?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

maka hari ini dengan izin Allah, NGO kelolaan hasan ali iaitu JATI akan dilancarkan. sehingga kini, aku tak tau dengan jelas apakah matlamat dan maqasid penubuhan JATI sebab dah banyak NGO seumpamanya di malaysia seperti PERKASA, TERAS, ABIM dan sebagainya. mungkin sebagai satu wadah untuk hasan ali menjadi ketua pertubuhan kot? ye la...kalau stay dalam PAS, sampai sudah dia takkan dapat jadi presiden PAS...

aku tak nak mengulas panjang. cukuplah aku ucapkan semoga berjaya buat hasan ali dan JATInya. cuma, aku harapkan yg dia benar2 istiqamah memperjuangkan akidah dan tidak menjadikan JATI sebagai medan balas dendam pada PAS. banyak betul isu akidah yg dia tak attack sebenarnya - hari valentine, kelab dan lamanweb murtad, isu sambutan thaipusam dan sebagainya. tu pun nasib baik dia tak attack anwar bab ponggal lagi!

bagi aku mudah - kalau dia betul citer nak perjuangkan akidah, dia kena berlaku adil. bermula dengan UMNO dan para pemimpin negara yg rata2nya melanggar akidah dalam senyap tapi jelas. aurat yg terbukak tu misalnya - apakah ianya tak dikatakan melanggar akidah? aurat adalah satu hukum yg direct diturunkan oleh Allah, bermula peristiwa isteri Nabi Muhammad s.a.w iaitu Sa'udah binti Zam'aah keluar pergi ke kota madinah tanpa memakai hijab lalu ditegur oleh Umar al Khattab yg mengenalinya. lantas, turun ayat hijab dan berberapa ayat lain berkenaan aurat yg diperkukuhkan oleh Allah. tak salah aku ada 3 ayat semuanya.

ulama2 fiqh pula menyatakan bahawa "kufur" itu bermaksud "engkar". jadi kita boleh buat satu contoh mudah - jika seseorg itu tau hukum tutup aurat tu wajib, tapi dia tak tutup aurat, apa maksudnya? dia engkar hukum Allah. bila dia engkar, menurut ulama fiqh tadi bersamaan dengan apa? yes - KUFUR. bila kufur, bagaimanakah akidahnya selepas itu?

itulah isu2 yg seharusnya ditackle oleh hasan ali dan JATI. masa jadi exco agama dulu, dia rajin rush kedai yg jual arak dan kelab2 malam so aku expect bila dia bergerak secara bebas melalu JATI ini, dia akan jauh lebih rajin menerjah kedai2 menjual minuman keras dan kelab2 malam atau gereja2. ye la...dulu dia kata PAS dan PKR halang dia buat kerja Allah, kan? sekarang dia dah bebas lepas. sepatutnya gerakan "MEMULIHKAN AKIDAH" lebih dipertingkatkan lagi. betul tak? sudah tidak ada alasan.

tetapi jika hasan ali tidak melakukan demikian, pastinya kita boleh timbulkan persoalan "apakah perjuangan hasan ali ni sememangnya sejati atau cuma satu taktik meraih simpati?"

hasan ali tiada pilihan. dan masa akan menentukan sama ada dia memang seorg pejuang sejati atau pejuWang yg cuma mahukan simpati.

No comments:

Post a Comment