بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
dalam entri aku kali ni, aku lampirkan bukti bergambar yakni screenshot mengenai origin kapal dagang Israel kepunyaan ZIM atlantic yg dok sibuk berlabuh dan berdagang kat negara ni. cuma yg peliknya, kapal kontena Zim Atlantic tidak membawa bendera negara zionis Israel tetapi sebenarnya membawa bendera yang hampir serupa dengan jalur gemilang.
Ini tidak pelik dan tidak mustahil. ZIM Atlantic membawa bendera negara LIBERIA yang mempunyai kesamaan dengan bendera Malaysia, dan juga bendera US. Apakah dengan membawa bendera yang hampir serupa dengan negara kita, maka dapat menyembunyikan perdagangan sebenar Malaysia-Israel? Apakah ia berkesan untuk menyembunyikan jadual laluan terus dari Haifa Israel - Pelabuhan Klang Malaysia?
GAMBAR DI ATAS INI ADALAH BENDERA LIBERIA. bandingkan dengan dua bendera lain di bawah ini -
Sudah pasti jika kapal kontena ini membawa bendera Israel, maka tentera laut Malaysia yang mempunyai kekuatan kapal selam yang tak boleh menyelam dan kapal peronda yang boleh terbang berharga 9 bilion akan menghalau kapal ini dari Selat Melaka.
Walaupun ZIM Atlantic membawa bendera 'bukan Israel', tetapi originnya tetap Israel. Konglomerat ZIM adalah milik zionis, merupakan syarikat logistik perkapalan utama Israel. Membawa bendera selain zionis adalah taktik decoy.
Apa yang lebih penting untuk dijadikan hujah ialah bahan mentah atau separuh masak yang dibawa oleh ZIM ini terus ke Port Klang adalah dari industri negara haram Israel, dan apa yang dibawa dari Port Klang terus ke Haifa/Ashdod juga merupakan urusniaga dagangan yang tidak sepatutnya terjadi! Apakah ia tidak melalui kastam? Bukti-buktinya berbentuk borang kastam yang tertera urusniaga Israel telah acap kali didedahkan oleh banyak pihak terutamanya SAMM.
Siapa lagi yang boleh nafikan hubungan dagang Malaysia-Israel? Dengan adanya hubungan logistik ini, kita bukan sahaja berdagang dengan Israel, malah kita bertanggungjawab di atas setiap peluru yang menembak tepat kepala anak saudara kita di Palestin!! Kapal bantuan dari Malaysia dihalang mendekati Israel untuk sampaikan bantuan ke Gaza tetapi kapal kontena yang juga dari Malaysia, dibenarkan masuk terus ke pelabuhan Israel. apa kejadahnya semua ini?
Video di bawah pula didedahkan oleh blogger MiloSuam setelah gambar-gambar kapal ZIM Atlantic di Pelabuhan Klang diragui oleh pengunjung blognya. Terbukti terjahan MiloSuam mengenai berlabuhnya kapal yang berpengkalan dari Israel ini ke Pelabuhan Klang bukan cerita kosong. Pasti Najib dan kabinetnya tidak tidur malam jika kehadiran kapal kontena ZIM Atlantic dikaitkan dengan pendedahan SAMM dan Chegubard mengenai perdagangan Malaysia-Israel, sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Bakri dilayangkan kad merah di Parlimen lewat tahun lepas.
Cuba fikirkan - melainkan Malaysia dan Israel ada hubungan diplomatik, hubungan logistik ini tidak patut berlaku!!
Ingatlah, Ayuh kita tolak kumpulan yang mengaku menjaga agama, menjaga akidah dan juga mengaku pejuang agama, tetapi dalam masa yg sama dengan sengaja membenarkan setiap umat Islam dalam negara ini lari akidahnya kerana mendokong negara Israel! Negara haram Israel akan terus melebarkan jajahannya, akan terus menggali BaitulMaqdis, dengan bantuan kerajaan munafiq seperti kerajaan UMNO BN - yg pastinya akan membusukkan nama negara Malaysia ini.
Secara strategiknya untuk menumbangkan Israel, kita terlebih dahulu perlu menumbangkan Israel Glokal! ASALKAN BUKAN UMNO/BN @ ABU menjadi sentimen paling berkesan dalam menumbangkan sebuah regim legasi penjajah yang meneruskan agenda penaklukan BaitulMaqdis!
HENTIKANLAH MENYOKONG PIHAK YG HIPOKRIT - YG PALING MENYOKONG ISRAEL DALAM DIAM TAPI TERANG DAN NYATA!
(Artikel olahan dari entri blog Edyes Dot Com)
No comments:
Post a Comment