Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, February 4, 2012
meroyanlah selagi mampu, hasan ali...
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.
"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu PAS terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya dalam ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning, di Muar malam tadi.
Dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan PAS cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.
"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.
Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatan PAS, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.
Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang.
(sumber - Malaysiakini)
** sungguh, aku tak sangka si tua ni akan meroyan sampai mcm ni sekali.
aku malas nak komen lelebih pasal hasan ali ni. dah terlalu banyak yg aku sampaikan dan terlalu banyak persoalan yg dibangkitkan sama ada oleh blogger2 atau pendekar facebook PAS dan PR kepada hasan ali. yg nyatanya, sememangnya gaya percakapan beliau berupa UMNO.
makin lama, rakyat makin sedar bahawa hasan ali ni cuma satu lagi catur UMNO untuk mengenakan PR. percakapan berupa retorik, tanpa fakta dan bukti.
bercakaolah selagi ko mampu hasan - or at least, selagi org masih berminat nak dengar ko merepek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment