Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, February 4, 2012
Kepala babi, angpow putih, isu perkauman - apakah berkait?
apsal kalau nak cetuskan provokasi, suka sangat puak2 pencetus ni guna kepala babi ek?
negara dikejutkan dengan kes kepala babi diletakkan di dua masjid berasingan dalam tempoh tak sampai 2 minggu - di Masjid Nurul Iman, Rawang dan Masjid al-Hidayah, Sentul. dan benda ni bukan kali pertama terjadi. Menjelang pilihanraya kampus pada 16 Januari 2009, kepala babi ditemui di salah sebuah surau di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada 27 Januari 2010, kepala babi ditemui di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato Harun dan Masjid Al-Iman Al Tirmizi, Petaling Jaya, Selangor. Pada 30 Disember 2011 kepala babi ditemui di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya di Johor Baru.
soalnya, apakah motif mereka? dan apakah benar perilaku2 ini dilakukan oleh kaum2 bukan Islam untuk mencetuskan satu ketegangan agama?
aku tak rasa begitu. kalau zaman dedulu, ketika dunia ni masih asing dengan istilah internet dan "dunia tanpa sempadan", provokasi2 ini pastinya dengan mudah mencetus rusuhan yg akan menggugat keselamatan negara. almaklumlah, satu perkara yg mustahil bagi sebuah negara yg terdiri dari pelbagai etnik dan agama mampu untuk hidup secara harmoni terutamanya jika asas kepercayaan dan budaya mereka diusik.
soalan aku lagi sekali - siapakah pihak yg bodoh benar hendak menghuru-harakan keadaan yg sedia aman ini? apakah kaum2 bukan Islam sebodoh itu utk mengkompromikan keselesaan mereka di bumi bertuah ini?
apakah kaum2 bukan Islam - atau bukan melayu - membutuhkan sangat sebarang rusuhan? apakah mereka membutuhkan sangat kedaulatan utk bangsa mereka? apakah mereka perlu sangat utk menidakkan ketuanan melayu di negara ni? dengan ketuanan melayu ni pun mereka memegang ekonomi dan sosiopolitik negara!
jom kita kaji balik - peristiwa2 kepala binatang sensitif ni HANYA BERLAKU DI NEGERI2 PIMPINAN PAKATAN RAKYAT, dengan pengecualian kepada kes kat johor tu. bukan semata2 babi tau - ingat lagi "perarakan kepala lembu" di shah alam dulu? perarakan untuk membantah isu kuil di shah alam tu boleh je mencetus ketegangan antara kaum melayu dan india - tambahan lak isu berdarah kampung medan masih lagi segar dalam ingatan. shah alam dengan kampung medan tu bukannya jauh!
tidak cukup dengan itu, kita dikejutkan pulak dengan kejahilan PERKASA memberikan ang pow warna putih (yg melambangkan kematian) kepada masyarakat cina ketika rumah terbuka tahun baru cina baru2 ni. berkenaan isu ini, aku cukup yakin yg PERKASA sebenarnya tahu apa yg depa buat, tapi depa tetap buat. mustahil la tak de sapa pun tau apakah adat cina berkenaan ang pow - depa bukan duduk malaysia ni setahun dua! keengganan PERKASA meminta maaf sehingga kini membuktikan segala2nya - bahawa mereka mmg mempunyai mala fide berkenaan pemberian ang pow putih tersebut.
kembali kepada isu kepala babi yg terkini - bukan satu kebetulan bahawa kedua2 kawasanyg terlibat (rawang dan sentul) itu diwakili oleh wakil pakatan rakyat berketurunan cina, Gan Pei Nei dan Tian Chua.
sekali lagi, buat kali ketiga - apakah ada motif tersembunyi disebalik semua ni?
imbas balik pada tahun 1960-an - semua tau kedudukan UMNO masa tu adalah amat genting - perpecahan dalaman, kekalahan di penang dan kelantan serta terengganu serta berhadapan perasaan marah dan tak puas hati rakyat malaysia akibat pemisahan singapura. tiba2 tercetus satu insiden perkauman berdarah - 13 mei - yg menyebabkan parlimen digantung dan tun razak secara tergesa2 menubuhkan MAGERAN untuk menguasai negara ini dengan berpayungkan akta darurat - kebetulan? aku tak rasa mcm tu.
bayangkan - melalui BN yg dibentuk semasa MAGERAN itulah parti2 pembangkang UMNO yg mula berpengaruh masa tu seperti GERAKAN dan PAS berjaya dipujuk masuk membentuk BN pimpinan UMNO atas alasan "perpaduan nasional". kekuatan pembangkang dapat dineutralkan.
bukan satu kebetulan lak kisah2 provokasi kat atas yg aku sebutkan tu terjadi ketika anak pengerusi MAGERAN itu adalah PM malaysia skang. apakah sang anak mahu mengulangi skrip si bapa, tambahan lak dengan kedudukan UMNO BN yg sebenarnya amat goyah pada ketika ini? segala usaha transformasi najib gagal menepati sasaran dan meningkatkan imej UMNO, diburukkan pula dengan kisah2 ketirisan dan pemborosan yg tiada sudahnya.
aku bersyukur kerana rakyat malaysia di era IT ni lebih matang dalam bertindak, lebih menyeluruh dalam berfikir. cuma aku ingin nasihatkan pihak2 pencetus provokasi tu (u know who u are) rentikanlah taktik busuk lagi jahat ini. rakyat malaysia takkan termakan taktik korg.
malah, ianya akan lebih mempercepatkan penguburan UMNO dan BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment