Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, February 22, 2012
apabila fatwa songsang berkumandang...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
sejak dua menjak ni, banyak betul fatwa songsang berkumandang - baik dari kalangan "guru agama", mufti mahupun para ulama kedai kopi. ada yg berhujah tanpa dalil, selalunya ada yg berhujah guna dalil sekerat2 dan yg paling best, ada yg berhujah guna hadis maudhu'!
untuk mereka yg tak biasa term pengajian hadis, hadis maudhu' adalah hadis palsu @ rekaan dan adalah haram utk menjadikan hadis ini sebagai tempat menyandarkan hujah.
yg pertama ingin aku sentuh ialah "tok guru selebriti UMNO" pada ketika ini iaitu ustaz abdullah sama'ah yg mencuri perhatian dengan fatwanya bahawa mengundi PAS adalah haram dan berdosa. dalil yg diberikan? PAS tidak lagi memperjuangkan Islam sebaliknya membawa kehancuran kepada umat Islam. dia ambil contoh sekali kononnya PAS bersekongkol dengan anwar yg menyokong israel, amalkan pluralisme dan sebagainya.
kat sini aku nak tanya lak - apakah hukum undi UMNO yg selama ni MEMANG TIDAK PERNAH BERNIAT NAK MENEGAKKAN ISLAM? tak perlu bersekongkol dengan penyokong israel sekalipun, perangai UMNO dah mengalahkan israel. sekolah2 agama ditutup dan diketepikan. para ilmuwan Islam dicop pengganas dan terus diISAkan tanpa banyak soal. belum aku nak citer ttg kebejatan UMNO yg membawa masuk budaya arak, judi dan loteri, hub hiburan malam, maksiat, aurat yg terbuka, rasuah, penyelewengan, malah MENOLAK DAN MEMPERLEKEHKAN HUKUM ALLAH!
jadi aku nak tanya kepada sang ustaz tok kelulu ni - apa pulak hukum mengundi UMNO? kalau dia masih tak sedar diri, meh aku ingatkan satu perkara - ualam fiqh sependapat mengatakan kufur itu membawa maksud "engkar". kalau seseorg tu tau hukum Allah tu wajib (contoh la - menutup aurat) tapi dia DENGAN SENGAJA TAK TUTUP AURAT, maka dia dikategorikan sebagai engkar hukum Allah.
jadi apa hukumnya? dosa ke tak undi pihak yg engkar ni?
dan menyebut ttg kehancuran umat Islam, tidakkan tok kelulu ni tau yg malaysia sedang menanggung beban hutang yg makin meningkat saban tahun akibat kerakusan dan ketirisan pengurusan kewangan kerajaan? semakin lama, semakin banyak hutang kita yg kini telah hampir cecah 60% drpd KDNK negara dan satu hari nanti jika tidak dilakukan apa2, negara ni mampu muflis dan masa tu abis semuanya akan tergadai. sedangkan kerajaan negeri PR membuktikan bahawa depa mampu mentadbir dengan mengurangkan hutang dan menghilangkan defisit belanjawan.
jadi, pihak manakah yg sedang membawa kehancuran umat? tak yah citer umat Islam saja laa..sebab Islam ni adalah utk semua. ingat?
dan kita dikejutkan pulak dengan satu "fatwa" harussani ketika menghalalkan penubuhan JATI dengan mengeluarkan hujah "raja itu bayangan Allah". antara lain, harussani kata "kalau kita bersyahadah, wajib pertahankan raja dan umat Islam tak boleh dipisahkan dengan isntitusi raja..."
hadis yg digunakan sebagai dalil? "Sultan adalah bayangan Allah di mukabumiNya. Barangsiapa yang setia kepadanya akan diberi petunjuk. Dan, barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat. (Status hadith: Maudhu')"
hadis maudhu' yg diguna harussani sebagai dalil. adehhh..
soalan kepada harussani - jika raja itu bayangan Allah, sila recall: firaun adalah raja. namrud adalah raja. abrahah adalah raja. banyak lagi kisah raja2 yg engkar perintah Allah dan minta maaf - raja2 melayu kita sendiri pun banyak yg tak betulnya di balik tabir. jadi apakah layak utk dikatakan raja itu bayangan Allah?
jadi org Islam pattani kena setia kepada raja siam walaupun raja siam tu buddha, sebab raja siam tu bayangan Allah? mcm tu?
umat Islam TAK SEMESTINYA TAK BOLEH BERPISAH DENGAN RAJA. kalau kita kaji balik, permulaan sistem beraja ala monarki ni dimulakan oleh muawiyah bin abu sufyan selepas kewafatan Ali bin Abi Talib. sebelum itu, dunia Islam dipimpin oleh khulafa arrasyidin yg dipilih melalui sistem demokrasi terpimpin yakni mesyuarat antara para sahabat (yg boleh disamakan dengan syura'). tidak wujud istilah raja pada ketika itu. anak Abu Bakr as-siddiq tak mengambil alih pemerintahan ayahandanya selepas ayahandanya wafat. tempatnya digantikan oleh Umar al Khattab secara perbicangan dan pemilihan juga.
cuma sistem beraja ni start masa zaman bani umaiyah je. dan selepas itu diteruskan oleh bani abbasiyyah dan kemudian empayar turki uthmaniyyah.
jadi umat Islam kena wala' pada pemimpin yg benar2 mengikut dan membawa kita ke jalan yg benar dan lurus - tak kira la dia tu raja atau rakyat biasa yg jadi pemimpin.
firman Allah - "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." - Surah An-nisa ayat 59
apakah maksud ulil amri kat sini? raja? pemimpin semata2? tidakkk...ulama' mufassirin seperti Jabir bin Abdullah, al-Hasan, Atha, dan Abi al-Aliyah berpendapat bahawa maksud ulil amri kat sini bukan semata2 pemimpin (jauh sekali raja) tetapi juga bermaksud "ulama" itu sendiri selagi ulama itu bukan ulama suuk.
jadi disini, aku tegaskan sekali lagi bahawa satu kebejatan dan kecurangan menggunakan agama untuk membodek pihak2 tertentu - APATAH LAGI JIKA DALIL YG DIGUNAKAN ADALAH MAUDHU'.
jadi kepada ustaz tok kelulu dan harussani, aku minta maaf. anda ada agama dan ilmu, tapi anda jual semuanya demi sesuap nasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment