Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, February 15, 2012
Ini jawapan kenapa Rosmah tak mahu pakai tudung...
Majoriti ramai umat Islam di negara kita faham dan percaya bahawa rambut adalah aurat wanita. Maka sudah tentu majoriti berfahaman bahawa wanita wajib bertudung untuk menutup bahagian kepalanya kecuali muka. Ada juga yang berpendapat yang muka juga perlu ditutup dengan apa yang kita sering panggil sebagai purdah, namun ia adalah pendapat sebahagian kecil orang ramai.
Dengan mengambil fahaman pendapat orang kita sebegitu maka ramai pejuang Islam berasa tidak selesa dengan sikap glamour wanita pertama (dia kata) negara kita yang selesa dengan fesyen tunjuk jambulnya walaupun ketika berada di Mekah (kecuali ketika buat haji).
Tetapi nampaknya Rosmah nih macam tak berapa ambil hairan dengan kritikan umat Islam yang menempelak dan menghentam fesyen dedah rambutnya yang seolah-olah sarang burung, sedangkan kita war-warkan seluruh dunia bahawa Malaysia negara Islam dan Najib nih merupakan pemimpin Islam yang disegani dunia arab (kata depa laa).
Mungkin kita akan tertanya-tanya, "kenapa ya?". Rosmah ni tak baca blog ka, dia buat selamba biawak saja macam tak ada apa-apa masalah langsung.
Jawapannya adalah, Rosmah berkemungkinan mengambil fahaman ataupun pendapat dari salah seorang ulama kuat Umno (ulama moden) yang banyak mengkritik fahaman ortodok ulama-ulama ahlissunnah di seluruh dunia termasuklah semua ulama PAS di Malaysia.
Ulama kuat Umno itu sejak dari dulu menegaskan bahawa wanita tidak wajib menutup rambut mereka kerana rambut bukanlah sebahagian daripada aurat kaum wanita. Ulama itu tidak lain tidak bukan adalah ASTORA JABAT. Sebelum ini penulis majalah Al-islam itu yang juga kolumnis ruangan bicara agama di mingguan malaysia saban ahad juga ada membuat fahaman sebegitu, tapi Astora Jabat sekarang nih hilang entah ke mana senyap menyepi. Alhamdulillah - mungkin dia dah kembali ke perkampungan asalnya di selatan Siam sana dan mungkin sudah bertaubat. Disini aku sertakan pemahaman sesat astora jabat nih mengenai isu tudung semasa menjadi seorang penulis dulu.
Soalan Dayana Norman (Bicara Agama, Mingguan Malaysia, 10/10/99) yang mempersoalkan tentang hukum wanita Umno (yang pemimpin mereka mendakwa merekalah pejuang Islam sebenar) tidak menutup aurat (khususnya rambut dan leher). Dayana mempersoalkan bagaimana mereka ini boleh dicontohi dan diiktiraf sebagai pejuang Islam?
Maka berfatwalah Sahib al-Samahah wa al-Fadhilah al-Ustaz al-Shaykh Astora Jabat (hadahuLlah). Tuan Mufti Astora Jabat mentarjih (mengesahkan/memperkuatkan) pandangan yang ketiga tersebut berdasarkan dalil-dalilnya yang ‘teramat kuat’:
1. Pada zaman Rasulullah saw. dan sahabat, ada wanita yang tidak menutup rambut sebagaimana disebut dalam kitab-kitab lama.
2. Kawan-kawan wanita yang sama belajar dengannya di Thailand dan Wakaf Baru (Kelantan) hanya menutup rambut sewaktu di kelas agama saja, tidak di luar.
3. Manakala kawan-kawan wanitanya semasa belajar di Tunisia dan Maghribi (Morocco) tidak menutup rambut langsung sama ada di dalam atau di luar kelas.
4. Guru wanitanya yang bernama Aishah bt. Abd Rahman (terkenal dengan gelaran Bintu al-Shati’, saya pun memiliki beberapa buku tulisannya) tidak memakai tudung kecuali setelah teramat tua.
5. Pelajar wanita Melayu dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina sebelum 1979 tidak bertudung ketika mereka belajar di Mesir, kecuali semasa musim sejuk. Ini termasuklah pelajar wanita yang telah menjadi isteri ulama di Malaysia sekarang ini. Anak-anak wanita ulama al-Azhar sendiri tidak bertudung seperti anak Dr. Muhd Ali Mahjoub, anak dan isteri pemikir Islam terkenal Adel Hussain dan anak Dr. Fathi ‘Uthman pun tidak bertudung.
Seminggu selepasnya (17/10/99) Tuan Mufti menambah lagi hujahnya untuk menjawab e-mel daripada Wahidah Hanum:
6- Fenomena bertudung hanya muncul sejak 20 tahun kebelakangan ini saja iaitu selepas Revolusi Iran 1979.
7- Tidak harus mengecam wanita yang tidak bertudung kerana mereka mungkin mengikut pendapat mazhab yang mengatakan tidak berdosa jika tidak bertudung seperti pendapat sesetengah ulama mazhab Hanafi atau hanya dosa kecil seperti pendapat sesetengah ulama mazhab Maliki.
8- Puak-puak yang inginkan wanita bertudung bukan setakat ingin menutup rambut wanita sahaja bahkan mereka ingin menutup akal wanita supaya tidak mendapat pelajaran.
Adakah dia ni tak membaca al-quran sedangkan Allah swt menyebut dalam al-quran...
"wahai nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri orang mukmin,"hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka."yang demikian itu agar mereka mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu.dan Allah maha pengampun,maha penyayang."~surah al-ahzab ayat 59.
dengan menyamakan wanita bertudung dengan fenomena revolusi Islam iran, apakah dia menyatakan bahawa pemakaian tudung itu satu amalan syiah? fatwa mana dia pakai?
dan adalah amat mustahil untuk mahzab imam2 mujtahid seperti Hanafi dan Maliki menyatakan "menutup aurat di kepala yakni bertudung itu adalah dosa kecil". sebab hukum menutup aurat itu adalah jelas dan nyata dalam al-Quran!
walaupun benda ni lama, aku suka sekali nak dengar komentar dari para pejuang akidah dan juga ahmad said. nak tau gak sama ada berani atau tak depa kata benda ni sesat lagi menyesatkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment