Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, February 1, 2012
kami menegur demi kebaikan...
tulisan zar ali yg telah aku kongsikan mengenai nasihat kepada anwar dan pemimpin2 pakatan rakyat yg lain agar berhati2 dalam memberikan statement telah mengundang banyak reaksi.
dalam reaksi2 itu, majoriti bersetuju dengan apa yg zar ali dan aku kongsikan - tapi dalam masa yg sama ianya juga mengundang reaksi yg tidak senang dr segelintir pihak - pada anggapan mereka, artikel itu adalah sesuuatu yg tidak patut disebarkan kerana "dikhuatiri boleh menggugat pakatan rakyat dan anwar".
bukankah Allah berfirman dalam al Quran menerusi surah al- 'asr yg antara lain bermaksud, "demi masa! sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yg beramal soleh dan BERPESAN2 ATAS KEBENARAN, DAN BERPESAN2 DENGAN KESABARAN"?
kita menasihati pucuk pimpinan kerana kita sayangkan mereka, dan kepentingan jemaah itu lebih utama banding batang tubuh pemimpin itu sendiri. pemimpin manakah yg tak boleh ditegur? azmin ali pernah menegur haji hadi, nik aziz pernah tegur haji hadi, haji hadi pernah tegur ustaz din tantawi dan listnya terlalu panjang. aku sendiri sering x sebulu dengan ustaz din tantawi selaku ketua dewan pemuda PAS pusat! tapi apakah tegur menegur itu satu perkara yg tidak molek?
umar al khattab pernah ditegur keras oleh rakyat beliau - "kalau kamu bengkok, kami akan luruskan dengan pedang2 kami". muawiyah juga pernah ditegur oleh rakyatnya dalam soal harta negara dan fa'i. malah, teguran mereka lebih keras lagi tapi semuanya diterima baik oleh pemimpin2 itu.
melainkan kalau teguran itu bukanlah teguran sebaliknya berupa satu "condemnation" seperti yg dilakukan oleh hasan ali. bahkan, hasan ali terus mengutuk dan memperlekehkan jemaah itu dan dasar2nya - malah dilakukan menerusi media musuh! kalau stail mcm tu, mmg patut kena luku la.
having said all these, aku tak bermaksud anwar atau pucuk pimpinan x menerima nasihat. aku yakin mereka mendengar pandangan2 ini - terutamanya pimpinan PAS - kerana mereka semestinya tahu bahawa kerjaya politik mereka, perjuangan jemaah terutamanya amat bergantungharap kepada ahli2 jemaah yg ikhlas berdiri di belakang mereka utk berjuang. ahli2 inilah yg menjadi cermin kepada mereka - memberitahu mereka seandainya mereka tersasar. mereka tidak maksum.
jadi, aku gesa dan nasihat kepada semua sahabat2 sePR aku TOLONGLAH RASIONAL. rakyat atas pagar lebih sukakan rasionaliti kerana itu lebih mudah dipercayai. kita bukan jenis pihak yg menyembunyikan kebenaran dan mendedahkan apa yg kita nak je. we r talking facts.
even dalam kes terbaru anwar berkenaan sokongan terhadap israel, sememangnya anwar tak buat silap apa2 - dah diperjelas pun - tetapi gaya bahasanya bagaimana? susunan ayatnya mcm mana? kami penat tau nak mencarik source utk menyelidiki full statement yg dituturkan.
kepada semua, sekali lagi, be rasional. kita bukan menegur utk menjatuhkan, bahkan kita menegur adalah utk memperkasakan Pakatan Rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment