Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, February 1, 2012
imbas kembali - penubuhan Pertubuhan Melayu Kristian hasil usaha IFC. mana pejuang IMR?
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar - dan ditulis dalam bahasa melayu pun!
IFC buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan beragama.
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. apa dah jadi ni? inikah hasil 54 tahun pembawakan penjajah dalam minda pemimpin2 kita?
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM? Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- apa signifikannya hal ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut agama apa?" Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan.
- benda ni dah wujud. ada aduan drpd kedutaan kita di jerman berkenaan hal ni bila dia cuba mengisi borang kelahiran anaknya hanya untuk mendapati kolum "bangsa" dan "agama" telah dicop "VOID" atau "BATAL". bila ditanya kepada kakitangan JPN, depa jawab "itu polisi untuk tidak memaparkan perbezaan antara individu generasi masa depan kita". patut ke?
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain.
- mahkamah syariah kalau dihapuskan, habih la kita tuan-tuan. Walaupun mahkamah syariah kita bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang mempertahankan agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana? Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar. sedangkan bila nak bawak pertuduhan qazaf pun sampai guna duit zakat utk halang!
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
- yg ni dah berlaku pun.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.
Inilah dia - Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri? Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa? Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!" Datuk Harussani balas dalam majalah Millenium Muslim, katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demikian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar." (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Allahu a'lam.
27 SEPTEMBER 2007
** ini artikel lama - tahun 2007 lagi. masa tu DAP pun tak tau untung nasib depa mcm mana. malaysia dipegang secara total oleh BN hasil "gelombang biru" tahun 2005. tapi wujud dah benda ni - malangnya DISENYAPKAN!
jom kita imbas kembali - Penubuhan IFC ni berlaku sejak tahun 2005 dulu waktu era Abdullah Badawi sebagai PM Malaysia. Kita jangan lupa siapa dibelakang penubuhan IFC ini yang telah cuba membuat 12 tuntutan tersebut Di Parlimen.
Mujur umat Islam di negara ini telah menolak keras penubuhan IFC ini sehinggakan PM Abdullah Badawi telrpaksa meminta mereka supaya menangguhkan rancangan mereka setelah PAS, ABIM, JIM dan lain2 NGO lantang bersuara.
Malangnya ada juga kumpulan Melayu yang mengaku Islam terlibat dengan penubuhan IFC tersebut. Antaranya ialah Sisters-In-Islam yg dipimpin oleh Anak Dr Mahathir sendiri, Marina Mahathir dan Nori Abdullah, Anak kepada Abdullah Badawi, selain peguam Islam, Malik Imtiaz.
Seperti biasa puak2 umno telah menyalahkan Anwar Ibrahim, kononnya menyokong IFC tanpa sebarang bukti2 sah. padahal yg terlibat menyokong IFC itu adalah anak beranak mereka sendiri - dan memandangkan UMNO BN menang besar masa tahun 2005, cuba teka 50 ahli parlimen Islam yg menyokong kewujudan IFC dan persatuan melayu mengarut ni DATANGNYA DARI MANA?
apakah disebabkan hakikat itu, semua ini disenyapkan?
sesungguhnya, adalah bodoh untuk mereka menuduh pihak lain yg tak ada kena mengena dengan hal ini MENJALANKAN AGENDA YG MEREKA SENDIRI RANCANGKAN. tertanya2 dalam diri - MANA HASAN ALI DAN IBRAHIM ALI?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak payah dok tanya pasai hasan ali dan ibrahim ali depa dua tak boleh bercakap apa kerana mulut depa penuh dengan RMMM.
ReplyDeleteapa slh nya klu melayu beragama kristian....
ReplyDelete