Thursday, February 23, 2012

pemerintahan Islam - antara aurat dan hudud.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

lately ni, mmg sering aku dianggap sebagai "golongan pendusta agama" oleh puak2 UMNO. kelakar bila dapat gelaran pendusta agama dari puak yg selama ni mendustakan agama secara komprehensif.

aku tak nafikan yg depa mengatakan PAS dusta agama sebab tukar "negara Islam" jadi "negara berkebajikan", bersekongkol dengan DAP (kafir harbi bagi depa but masa debat cina haritu, kita dapat lihat siapakah yg harbi sebenarnya) dan pelbagai lagi isu yg karut marut. bila ustaz tok kelulu, abdullah sama'ah mengeluarkan fatwa "undi PAS berdosa", makin galakla depa.

sebetulnya aku malas dah nak mengulas pasal "negara berkebajikan" dan "kerjasama dengan DAP" ni. dah lost count berapa juta kali diperjelaskan. tapi puak2 UMNO ni berdebat bukan nak carik kebenaran dan penjelasan sebaliknya sekadar memprovokasi agar kita teralih isu.

satu lagi poin depa ialah "kelantan gagas hudud tapi tak buat hudud". kononnya kerajaan kelantan "cakap je lebih" dan gunakan hudud tu untuk "menarik undi melayu". ni pun ntah berapa juta kali diperjelaskan isu berkenaan hudud ni tapi seperti yg aku kata tadi, depa bukannya nak kebenaran.

jadi untuk membuktikan siapakah yg pendusta agama, aku cuma bangkitkan satu perkara - aurat.

puak2 UMNO bising - APA KENA MENGENA AURAT DENGAN PEMERINTAHAN ISLAM? aurat itu bukan masalah besar dalam pentadbiran dan isu sosial Islam so kenapa ditekankan sangat?

pertama sekali, aurat tu hukum ijtihadi atau sememangnya direct dari Allah? ya. jawapannya direct dari Allah. bukan ijtihad para ulama dan bukan juga hadis Nabi s.a.w pun.

di sini aku lampirkan beberapa ayat Quran yg menerangkan kewajiban tutup aurat.

1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

2) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)


dan untuk menguatkan lagi firmanullah itu, Nabi s.a.w juga telah bersabda beberapa kali -

1) “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

2) “Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

3) Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Daud)


nah, di sini jelas menyatakan bahawa menutup aurat itu WAJIB ke atas semua muslim. jadi apakah hukum aurat ni kecil? tidak! ianya amat besar.

dan apa kaitannya dengan pemerintahan Islam? baik. ulama2 fiqh menyatakan bahawa "kufur" itu bermaksud "engkar". jadi mereka yg tau dan sedar akan hukum Allah tapi sengaja tak nak ikut, maka depa ni engkar. kalau engkar apa kata ulama fiqh? yes - KUFUR. silap2 boleh lari akidah. murtad HANYA KERANA TIDAK MAHU MENUTUP AURAT DENGAN SENGAJA.

dan kita perhatikan, itulah asas pemerintahan Islam itu sendiri iaitu "ati'ullah wa ati'urrasul" - TAAT KPD ALLAH DAN TAAT KPD RASUL. kalau pemerintah itu sendiri tak mampu taat kpd Allah dan Rasul, mana mungkin nak cerita pemerintahan Islam?

tu baru bab aurat. belum kisah benda2 larangan lain dan hukum lain lagi.

begitu juga hudud. hudud ni WAJIB KE ATAS SEMUA PEMERINTAH DI DUNIA INI UTK LAKSANAKAN terutamanya pemerintah MUSLIM. bukan tanggungjawab PAS sahaja...UMNO yg diterajui muslim tu jauh lebih berkewajiban untuk melaksanakan hudud sebab "TILKA HUDUDULLAH" - INILAH HUDUD @ HUKUM ALLAH. tak timbul soal tak sesuai atau tidak - wajib laksana.

yg dok bising PAS tak mampu nak laksana hudud tu pasai apa? besar mana kuasa PAS walau peringkat negeri pun? UMNO tu sebagai kerajaan diteraju muslim JAUH LEBIH BERKEWAJIBAN utk laksana hudud. ada tak UMNO nak laksanakan hudud? apatah lagi sekadar memberi cadangan utk perlaksanaan?

sebab tu aku katakan - kalau hukum Allah sesimple aurat pun depa tak reti nak jaga, apatah lagi hendak berbicara mengenai HUDUDULLAH.

1 comment:

  1. Yang bahagian Tutup lah belahan leher kamu dgn kain tudung tu tak wujud! Ini tokok tambah. Word per word dalam bahasa Arab ke Melayu hanya tutup lah dada dengan kain. TAK ADA TUDUNG ok!! Penipu punya lelaki yang terjemah ikut suka dia! Nak kontrol perempuan!!!

    ReplyDelete