Saturday, February 11, 2012

UMNO memang cemas hadap PRU13!


mungkin kata2 keramat Ku Li seperti yg aku paparkan kat gambar di atas bisa menggetarkan lutut para pimpinan UMNO.

memang mandat kerajaan sekarang hanya akan berakhir pada 2013. najib tak de keperluan pun untuk adakan PRU dalam masa terdekat tapi seperti yg kita memang tahu ttg UMNO, depa mana boleh bekerja dengan "org2 puak lain". depa nak puak depa je. kabinet najib skang ni bercampur baur - ada org paklah, ada org najib, ada org mahathir dan pelbagai puak lagi. malah, kabinet yg selemah ini tidak memudahkan najib untuk mengaut kekayaan negara sebanyak2nya (tapi dengan kabinet selemah ni pun dia tetap buat duit rakyat mcm duit warisan tun razak) jadi ada keperluan peribadi baginya utk adakan PRU dalam masa terdekat.

tapi, bersediakah UMNO? atau lebih tepat, beranikah UMNO?

kita ambil kesimpulan mudah - betapa UMNO BN sebenarnya cuak dan serba tak yakin dengan peluang mereka dalam PRU kali ni. disamping maklumat MIO (military intteligence officer) yg menyatakan dengan jelas bahawa peluang UMNO BN utk mengekalkan kuasa adalah tipis - let alone merampas negeri2 yg terhilang - ini cukup membuatkan UMNO tak tidur lena.

mcm mana kita nak tahu betapa tak yakinnya UMNO? senang - secara tiba2 dan off budget, najib mengumumkan selautan skim2 bersifat one-off untuk "merasuah" rakyat secara legal. BR1M, BB1M, skim kanak2 sekolah dan pelbagai lagi adalah indicator jelas betapa najib dan juhalak2nya begitu cuak akan pengaruh PR terhadap rakyat - yg terbukti mempunyai track record yg lebih baik banding negeri2 BN - lalu sedaya mungkin merencanakan "rasuah" rasmi ini.

tapi yg aku nak highlight sangat adalah perihal sabotaj. ini dengan jelas menunjukkan kebaculan UMNO BN dan kecuakan mereka terhadap keupayaan PR.


gambar kat atas tu hanyalah satu contoh pelbagai sabotaj yg dikenakan UMNO BN terhadap program2 PR. kejadian jalan kebun, gangguan semasa ceramah2 umum PR, road block merata setiap kali PR buat program, KL blockade masa BERSIH - semuanya menjelaskan kebaculan depa.

aku nak sentuh satu isu yg dekat dengan hati aku - sebab berlaku kat kampung bapak mertua aku kat batu gajah nun. disaat UMNO gopeng dilanda badai perebutan kuasa sehingga menyaksikan 19 org ajk bahagian dibawa lari melancong oleh salah sorg calon ketua bahagian (bapak mertua aku pun ikut sekali...adeh) kita dikejutkan pula dengan taktik terbaru UMNO gopeng - ceramah kembar.

di UPU kampung pisang baru2 ni, pihak PAS dan PR mengadakan ceramah umum yg sememangnya diwar2kan sekian lama. tapi yg kelakarnya, tak lama selepas war2 cemarah PR, UMNO pulak mewar2kan ceramah merekA di UPU yg sama - pada hari yg sama! sudahnya, dua ceramah oleh musuh ketat dalam jarak tak sampai 50 meter. menurut sumber yg baik dengan aku kat kampung pisang tu (dan seperti yg dilaporkan oleh harakah) kehadiran ceramah BN tu cuma dalam 200++ manusia je tapi kehadiran utk ceramah PAS PR mencecah 1,500 org. tu satu hal.

ceramah UMNO tu diserikan dengan pemasangan lagu sekuat2 alam sampai membingitkan keadaan - sehingga penceramah2 PR terpaksa menguatkan suara mereka agar tak tenggelam dek lagu2 lagha yg dipasang puak2 BN. kehadiran mat2 rempit yg membuat onar kat ceramah PR tu usah cakap la..sampai polis terpaksa masuk campur menghalau mat2 rempit upahan nasi bungus sorg sebungkus tu supaya beredar.

pun begitu, sabotaj yg dikenakan tak mampu menghalang kejayaan ceramah PR, meskipun ceramah UMNO itu menyediakan cabutan bertuah. para penonton ceramah BN tu bukannya nak dengar ceramah sangat, tapi nak hadiah cabutan!

itu baru kes kat kampung pisang. dekat dengan jiwa aku - so aku mampu la nak ulas. tempat2 lain? kat kelantan dah mula provokasi lapuk pemasangan banner "undi PAS dijamin masuk syurga" dipasang oleh pihak2 yg tak bertanggungjawab. pihak mana yg suka benor main isu tu selama ni? tepuk dada, tanya iman.

No comments:

Post a Comment