Thursday, February 2, 2012

siapa sebenarnya pro israel?


begitu hebat puak2 UMNO menyerang anwar dan PR. hanya kerana "gambar2 jabatan tangan", "pengakuan mahathir" serta statement "i will fully support the security of Israel", terus anwar dicop sebagai pro israel dan pro zionis.

sahabat2 PR cuba counter balik dengan membangkitkan perihal mahathir juga mempunyai hubungan dengan yahudi (yg secara naturalnya, yahudi2 berpengaruh ni pastinya mempunyai hubungan dengan zionis - cuma tidak dinyatakan dengan jelas) tetapi puak2 UMNO spin dengan mengatakan "tidak ada bukti semua yahudi yg bergaul dengan mahathir - termasuk abramoff - sebagai proksi zionis".

nah, disini seolah2 mahathir dan UMNO dianggap maksum dari hal zionisme. suci bersih. merekalah anti semitik no 1. anwarlah merupakan balaci israel kat negara ni.

benarkah begitu?

secara asasnya, malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan israel atas alasan "tidak mengiktiraf israel sebagai negara". tetapi, rentetan perkara2 yg sempat aku imbas kembali seolah2 membuktikan sebaliknya.

jika malaysia tidak mengiktiraf israel sebagai sebuah negara, mcm mana malaysia berada di tempat ke 15 senarai rakan dagang utama israel? kat sini aku tak nak sentuh aspek ekonomi - aku simply sentuh aspek "rakan dagangan". mcm mana kita boleh berakan dagang dengan satu pihak yg kita tak iktiraf?

pernah dihebohkan dulu sebuah lori yg membawa kargo syarikat dagangan israel, ZIM dikesan di malaysia. ya, puak2 UMNO terus mengatakan bahawa lori itu BUKAN lori syarikat israel tersebut, sebaliknya membawa kargo kepunyaan syarikat tersebut. soalnya, bagaimana kargo syarikat dari negara yg tidak diiktirag malaysia bebas berlegar di bumi malaysia ni? kiranya mcm kita subahat lak dalam urusan bisnes depa ek?

menyebut ttg ZIM, rupanya kapal2 mereka bebas berlabuh di perairan negara ni sejak tahun 1998 lagi! menerusi anak syarikat mereka iaitu Gold Star Line ltd, mereka bebas menggunakan pelabuhan kita dengan syarat2 tertentu seperti tidak membenarkan bendera israel dipasang pada kapal mereka ketika memasuki perairan malaysia. benda ni disahkan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha yang pada masa itu merupakan timbalan menteri kewangan.

hubungan klasik antara UMNO dan APCO yg terbukti merupakan antara proksi kerajaan israel dan perlantikan Asiasoft untuk menguruskan sistem komunikasi PDRM tidak perlulah aku panjangkan kat sini. benda dah jelas lagi bersuluh. malah, sebuah syarikat IT israel iaitu Ness Technology Incorporated yg didaftarkan di israel dibenar menjalankan operasi mereka secara rasmi di cyberjaya! so much for anti israel ek?

Dahulu sememangnya Malaysia mempunyai satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 di bawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara Islam dan eropah memboikot Israel.

Modus operandinya ialah, negara Israel sebagai sebuah negara bukan sahaja diboikot oleh negara kebanyakkan negara Islam malah kebanyakkan negara di serata dunia yang tidak bersetuju akan keganasan terhadap umat Islam Palestine. Apa sahaja barangan keluaran Israel tidak akan sewenangnya laku, ditambah pula dengan 'market' yang sangat tirus.

Oleh demikian, untuk memastikan industri negara Israel di Haifa, Netanya dan Hizeria terus membangun, segala hasil industri terutamanya dalam bidang berteknologi elektronik dan bahan komponen akan di hantar ke negara-negara lain hanya untuk pemasangan sahaja.

Jika pemasangan itu di negara Israel, jadilah 'Made in Israel' dan ia confirm tidak laku jika dijual ke dunia Islam. Namun jika bahan industri tersebut di hantar ke Malaysia sebagai contoh, dan dipasang-siapkan di Seremban, maka akan tertera copnya 'Made in Malaysia'. Maka ia laku untuk di jual di seluruh dunia lantas memenuhkan kantung kewangan negara sambil membantu industri negara Israel lakhnatullah.

Bukan hanya sekadar memajukan industri elekrtonik dan bahan mentah Israel tetapi regim BN turut membangunkan juga industri perkhidmatan Israel. Ia termasuklah konsultasi sistem komputer di CIMB Bank iaitu EDS Malaysia yang mempunyai bangunan pejabat di Cyberjaya. Tahun 2006, CIMB melanjutkan kontrak EDS untuk tempoh 10 tahun dan membelanjakan sebanyak 720 juta untuk kontrak tersebut.

EDS International yang berpengkalan di US pula berasal dari negara haram Israel dan antara sumbangan besar EDS International ialah sistem persenjataan tentera Israel. Maka setiap pembayar riba', pelabur dan penerima keuntungan dari CIMB adalah sebenarnya terlibat secara tidak langsung membantu tentera Israel membunuh anak Palestine dengan tembakkan tepat di kepala. Jangan kita lupa juga siapa bos CIMB.

perihal dagangan cukuplah setakat itu. sebenarnya terlalu banyak utk dikongsikan tetapi ruang tak cukup. puak2 UMNO yg membaca artikel ini pastinya akan berkata "INI HUBUNGAN DAGANGAN" dan pelbagai alasan dan penafian lain TETAPI HAKIKATNYA, jika malaysia TIDAK MENGIKTIRAF ISRAEL DAN BENCI SANGAT DENGAN ISRAEL, mana mungkin syarikat2 ini dapat beroperasi di malaysia dengan mudah - malah memperoleh dana lagi dari kerajaan malaysia!

belum lagi aku nak masuk ttg isu klasik seperti kemasukan team kriket israel di malaysia, peninju israel dibenar beraksi di malaysia dan sebagainya. listnya banyak sekali.

sememangnya kerajaan mengetahui semua perkara ini - tetapi mereka senyapkan. jika kerajaan tahu, bermakna UMNO tahu. jika UMNO tahu, para pemimpinnya juga akan tahu. ultimately, mahathir juga tahu sebab dia tidak pernah melepaskan genggamannya ke atas UMNO.

tapi kenapa mahathir hanya berdiam diri?

apalah sangat kata2 "i will fully support the security of the state of israel" berbanding menjalinkan hubungan dagangan dengan syarikat2 israel yg akan membekalkan dana - dari malaysia - untuk digunakan bagi membeli peluru2 yg akan menembusi badan anak2 palestin.

barangkali, bendera israel yg berkibar megah atas bangunan UMNO tu ada jawapannya.

No comments:

Post a Comment