Monday, February 6, 2012

sampai bila shahrizat nak bersembunyi dibalik Wanita UMNO?


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil dipersoal atas kenyataannya yang didakwa seolah-olah cuba mengheret Wanita Umno dalam kontroversi projek lembu Pusat Fidlot Nasional.

Ketua Koordinator JINGGA 13 Fariz Musa berkata, kenyataan isteri pengerusi National Feedlot Corporation itu dilihat mengalih isu kononnya serangan berkaitan bertujuan menjatuhkan dirinya dan Wanita Umno.

"Persoalan yang timbul adakah dana NFC tersebut juga diseleweng untuk kegunaan Wanita Umno apabila beliau cuba mengheret Wanita Umno sama?" soal NGO yang dekat dengan PKR itu.

Shahrizat kelmarin antaranya dilaporkan berkata, serangan pembangkang terhadapnya dalam isu itu semata-mata untuk melemahkan semangatnya selaku ketua Wanita Umno, yang menjadi kekuatan kepada BN.

Dalam kenyataannya semalam, JINGGA 13 juga mencabar Shahrizat "yang baru pulang daripada mengerjakan umrah" menafikan tidak ada satu sen pun dana kerajaan disalurkan untuk pergerakan yang dipimpinnya itu.

"Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjelaskan perkara tersebut dengan penuh telus, jujur dan benar, lebih-lebih lagi beliau dalam masa dua bulan setengah sudah tiga kali ke Mekah," kata Fariz.

Isu NFC muncul apabila apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang bahawa wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

(sumber - Malaysiakini)

** soalnya sekarang ni, kenapa shahrizat dengan muka tak malunya "berselindung" di sebali kelibat wanita UMNO?

projek NFC bukanlah projek wanita UMNO, jauh sekali projek kepunyaan UMNO itu sendiri. projek NFC ni adalah projek kerajaan yg diamanahkan (tak tau la atas kriteria apa) kepada NFCorp yg merupakan syarikat pemilikan keluarga shahrizat SECARA TOTAL. jadi, sedari awal kita cuma attack ttg penyalahgunaan dana (albeit soft loan) NFC utk kepentingan peribadi keluarga shahrizat. tak kira duit tu loan atau tak, ianya STILL DUIT RAKYAT dan ianya MASIH PROJEK NASIONAL. tu je.

tak pernah pun YB Zu atau Rafizi mengalihkan tembakan kepada wanita UMNO secara keseluruhan.

nampak sangat kat sini shahrizat bertindak secara terdesak mahu mengalihkan beban kesalahan ke atas beliau (which is mmg patut pun) kepada org lain - dituduhnya "semua pemimpin UMNO bermasalah", "serangan ke atas saya bererti serangan ke atas wanita UMNO", "pembangkang jambu ekori saya" dan seumpamanya TETAPI SAMPAI SUDAH DIA TAK MAHU TAKE ACCOUNTABILITY utk isu ni.

lebih2 lagi penangkapan "kambing hitam" juga gagal meredakan isu bila sang kambing itu mengaku suami shahrizat mengarahkan dia merasuah polis. the plot thickens.

tak ada jalan lain buat UMNO - mereka kena buat sesuatu ke atas shahrizat atau imej mereka akan makin hancur. kalau shahrizat stay, dia akan jadi liabiliti ke atas UMNO tapi kalau dia blah, ini juga akan melemahkan UMNO sebab aku dapat rasakan yg shahrizat pegang banyak rahsia pemimpin2 UMNO - so expect a furious backlash from her.

apa2 pun, takkan rakyat masih mahu memilih "sekawan lembu" sebagai pentadbir negara ini lagi kot?

No comments:

Post a Comment