Thursday, February 2, 2012

PRU pertengahan tahun? raja nong chik dah bukak langkah!



tarikh PRU ke 13 masih menjadi teka teki.

ntah berapa kali ramalan dan bayangan telah dibuat oleh para pimpinan pakatan rakyat mahupun rakyat itu sendiri - tapi setakat ni semuanya tidak mengena. adalah sesuatu yg pelik bila tarikh pilihanraya menjadi perogatif perdana menteri dan parti pimpinannya - seolah2 mereka memegang kuasa penuh secara ultimo. patut ke mcm tu? negara2 lain semuanya dah diset tarikh pilihanraya depa oleh badan pilihanraya masing2 yg sememangnya bebas dari sebarang pengaruh kerajaan pemerintah.

cuma info terkini yg aku dapat dari sorg insider, terdapat pengesahan daripada kem Raja Nong Chik bahawa PRU akan diadakan pada pertengahan tahun - sama ada bulan 5 atau bulan 6. dan memandangkan skandal lembu shahrizat tak menunjukkan tanda2 akan reda, maka raja nong akan dicalonkan mewakili UMNO di lembah pantai - kerusi yg sememangnya amat diidam2kan oleh beliau.

nampaknya skandal shahrizat sedikit sebanyak menguntungkan raja nong. mana taknya - beliau adalah satu2nya menteri wilayah YG TIDAK MEMEGANG MANA2 PARLIMEN DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN - satu tindakan yg pelik sebenarnya oleh kerajaan najib memandangkan UMNO bukannya tak de wakil dalam parlimen wilayah - putrajaya iaitu tengku adnan dan setiawangsa iaitu zulhasnan rafique. tapi pemilihan raja nong sebagai menteri wilayah sedikit sebanyak mengesahkan amalan kronisme dalam UMNO itu sendiri.

aku tak berniat nak mengulas panjang lebar mengenai hal ni, cuma yg ingin aku highlight adalah kemungkinan bila akan terjadinya PRU itu sendiri. PR kena siap siaga dan sebarang isu yg direncanakan UMNO utk melaga2kan kita seharusnya dikesampingkan.

No comments:

Post a Comment