Saturday, February 4, 2012

angpow putih - kejahilan atau memandang enteng?


Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata pihaknya ingin bertanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apa pula maksudnya bila BN memberi angpau dalam sampul warna putih di Seri Setia.

"Masa isu PERKASA (beri angpau dalam sampul putih), PM kata 'semua
orang tahu angpau ialah sampul merah'," kata Irwan Fahmi (kanan) dalam satu kenyataan.

"Sekarang angpau BN kenapa warna putih?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Dalam budaya Cina, putih biasanya dikhususnya untuk tujuan berkabung.

Kelmarin, Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hasan Syed Ali mempertahankan perkara itu, dengan menyatakan bukan ia sahaja berbuat demikian, tetapi merujuk kepada gambar dalam sebuah akhbar harian yang menunjukkan hadirin menerima sampul putih di majlis Tahun Baru Cina anjuran BN.

Bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen menjelaskan bahawa sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.

Irwan, bagaimanapun tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

'Saya juga hairan mengapa pengerusi MCA Kelana Jaya boleh kata isu PERKASA lain, tak boleh samakan angpau yang BN beri.

"Saya hairan mengapa beliau kata lain? Sampul PERKASA putih sampul BN pun putih. Apa yang lain?

"Oh jika warna putih dari BN, bukan maksud untuk kematian? Dari awal PERKASA kata semuanya 'double standard' terhadap PERKASA," tegas Irwan Fahmi.

(sumber - Malaysiakini)

** ini dah jadi kes "ko pun buat, takkan aku tak boleh buat kot?"

kesimpulan mudah dari kisah ni ada dua -

1) sama ada kedua2 pihak iaitu PERKASA dan BN sama2 jahil mukarrab pasal adat budaya kaum cina sampai melakukan kesilapan semudah ini, atau

2) ada satu gerakan terancang oleh kedua2 pihak (esp dari kalangan ekstremis melayu) yg ingin mencetus provokasi kaum. kesimpulan yg ni akan aku highlightkan di posting lain.

cuma adalah satu perkara yg memalukan bila disaat kerajaan najib melaung2kan 1Malaysia, masih ada pihak yg rapat dengan pentadbirannya seolah2 memandang enteng ttg adat dan budaya kaum lain. umpamanya, apakah perasaan kita kalau jamuan hari raya yg dianjurkan MCA umpamanya menghidangkan arak? atau mungkin kita memberi sedekah kepada kaum hindu berupa catering kari daging lembu?

adalah amat mustahil bagi kita untuk memikirkan ibrahim ali dan sahabat2 mereka, juga counterparts mereka dari BN, jahil tentang adat budaya kaum cina ttg pemberian angpow ini. sebab tu aku rasa, perkara ini lebih dari segadar ignorance.

satu perkara yg amat mengecewakan kat sini ialah keenggganan PERKASA untuk memohon maaf secara terbuka kepada komuniti kaum cina atas "kesilapan" mereka itu. dan tentunya kita takkan expect kerajaan BN meminta maaf sama sekali.

amat2 memalukan.

No comments:

Post a Comment