Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, February 24, 2012
bai'ah - depa ni faham ke tak?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
secara tiba2, kecoh lak ttg hal bai'ah ni terutamanya apabila mantan perdana menteri, Tun M menyatakan bahawa bai'ah dalam PAS itu tidak perlu sebab pemimpin PAS bukannya Nabi atau Rasul yg layak diberi bai'ah, malah bai'ah itu menurut tun M hanya layak kepada Allah sahaja.
dan ramai la pencacai UMNO yg selama ni terkenal dengan fitnah, lucah dan seks dalam posting2 depa menjadi "ulama segera" dalam membincangkan isu bai'ah ni, seperti jas salleh dan sebagainya. aku tatai mana dia boleh korek segala pandangan ulama atau nas2 yg dimuatkan dalam blog dia. maybe kali ni je la dia cuba mendalami ilmu agama serba sikit kot. bagus la - dek kerana PAS, nak jugak pencacai2 UMNO ni mendalami sementara ilmu agama walaupun untuk tujuan taghut.
sebelum kita pi lebih lanjut, jom kita check apakah maksud bai'ah. bai'ah bermaksud perjanjian untuk memberi ketaatan. ketaatan kepada siapa? pertam sekali ketaatan kepada Allah dan Islam secara keseluruhan, dan yg kedua kepada pemimpin dan jemaah. dan perlu diingatkan bahawa bai'ah ini adalah sunnah Nabi s.a.w.
hal ketaatan kepada pemimpin dan jemaah ni la yg cuba dipusingkan oleh puak2 UMNO. ini diburukkan lagi oleh pandangan "tepi jalan" dr juanda dan harussani (dia lagi...) mengenai bai'ah dalam PAS yg kononnya menyeleweng. antara lain, depa menyatakan dalam bai'ah PAS ada klausa cerai bini la apa la...adehhh...
dan dalam blognya, jas salleh menyertakan pandangan yg dikutip dr fatwa al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz yg antara lain menyatakan bahawa bai'ah yg dilakukan oleh sekumpulan manusia kepada pemimpin-pemimpin mereka yang mereka pilih untuk diri mereka dan mereka berkeyakinan wajibnya dengar dan taat kepada mereka (pemimpin-pemimpin jemaah) sedangkan mereka ini berada di bawah kekuasaan pemimpin-pemimpin yang sah yang dibai’at oleh umum kaum muslimin sebagai BATIL.
dalil syeikh abdul aziz adalah seperti berikut -
sabda Nabi Muhammad s.a.w,
“Aku berpesan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allahserta dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba,kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup antara kamu dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu berpegang dengan sunnah ku dan sunnah para Khalifah al-Rasyidin selepasku,berpegang teguhlah dengannya dan gigit dengan geraham kamu sertahati-hati olehmu akan perkara baharu kerana setiap perkara yang diadakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].
Serta sahih juga baginda bersabda:
“wajib atas seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang dia suka dan benci selama mana dia tidak diperintah melakukan maksiat kepada Allah, jika dia diperintah melakukan maksiat kepada Allah maka tidak wajib dengar dan taat”. [Muslim].
Dan baginda s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara makruf”. [al-Bukhari dan Muslim].
Dan baginda s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang melihat pemerintahnya melakukan sesuatu maksiat kepada Allah maka hendaklah dia membenci apa yang dia lakukan daripada maksiat kepada Allah itu namun jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan (bai’at)”. [Muslim].
pertama sekali, aku AMAT BERSETUJU DENGAN DALIL2 DAN NAS yg dikemukakan oleh syeikh abdul aziz.
kedua, apakah PAS itu pertubuhan haram yg diwujudkan untuk memberontak kepimpinan negara? tidak. PAS adalah pertubuhan HALAL selaras dengan perlembagaan negara yg mengamalkan demokrasi. maka bai'ah dalam PAS bukanlah satu perkara yg haram sebab PAS sendiri adalah satu organisasi yg berdaftar dan sah di sisi undang2. jadi sebagai sebuah organisasi, PAS berhak ada bai'ahnya yg tersendiri sebab PAS juga ada pemimpin2 yg diperakui juga oleh perlembagaan negara!
lain la kalau PAS ni pertubuhan underground yg diwujudkan utk menggulingkan pemerintah ikut jalan unlawful tu lain citer la.
ketiga, baca bebetul dalil2 yg disertakan oleh jas salleh itu. semua dalil yg disertakan membawa maksud yg sama - ADALAH SAH UNTUK BERBAI'AH DENGAN PEMIMPIN SELAGI PEMIMPIN ITU TIDAK MELAKUKAN MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN YG NYATA serta MENGAJAK ANGGOTA JEMAAHNYA UNTUK TURUT MELAKUKAN KEMAKSIATAN. nampak?
jadi hujah jas salleh adalah "haram bagi PAS ada bai'ah sendiri sedangkan PAS tertakluk bawah kerajaan muslim". soalnya, kerajaan muslim UMNO ni betul2 ikut sunnah Nabi ke? betul2 ikut hukum Allah ke? tak melakukan kemungkaran dan kemaksiatan yg jelas ke? AURAT PUN TAK RETI NAK TUTUP LAAA...so mcm mana nak bai'ah dengan satu kepimpinan yg jelas melakukan kemaksiatan?
bagi menjawab persoalan kononnya dalam PAS ada "bai'ah talak tiga" tu, ketua dewan ulama PAS iaitu datuk Harun Taib menyatakan dengan jelas bahawa TIDAK ADA PERKARA SEPERTI ITU DALAM PAS. jika ada individu yg hendak menokok tambah, itu perihal individu tersebut dan ianya tidak mewakili PAS sebab bai'ah dalam PAS memberikan penekanan terhadap ketaatan kepada Allah dan Islam serta kemashalatan jemaah ini secara keseluruhan.
dan bai'ah ini bermaksud "perjanjian". bagi org yg melanggar janji, apakah dia tidak akan dilaknat oleh alam seluruhnya?
sila jawab wahai ulama2 utusan meloya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
maaf ye . sila dikaji lagi berkenaan wajibnya berbai'ah kepada Allah melalui perantaraan Rasul ,khalifah dan imam-imam .
ReplyDelete