Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, February 18, 2012
Rafizi vs KJ dah, CSL vs LGE dah. Najib vs Anwar bila lagi?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
maka berlalulah sudah debat antara lim guan eng dan chua soi lek - albeit dalam suasana yg amat berat sebelah. walaupun aku tak dapat menonton debat tu sebab tengah niaga (kat kedai aku tak de TV - apatah lagi astro) tapi sedikit sebanyak aku dapat input drpd sang isteri yg setia menonton debat tu kat rumah dan sahabat2 yg memberikan update. meskipun dengan translator yg gagap dan bahawa melayunya lebih berterabur banding siam muallaf, rata2nya faham perjalanan debat tersebut.
seperti yg dijangka - debat ni menjadi medan soi lek mempamerkan sikap perkaumannya yg begitu menebal. abis disadaknya ttg semua hal termasuklah mempertikaikan hudud, undang2 Islam, memainkan sentimen menakut2kan cina terhadap Islam, melayu serta PAS terutamanya dan sebagainya. sedangkan guan eng yg dilabel chauvinist itu begitu tenang stick pada isu, iaitu isu2 berkenaan kaum cina sama ada dibela atau tak TANPA mengabaikan semangat nasionalisme. malah satu ayat guan eng yg mematikan segala hujah soi lek, "dalam sejarah, tidak ada seorg cina pun pernah dibunuh oleh PAS".
kat sini kita dapat lihat SIAPAKAH YG PERKAUMAN sebenarnya. siapakah yg memainkan isu sentimen sebenarnya. tak lama dulu aku post mengenai isu politik perkauman di malaysia dan ternyata, MCA masih kekal menggunakan hujah2 zaman tok kaduk sedangkan DAP dan PR secara umumnya dah jauh kedepan - beyond race borders. we r talking about MALAYSIA. not malay. no chinese. not indian. MALAYSIAN.
apakah isu perkauman yg dibawa oleh MCA ni akan menarik balik undian kaum cina? secara tegas aku katakan TIDAK. berapa ramai sahabat2 cina yg aku jumpa hari ni menyatakan kekesalan dan kejengkelan depa terhadap isu perkauman yg dibawa oleh soi lek dalam debat tersebut. malah, sering kali aku dihadapkan dengan ayat "cukup benci dengan politik perkauman" oleh cina2 ni. bagi depa senang - depa tak pedulik pun hak melayu ke apa ke whatsoever. bagi depa, cukuplah kau depa dapat cari makan, buat bisnes dan yg paling penting, govt yg transparent. tanya la memana cina pun sama ada cina bukit atau cina professional.
soalan yg aku dapat siang tadi - "macam mana nak pastikan perkauman ni hilang ya?" jawapan aku? "lupuskan bapak segala politik perkauman iaitu UMNO dan BN, then malaysia akan jadi tempat yg lebih baik."
so the dust has settled. rafizi selamat memperbudakkan KJ kat london. hari ni, dua pemimpin cina yg prominence dah berlaga lidah. kesimpulan aku? dari kedua2 debat ni, kita dapat lihat pihak manakah yg mementingkan isu yg pokok serta fakta yg mantap dan pihak mana yg masih berpegang kepada sentimen dan hujah2 awangan. kalaulah ada scoreline, PR mendahului 2-0.
satu malaysia, malah satu dunia sedang menanti debat antara anwar dan najib. inilah ibu segala debat di malaysia - 2 org pemimpin utama 2 parti komponen yg bersaing utk kuasa pentadbiran di malaysia, berbicara tentang isu dasar dan halatuju negara. soalnya, anwar banyak kali hulurkan tangan. apakah najib sanggup menyambutnya?
berdasarkan 2 debat yg dah berlalu ni, aku tak yakin najib sanggup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment