ini adalah tepekan dari Malaysiakini mengenai perkembangan kes pukul memukul di KFC yg menggemparkan negara baru2 ni -
"Polis akan mengambil tindakan ke atas media yang didapati menimbulkan isu perkauman dalam laporan mereka berhubung insiden pergaduhan yang didakwa berlaku di sebuah restoran di Shah Alam, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, polis juga akan mengambil tindakan ke atas penulis komen yang menimbulkan isu perkauman di Youtube, ekoran penerbitan rakaman insiden berkenaan di laman itu.
Menurutnya lagi, polis setakat ini hanya mengambil tindakan ke atas insiden pergaduhan di Kentucky Fried Chicken i-City itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Kita hanya ambil tindakan di atas pergaduhan itu. Lepas itu (rakaman) pergaduhan ini diletak dalam Youtube, komen yang timbulkan isu perkauman itu kita akan ambil tindakan lain.
"Kalau yang itu (isu perkauman) jadi kes lain. Kalau suratkhabar yang timbulkan perkauman (berhubung insiden itu), kita akan ambil tindakan ke atas suratkhabar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Polis juga tidak akan menggunakan rakaman di Youtube itu untuk siasatan kes pergaduhan tersebut, kata Ahmad Zahedi lagi.
Sebaliknya, polis hanya akan menggunakan rakaman video litar tertutup (CCTV) dari premis restoran itu, yang setakat ini masih belum diterima pasukannya, kata Ahmad Zahedi.
"(Rakaman) di Youtube tak boleh pakai sebab dah edit semua. Anda ingat itu rakaman betul?," katanya lagi.
Sekurang-kurangnya dua rakaman insiden berkenaan dikesan telah dimuatkan di Youtube dan mendapat perhatian meluas oleh pengguna Internet setakat ini.
Tambahnya, polis juga masih menunggu laporan perubatan daripada lelaki yang mendakwa dicederakan dalam insiden itu.
"Tinggal sekarang ini, kita buat kawad cam dan semak rakaman CCTV dari KFC, lepas itu kita akan tunggu laporan perubatan orang yang kata kena tumbuk itu, dia buat pemeriksaan perubatan.
"Kita nak tengok ada kesan (cedera) atau tidak," katanya lagi yang turut mengesahkan siasatan ke atas tiga orang kakitangan restoran tersebut.
Katanya, suspek – tiga lelaki berusia 20-an – itu juga tidak ditahan dan hanya diminta untuk hadir untuk pengecaman di ibu pejabat polis daerah itu.
"Kita buat kawad cam untuk (pengadu) kenalpasti siapa yang tumbuk dia, sama ada dia kenal atau tidak kenal. Macam mana nak tuduh kalau dia tak kenal siapa?," katanya lagi.
Tambahnya, polis juga telah mencatat kenyataan daripada sekurang-kurangnya sepuluh orang saksi dalam kes berkenaan."
dari satu segi, aku ucapkan tahni'ah kepada pihak polis kerana act swiftly mengenai kes ni sambil membuang elemen perkauman yg semestinya cuba ditimbulkan oleh pihak2 yg suka menangguk di air keruh. memandangkan media2 alternatif seperti harakah dan suara keadilan tak menyebut langsung ttg hal perkauman, so aku tau sangat la media mana yg dimaksudkan oleh polis dalam hal ni. rasa2 korg?
cuma aku tertanya2 - dalam pada polis begitu swift bertindak berkenaan kes KFC ni, mengapakah sampai skang aku masih tak dengar perkembangan kes jalan kebun?
sebagai recall, x lama dulu berlaku kes serangan oleh geng2 bermotor - dipercayai didalangi UMNO - ke atas satu program anjuran bersama HINDRAF dan ABU di dewan serbaguna Jalan Kebun, klang yg mengakibatkan sorg peserta mengalami kecederaan yg agak teruk sampai kena summon dalam wad, juga mengakibatkan gerai2 yg dibuka mengalami kerosakan dan kerugian akibat tindakan barbarik penyerang2 tersebut. laporan polis telah dibuat oleh banyak pihak termasuk HINDRAF, SAMM dan Activist901 tak lama selepas itu.
soalnya, ada kita dengar polis indulge dengan mendalam mengenai kes ni? kenapa kes ni dikesampingkan? apakah kerana serangan ini bermotifkan politik dan perkauman yg tidak menyebelahi UMNO BN lantas didiamkan mcm tu saja?
aku tak nak menuduh polis tak adil, cuma aku harap polis cakna dan telus menyiasat kesemua kes yg berlaku tak kira la berkenaan politik atau tidak, dan tak kira la melibatkan kaum apa dan pihak mana sekalipun.
No comments:
Post a Comment