Thursday, February 16, 2012

EPL tolak perkauman. Politik Malaysia bagaimana?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

dunia bolasepak EPL digegarkan dengan 2 kes "perkauman" yg boleh dikatakan agak high profile - melibatkan striker liverpool, luis suarez dan pemangku kapten manchester united, patrice evra serta melibatkan bekas kapten england, john terry dan bek QPR, anton ferdinand.

dalam kedua2 kes tersebut, suarez dan terry didakwa mengeluarkan kata2 berbaur perkauman terhadap evra dan ferdinand. suarez mengeluarjkan kata2 "negrito" terhadap evra manakala terry lak mengeluarkan kata2 hinaan mengenai warna kulit ferdinand ketika kelab2 mereka bertembung.

natijah daripada kes itu, FA england yg selama ini bergelut untuk menyahkan isu perkauman dari bolasepak mengambil tindakan yg amat drastik dan keras - menggantung suarez sebanyak 8 perlawanan dan melucutkan jawatan kapten england dari terry (walaupun hingga artikel ini ditulis, terry belum didapati bersalah secara rasmi oleh mahkamah).

kedua2 kes dan hukuman ini menyaksikan betapa seriusnya depa menangani isu perkauman - walaupun secara hakikatnya CUMA KATA2 PANGGILAN SAHAJA YG DIGUNAKAN.

tapi ini menunjukkan bahawa TIADA TEMPAT BUAT SENTIMEN PERKAUMAN DI DUNIA INI, walaupun di kalangan masyarakat kafir.

apakah benda yg sama boleh dikatakan di malaysia kita ni?

ya, kita sering melaung2kan semangat kebangsaan - rakyat semuanya sama, 1Malaysia dan pelbagai lagi - dan kita diseru untuk hidup harmoni antara satu sama lain. pihak2 tertentu yg mempunyai sejarah perkauman akan diejek dicerca oleh pihak kerajaan kerana "sikap chauvinist" mereka. punya mereka trauma dengan isu perkauman sampai kes pekerja debik pelanggan KFC pun dikatakan berpunca dari sikap perkauman!

tapi apakah kerajaan malaysia ni cakap serupa bikin?

perlu diingat, komponen Barisan Nasional didominasi 3 parti berasaskan kaum yg terbesar - UMNO (melayu), MCA (cina) dan MIC (india) - dan mereka ini mempunyai agenda untuk memperjuangkan kaum masing2 dan kemudian bersatu secara mutual dalam BN. sekurang2nya, itulah ideanya.

tapi yg dihidang pada kita adalah sebaliknya. UMNO begitu tebal dengan sentimen perkauman melayunya sampai sanggup mencerca dan menghina kaum lain terutamanya cina serta memomokkan sentimen kemelayuan sekiranya rakyat tak menyokong UMNO. ayat seperti "negara ini akan jadi republik", "cina akan kuasai negara" dan sebagainya sering bermain dari bibir pemimpin2 UMNO. dan biasanya, sasaran itu pasti akan dituju pada DAP.

MCA pun apa kurangnya. memomokkan kepada masyarakat cina ttg betapa PAS akan menjadikan negara ini negara militan muslim sekiranya depa memerintah. cina akan kehilangan hak2 mereka dan sebagainya. seperti UMNO, sasaran utama MCA adalah PAS.

soalnya, patut ke sentimen perkauman ini terus diapi2kan? siapakah yg bersalah kalau 13 mei kembali tercetus? nak salahkan Pakatan Rakyat?

sepertimana pihak pentadbir bolasepak dunia menyepak keluar perkauman daripada padang bolasepak, seharusnya kita "sepak keluar" UMNO dan BN daripada "padang politik tanahair". malaysia akan lebih aman tanpa puak2 kaki perkauman mcm ni.

No comments:

Post a Comment