Monday, February 6, 2012

benarkah UMNO BN cakna masalah rakyat?


kerajaan Barisan Nasional sememangnya terkenal dengan "gula2 politik" mereka.

kalau dulu, di kampung2 bila tiba musim pilihanraya, bersiap sedialah untuk para lelaki mendapat kain pelikat percuma, kaum hawanya dapat kain utk dibuat baju, anak2 kecil diberi duit "raya" (padahal bukan musim raya pun. musim pilihanRAYA je...) dan pelbagai lagi. belum cerita ttg aktiviti memperbaiki balairaya (yg sebenarnya tak de cacat cela pun), menurap jalan (yg entah berapa kali turap sampai tinggi membukit) dan pelbagai lagi.

semuanya bertujuan untuk "merasuah" rakyat secara terhormat agar terus mengundi BN, atas alasan "mereka menjaga kebajikan rakyat".

alaf baru, stail pun berubah. tiada lagi kain pelikat, tiada lagi kain ela, tiada jalan yg akan diturap. gula2 baru ini berbentuk pemberian one-off secara notorious - Bantuan Isi Rumah 1Malaysia (BR1M) yakni pemberian duit RM500 kepada mereka yg layak, skim Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM200, duit utk pelajar sekolah RM100 dan pelbagai lagi yg semuanya menekankan kemaslahatan rakyat berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

sekali imbas, nampak mcm bagus.

apa yg najib dan penasihat2 20%nya tak sedar ialah dek kerana kos sara hidup yg teramat tinggi di malaysia akibat inflasi dan kurangnya nilai matawang ringgit (terima kasih atas "kebijakan" UMNO memerintah) maka golongan upper middle class inilah yg paling tersepit dengan keadaan. golongan2 ini biasanya bekerja di ofis2, mempunyai rumah, kenderaan dan keluarga yg sederhana, dan kebanyakannya menetap di bandar2 umata seperti kuala lumpur. mereka ini dikira tak layajk utk mendapat insentif2 "kurang ikhlas" kerajaan sebab mereka ni dianggap berkemampuan. soalnya, apakah benar begitu?

Golongan pertengahan tinggi ini dikategorikan oleh kerajaan sebagai golongan mampu tetapi mereka sebenarnya terpaksa membayar segala bentuk perkhidmatan yang diperlukan seperti yuran asrama anak yang tinggi, kos makanan anak di asrama, bayaran bulanan pembelian rumah, tol, minyak, kenderaan, Astro, khidmat internet, khidmat kesihatan hatta cukai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan di restoran-restoran.

Meraka ini adalah pembayar cukai yang tinggi sehingga gaji bulanan yang dikategorikan sebagai tinggi dan mampu oleh kerajaan sebenarnya adalah rendah dan menyesakkan.

Namun, apa yang golongan ini dapat daripada pelbagai inisiatif kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional sekarang? Boleh dikatakan tidak ada langsung - maybe minus BB1M dan duit budak sekolah tu. tu pun apakah ianya membantu sangat?

secara pengiraan mudah, katakanlah mereka ini bergaji RM3,000, bekerja dan menetap di kuala lumpur misalnya. sewa rumah (sewa, bukan beli tau) yg agak murah di kuala lumpur secara puratanya ialah RM800. sewa beli kereta pula dalam RM400 (viva). bil api? bil air? (percuma kalau di bawah naungan pakatan rakyat selangor) bil utiliti2 yg lain seperti astro? telefon? cukai sana sini? zakat? belanja makan minum? belanja anak2?

tak keterlaluan jika dikatakan golongan inilah yg paling merempat di kota kuala lumpur dan bandar2 besar yg lain.

apakah ini bermakna kerajaan UMNO BN benar2 peka dan cakna masalah rakyat? tidak. mereka hanya buat segala skim one-off ini untuk menutup mulut pihak2 yg mengkritik dan mengelabui mata rakyat sedangkan hakikatnya?

lebih baik lagi apa yg dilakukan pakatan rakyat dan apa yg dijanjikan oleh mereka - air percuma, turunkan harga petrol, mansuhkan tol, lambakkan subsidi kepada barang keperluan instead of IPP dan pelbagai lagi yg kalau ikutkan, ianya tidak popular kerana bukan bersifat zahiriah - one-off - tetapi ianya akan membantu meringankan beban rakyat untuk jangka masa panjang dan berterusan.

bertindaklah, dan berfikirlah dengan bijak. apakah maruah dan masa depan kita hanya ditentukan dengan RM500?

No comments:

Post a Comment