Sampai bilakah mamak ini nak terus menipu Melayu2 di Malaysia ini???
Beliau menulis di blog nya chedet.co.cc kononnya "rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia" .Katanya lagi, pinjaman sebanyak USD300 juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, ketika Anwar masih menjadi menteri kewangan, untuk makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit.Sebanyak USD100 juta turut ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94 juta dikeluarkan.
Hakikatnya.................
Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Sila rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Mahathir Mohamad sendiri:
1. Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID 6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:
"In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past. The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project."
Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Mahathir.
2. NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Mahathir Mohamad ketika itu.
3. Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Mahathir Mohamad.
4. Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalam Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:
a. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998
b. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998
c. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999
5. Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.
Mula2 mamak ini menafikan Malaysia ada membuat pinjaman,tp setelah di tunjukkan dokumen bank dunia,lidahnya yg sememangnya bercabang mula berbelit2 mengeluarkan kata....
No comments:
Post a Comment