Sunday, January 29, 2012

Masanya untuk berubah, FAM - kalau korg nak berubah la...



kali terakhir aku sentuh (kritik) pasal FAM, aku digam dari BERNAMA selama 2 tahun.

tpi inilah realitinya dengan badan utama bolasepak negara ni. tak leh ditegur. apatah lagi dikritik. polisi depa "don't ask, don't tell" tu dah melekat sangat dah. almaklumlah, persatuan berdarah raja la katakan...

aku rasa, satu2nya pihak yg terkejut dan terpana dengan skandal rasuah bolasepak malaysia terbaru ni - yg dikulminasikan dengan kemenangan "pelik" Majlis Perbandaran Muar ke atas Perlis di liga perdana dengan score 7-2 - hanyalah FAM. semua tau yg rasuah bolasepak di malaysia ni tak pernahnya terbasmi 100% walaupun selepas 17 tahun peristiwa "gantung dan buang daerah beramai2" yg melibatkan 150 org pemain "generasi emas" bolasepak kita dulu - yg menyaksikan singapore menarik diri dari liga M dan menubuhkan liga sendiri.

tapi apakah FAM yg sepatutnya peka dengan isu2 bolasepak ini bengap sangat sampai x menyedari masalah ni? tak pelik sebenarnya - sebab FAM seperti yg kita tau adalah satu persatuan suka yg amat clueless - jangan citer pasal ketidak efisienan depa. operasi2 depa seolah2 dibuat dalam keadaan mamai dan ditambah pulak dengan keempukan kerusi2 di wisma FAM, takkan depa sanggup meninggalkan keselesaan depa utk turun padang menghadap, apatah lagi menyelesaikan isu2 berbangkit dunia bolasepak tanahair.

selama 30 tahun, itulah FAM. sentiasa sambil lewa dan lembab - atau lebih teruk lagi, tak peka - terhadap segala isu. kalau la ada isu2 ygbesar dalam bolasepak negara pun mcm kes rasuah ni, standard respons depa memula dalah penafian yg berulang2 - tak nak mengaku hakikat masalah tu wujud. bila tak mampu menghilangkan isu, mula la depa mengamuk sana sini - pecat org sana, buang org sini, maki hamun dalam media whatsoever. tak yah citer la bab depa sakan mintak bukti la hapa la padahal bukti dah melambak2 dikasi. kalau stail ni pun gagal merilekskan keadaan, baru la depa terhegeh2 nak berjanji - berjanji tau, bukan bertindak - tapi biasanya janji hanyalah tinggal janji. sudahnya, isu yg berbangkit dilupakan mcm tu je.

bukan lagi rahsia bahawa bookie2 utama yg bertaruh kat seluruh liga kat dunia ni - esp kat europe - datangnya dari malaysia dan singapore. benda ni dibangkitkan oleh Chris Eaton iaitu Ketua Keselamatan dari FIFA masa dia dtg melawat malaysia x lama dulu. bila benda ni berbangkit, barulah FAM terhegeh2 nak bentuk satu jawatankuasa menyiasat. tapi tu mmg standard tindakan FAM.

ada masalah rasuah? wujudkan jawatankuasa.
standard bolasepak negara merudum? tubuhkan jawatankuasa.
pasukan kebangsaan kena belasah kat kejohanan antarabangsa? wujudkan jawatankuasa.
para pegawai tidak cekap? wujudkan jawatankuasa.
padang tak menepati piawaian? wujudkan jawatankuasa.
kerusi kat bilik meeting tak empuk? wujudkan jawatankuasa.

yg bestnya, jawatan2kuasa tu semuanya terdiri dari PEGAWAI2 YG SAMA! makanya, hasilnya pun sama je - iaitu tiada hasil. isu tak selesai, peminat mengeluh dan pegawai2 itu semua goyang kaki makan elaun jawatankuasa.

mcm kes rasuah bolasepak yg terkini yg aku sebut kat atas nun - kalau si shahidan kassim tak jalankan penyiasatan sendiri, takkan ada sapa tau yg pemain2 perlis tu ada didatangi bookie sebelum perlawanan tu. bila pendedahan tu berlaku, baru la FAM terhegeh2 nak bertindak - tapi tak bertindak lagi pun. so apa tindakan FAM pas ni? tubuhkan SATU LAGI JAWATANKUASA?

inilah masalahnya bila sesuatu pihak itu terlalu lama memegang tampuk kuasa dalam organisasi. dan kuasa tu pulak terlalu mutlak. absolute power, corrupt absolutely, remember? mmg la kita dah menang sukan sea, AFF whatsoever BUT sampai bila kita nak berbangga dengan tahap asia tenggara? sedangkan negara2 lain yg penah kita belasah mcm korea dan jepun - even thailand - lebih menyerlah di peringkat antarabangsa? sampai bila kita hanya boleh berbangga dengan ramainya bookie dari malaysia?

udah2 la tu. turun je la. berilah peluang org lain utk menabur bakti.

No comments:

Post a Comment