Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, January 27, 2012
Hassan Ali dan Ustaz Nasha...
Aku sebenarnya malas nak komen pasal hal hasan ali dan ustaz nasha ni, but memandangkan inilah peluru yg digunakan UMNO utk menyerang PAS lately ni, aku terpaksa komen gak.
bukan lagi rahsia UMNO menyifatkan “penyingkiran” hasan ali adalah disebabkan kononnya PAS tunduk kepada DAP dan keadaan ustaz nasha disebabkan pengaruh so called “anwaris” dalam PAS. Seriously, aku nak tergelak dengan kedua2 tuduhan tu.
bagi aku, mereka berdua ni, memetik kata2 mustafa ali, adalah bad loser. Jenis yg tak leh menerima kekalahan atau penurunan pangkat. Dan bagi aku, mereka tidak ada org lain utk disalahkan melainkan diri mereka sendiri.
entah berapa kali ustaz nasha bagi kenyataan kononnya PAS dan terpesong dr perjuangan sebenar. Aku nak tanya, terpesong mcm mana? Apakah PAS dah masuk kategori membuat benda2 haram seperti rasuah atau peras ugut? Apakah PAS dah tak menjadikan al Quran dan As Sunnah sebagai dasar perjuangan dan matlamat parti? Apakah PAS dah berubah drpd parti berorientasikan agama menjadi parti berorientasikan bangsa, sepertimana yg dikehendaki oleh ustaz nasha sendiri? Umum tidak lupa bahawa org yg bersungguh2 mahu penyatuan UMNO dan PAS adalah ustaz nasha sendiri dan ini menjelaskan kenapa dia begitu kecewa kenapa PAS umumnya menolak hasrat tersebut. Dia lupa kea pa jadi kat PAS pada akhir 70-an? Dan dia lupa ke sikap ultra-libertarian dia itulah yg menyebabkan perwakilan PAS memilih mat sabu dan bukan dia sebagai TP?
bab hasan ali lak, well..aku malas tul nak bangkitkan balik. Sebagai seseorg yg mengenali mamat ni secara personal, aku kagumi personalitinya tetapi dari segi tindak tanduk, dia mmg sorg solo fighter. Dia hendak menjadi hero dalam hal2 agama di Selangor tapi dalam masa yg sama dia tatau apa yg aula’ dan apa yg boleh dikemudiankan. Isu murtad misalnya – kenapa sertai HIMPUN tapi dalam masa g sama tak de kenyataan pun drpd kem beliau utk menyokong perbentangan usul akta murtad di parlimen oleh YB salahuddin ayub dan haji hadi? Kenapa serang DUMC yg kononnya hendak memurtadkan org2 melayu yg miskin tapi dalam masa yg sama tak mahu check KENAPA ORG2 MISKIN ITU TERPAKSA MENGEMIS DI KAKI GEREJA? Apsal hasan ali tak check MAIS atau PZS utk mengetahui kenapa ada org miskin di Selangor yg terlepas pandang? Mana pi duit zakat?
last but not least, apa yg boleh kita katakan mengenai org yg selepas tak menang bertanding TETAPI DIPILIH SEBAGAI AJK, enggan utk menghadiri mesyuarat organisasi tanpa sebab yg munasabah? Nasha AWOL dari mesyuarat JK pusat dan hasan ali lak menyepi drpd mesyuarat PAS Selangor. Apa ni?
belajarlah drpd mat sabu dan Khalid samad. Aku dah lupa berapa puluh kali mat sabu ditolak perwakilan tapi dia tetap setia dan berlapang dada dan terus gak buat keje2 dia tanpa mengharapkan apa2. Skang apa jadi dengan dia? Khalid samad siap dapat surat tunjuk sebab dan amaran keras lagi dr PAS pusat – ada dia merajuk dan menyepi? Asam garam hidup berjemaah la. Jemaah lebih penting dari individu dan aspirasi peribadi – tapi aku rasa depa ni tak belajar pasal tu kot.
kalau depa rasa rumput kat taman UMNO lebih hijau, silakan meragut di sana. Cuma, jangan lupakan nasib ustaz nakhaie ahmad, ustaz mohd noor deris, ustaz pirdaus ismail, ustaz fadhil hanafi, ustazah mashitah Ibrahim dan ramai lagi org2 yg kononnya mahukan rumput yg lebih hijau di taman UMNO yg end up jadi peragut jerami kering yg tak bernilai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment