Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, January 30, 2012
kenapa kelantan tidak laksanakan hudud?
soalan yg biasa ditanya - kenapa kelantan tak laksanakan hudud? cakap tak serupa bikin dan sebagainya, kalau kita kaji, rentetan kegagalan kelantan laksana hudud adalah bermula sejak mantan perdana menteri, Tun M memberikan surat amaran agar kelantan tak melaksanakan hudud.
Kalau dilihat dari surat Perdana Menteri Mahathir Muhammad kepada MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pada 15 Julai 1994, tidak nampak apa-apa yang bahayanya. Tiada sebut pasal MAGERAN, rampasan kuasa, penangkapan pimpinan2 PAS di bawah ISA, penggantungan DUN Kelantan dsbnya.
Menaqal sedikit dari perenggan akhir surat Dr Mahathir itu:
.......maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
berkuasa sangat ke surat ni?
AKTA DARURAT KELANTAN 1977
Ramai tidak sedar bahawa Kelantan masih di tertakluk di bawah Akta Darurat Kelantan 1977. walaupun najib baru2 ni membentangkan usul utk memansuhkan akta tersebut disamping akta darurat 1966 sarawak dan akta darurat 1969 persekutuan, ianya masih belum diwartakan kelulusannya.
Akta ini membenarkan kerajaan Pusat:
1.0 Mengambil alih pemerintahan Kerajaan Kelantan
2.0 Menggantung DUN Kelantan serta kesemua Enakmen-Enakmen yang telah diluluskan
3.0 Menangkap sesiapa sahaja yang dilihat sebagai membahayakan keselamatan KElantan.
Ramai yang menuduh Tok Guru Nik Aziz pengecut dan takut untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Ini kerana ramai yang tidak tahu menahu akan Akta Darurat ini.
Apabila mantan Perdana Menteri telah memberi amaran keras untuk tidak melaksanakan hukum hudud, maka ia bermakna Perdana Menteri boleh menggunakan Akta Darurat 1977 untuk MENGAGALKAN perlaksanaan hukum tersebut di Kelantan.
Apabila DUN telah digantung dan pentadbiran kerajaan negeri diambil alih kerajaan Pusat, secara automatik hudud yang hendak dilaksanakan tadi tidak dapat dilaksanakan sama sekali. silap2, kerajaan negeri pun terlepas akibat dirampas!
Maka, tindakan mantan Perdana Menteri/Mahathir tidak lebih dari tindakan Stalin dan Lenin yang telah menghapuskan sama sekali perlaksanaan undang2 Islam di negera2 Asis Barat satu masa dahulu.
Seharusnya Maahthir dibicara di Mahkamah Syariah atas tuduhan murtad.
Dan, Perdana Menteri sekarang lebih rela sujud pada pelakon porno dari menjalankan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apabila di tanya Allah di Akhirat Nanti, apakah jawapan yang handak dijawap...
ReplyDeleteYa Allah, Aku tak dapat laksanakan hudud kerana aku takut kehilangan kuasa di kelantan. Maka aku tidak jalankan hudud supaya aku dapat terus menjual isu hudud setiap kali pilihanraya.
Atau,
Ya Allah, Aku telahpun mencuba sedaya upaya ku dengan kuasa yang kau berikan kepadaku untuk melaksanakan nya sehingga aku tidak lagi mempunyai kuasa. Aku korbankan segala yang kau berikan kepadaku untuk menunaikan tanggungjawap ku terhadap mu.
Bukankah ini menunjukan yang PAS sendiri lebih takut pada hukum dunia. Kalau begitu, bagaimana nak masuk syurga. Lagipun dalam situasi sekarang, kerajaan tidak akan menggunakan akta darurat itu utk menjatuhkan kerajaan kelantan
ReplyDelete