Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, January 27, 2012
Banjir di kajang...
semalam, kajang dilanda banjir yg terburuk dalam tempoh 40 tahun rentetan hujan lebat tidak henti2 sejak kebelakangan ini. antara punca yg mungkin menyebabkan kejadian malang ini adalah ketirisan kawasan tebatan air di hutan simpan berdekatan yg tidak mampu lagi utk menampung curahan hujan akibat pembangunan.
peristiwa ni mengingatkan aku kepada banjir besar yg melanda kawasan TTDI shah alam lebih kurang 4 tahun lebih yg lalu. apa sebenarnya punca kepada kejadian ini? apakah hujan makin deras bila akhir zaman ni, atau kerana rakusnya manusia mengejar pembangunan dan kekayaan sehingga mengganggu ekosistem semulajadi alam? apakah benda ini boleh berlaku hanya selepas 2-3 tahun menarah hutan atau sebenarnya ia adalah satu kejadian yg inevitable akibat polisi urbanisasi tak terancang negara ni sejak berdekad lalu?
belajarla dari semua ni. jangan dah terhantuk baru nak terngadah. teringat saranan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah masa wacana perdana awal tahun ni, "polisi pembangunan urbanisasi harus dikaji semula dan disusun semula agar tidak berlebihan." dan dalam hal ni, semua pihak harus memainkan peranan. tak boleh berpeluk tubuh menunding jari sebab semua ni adalah akibat kerakusan kita mengejar pembangunan dan kemajuan sejak berpuluh2 tahun dulu.
we share this earth. don't mess it up.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment