maka dengan rasminya the dreaded AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI atau AUKU telah dipinda bagi membolehkan para pelajar universiti - 21 tahun ke atas - aktif berpolitik dan menyertai mana2 parti politik.
dari satu segi, ini adalah kejayaan besar bagi pejuang2 anti AUKU yg selama ini menanggung jerih ketidak adilan serta kongkongan tak berasas yg berselindung di sebalik label AUKU. namun begitu, kita perlu fikir kenapa akta yg selama ini begitu dipertahankan oleh UMNO BN akhirnya dengan mudah dipinda - hanya kerana satu verdict mahkamah yg menyatakan AUKU tidak mengikut perlembagaan. bukan ke selama ni UMNO BN pasti ada jalan utk mengatasi verdict mahkamah, sepertimana kes ISA?
aku nampak walaupun ini nampak mcm kemenangan pihak pro M, aku tak dapat lari dari merasakan ini juga merupakan satu ruang bagi UMNO BN utk mengekploitasi universiti bagi tujuan2 politik UMNO habis2an tanpa perlu risaukan bantahan dan kritikan maut pihak luar. ye la..pelajar dah boleh berpolitik, kan? so apa salahnya depa hold program UMNO dalam U? ndak2 lak semua naib chanselor (atau kes UIA, rektor) adalah pro UMNO BN!
jadi, kita jangan leka dan bergembira dengan "kemenangan mahasiswa" ni sebab pastinya tindakan UMNO BN ini sarat dengan "udang di sebalik mee". kita kena usaha lebih utk pastikan UMNO BN tidak berleluasa dalam IPTA dan IPTS negara ni dan kena pastikan kita gunakan sepenuhnya pindaan AUKU ini utk memantapkan gerak kerja parti PR dari akar umbi.
No comments:
Post a Comment