Sunday, January 29, 2012

mahkamah membenarkan jamil khir ketepikan rayuan qazaf - dah agak dahhh...


Hakim Datuk Zohdi Toha memberi kebenaran kepada menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi, mendengarkan permohonan mereka untuk mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf, ini menyebabkan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan demikian dan terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.

Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata beliau dan tiga lagi peguam tidak dapat menerima keputusan penghakiman kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.

"Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon., Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok, manakala pemohon mengetepikan dakwaan diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.

komen aku - apabila hukum Islam dihalang utk ditegakkan, tak leh nak kata apa la...

No comments:

Post a Comment