Sunday, January 29, 2012

Haji Hadi tak nak bertanding?



gegar gak PR dan PAS terutamanya bila Tuan Guru Haji Hadi menawarkan diri utk tidak bertanding dalam PRU13 nanti. mana tak gegarnya - pemimpin utama parti tak nak bertanding! tak goyang ke jemaah?

tapi kalau ikutkan ayat beliau, beliau menyatakan "sedia bertanding 1 kerusi sekiranya dipinta untuk bertanding". sekarang ni, Tuan Guru Haji Hadi bertanding 2 kerusi - satu parlimen dan satu lagi DUN. selaku seorg yg dah semakin dimamah usia, sudah tentulah kudrat Tuan Guru Haji Hadi tidak sekuat dulu utk handle dua kerusi sekaligus.

tapi kalau ikut puak2 UMNO, memacam la depa kata - kononnya Tuan Guru Haji Hadi merajuk la bukti PAS ada parasit la pengaruh anwar la. kekadang aku kesian gak kat depa ni sebab asal ada satu isu - walaupun tak sekukuh mana - tetap nak digunakan utk menghentam PAS. apa yg depa takut sangat dengan PAS?

salahuddin ayub ada menjelaskan serba sedikit kenapa Tuan Guru Haji Hadi berbuat demikian tetapi atas alasan kerahsiaan jemaah, aku takkan dedahkan dulu perkara tu. cukuplah sekadar aku nyatakan bahawa pucuk pimpinan akan mengadakan mesyuarat mereka pada 12 Februari ni dan antara agenda yg akan dibincangkan termasuklah hasrat Tuan Guru Haji Hadi ni. tapi aku amat yakin yg depa akan berjaya meyakinkan Tuan Guru Haji Hadi utk terus bertanding.

kepada ahli2 PAS, tak yah la risau sangat, benda ni tak konkrit pun. plus, ini bukan atas dasar parti tetapi sekadar hasrat Tuan Guru Haji Hadi secara personal. tidak perlulah sebarang spekulasi yg mengarut lagi terpesong - kalau ikutkan aku pun tanak berpolitik dah sebab penat tau berpolitik ni esp menghadap puak2 UMNO yg mengalahkan lembu IQ depa. itu baru aku - apatah lagi Tuan Guru Haji Hadi!

dan perlu dinyatakan dengan tegas bahawa seluruh pucuk pimpinan, termasuklah Mursyid al Am tidak bersetuju sama sekali dengan hasrat Tuan Guru Haji Hadi tu. so, insya Allah Tuan Guru Haji Hadi akan terus bertanding dan terus memimpin PAS selagi khidmat beliau diperlukan. dan kalau ikut tradisi PAS, sorg pemimpin tu akn sentiasa diperlukan sehinggalah beliau tidak mampu lagi memimpin, insya Allah.

apapun, doakan yg terbaik utk Tuan Guru Haji Hadi dan PAS secara amnya.

TAKBIR!

4 comments:

  1. Bila Nik Aziz nak letak jawatan? Dah lama dahhhh... Nak menongkat langit? Seronok dapat kuasa MB? seronok dipuja? atau seronok menjadi 'Tuhan' PAS?

    ReplyDelete
  2. Minta tuan yang bijak sana dan bijak sini ini mengulas. Atas hukum Islam yang mana, Hasan Ali dibuang macam sampah oleh PAS? Kalau dulu PAS mengata UMNO tak ikut hukum Islam buang Anwar Berahim, sekarang ni hukum Islam mana PAS ikut? Hudud Tiruan PAS? Jangan berdolak dalik tau...

    ReplyDelete
  3. Ada gambar di blog kamu yang tertulis, "Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasulullah serta Ijma ulamak dan Qias yang terang dan nyata", Perlembagaan PAS Fasal 7. Berdasarkan pegangan tersebut, sila jelaskan hukum melantik Khalifah Anwar Berahim sebagai ketua pembangkang dan Khalifah Ambiga sebagai ketua Bershit. Jangan sorok kebenaran tau...

    ReplyDelete
  4. no 1 - dia nak letak jawatan atau tak, tu suka hari dia. selagi PAS perlukan dia, selagi rakyat perlukan dia, dia akan stay. tak yah la dengki2 sangat.

    no 2 - hasan ali dibuang atas kesilapan dia sendiri. tatau la sama ada ko baca atau tak posting2 mengenai asbab dia dipecat. dan utk pengetahuan, tidak ada tempat dalam jemaah utk org yg memperlekehkan jemaahnya sendiri - tapi x berani nak lepaskan jawatan.

    no 3 - perkataan "khalifah" tu pun dah terpesong. dan soalan ni aku tak perlu jawab.

    ReplyDelete