Tuesday, January 31, 2012

UMNO + APCO = agenda zionis?

kali ni aku just nak post surat2 yg mengaitkan APCO dengan zionis, serta agreement antara kerajaan malaysia dan APCO.

Program "RIADAH ITU IBADAH" Dewan Pemuda PAS Batu meriah!

alhamdulillah, satu program usrah berbentuk riadah yg diberi nama "RIADAH ITU IBADAH" anjuran DACS dengan kerjasama lajnah ekonomi dan lajnah tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Batu telah berjaya diadakan malam tadi (31/1/12) di Dewan Sinamax, Taman Sri Gombak.

kisah pejuang IMR yg tak ramai orang tau


semua org tahu yg hasan ali dah wujudkan satu NGO diberi nama JATI. mcm nama beras lak.

apa relevannya kewujudan JATI? apakah JATI ni akan sama fungsinya nanti seperti PERKASA yg kononnya diwujudkan sebagai entiti berasingan tp begitu lunak kepada UMNO? aku tak nak komen pasal JATI kat sini lagi. insya Allah, dilain masa akan aku sentuh pasal NGO kuasa ketiga ni.

apa yg aku bakal sentuh kali ni lebih kepada pengalaman sendiri selaku penduduk dalam kawasan DUN Gombak Setia yg diwakili oleh pejuang IMR ni.

Dr Mahathir sengaja memutarbelit dan melupakan fakta - Nik Nazmi


Tun Dr Mahathir Mohammad semalam menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan simpatisan Yahudi.

Dr Mahathir sengaja memutarbelitkan kenyataan Anwar dan sengaja melupakan hubungan akrabnya dengan Amerika suatu ketika dahulu.

Datuk Seri Anwar, tolonglah jaga mulut...


Kadangkala naik sakit kepala juga dengan para pemimpin Pakatan Rakyat ini. Kita sebagai blogger bermati-matian cuba menaikkan imej serta kelebihan pimpinan serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Apa saja fitnah yang dilemparkan oleh blogger pro UMNO-BN cuba rekaciptakan, kita semua bekerja keras menafikan. Bukan penafian kosong tapi berlandaskan fakta.

Monday, January 30, 2012

Rancangan Datuk T terbabas lagi!


Makin hari UMNO makin terdesak, videonya dah siap, tapi ada kesilapan tarikh berlaku pada rakaman tersebut! Macamana agaknya mereka hendak membetulkan balik? kononnya video yg bertarikh 13 januari 2011 tu dirakamkan di bangkok - tetapi inilah bukti yang paling jelas menunjukkan anwar tidak berada di Bangkok pada waktu yang dikatakan oleh Trio Dato T tersebut!

Ini bukti sahih ! anwar dijadualkan berada di Majlis Sidang Media Pakatan Rakyat berlangsung pada 13/1/11(Khamis) di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur!

kenapa kelantan tidak laksanakan hudud?


soalan yg biasa ditanya - kenapa kelantan tak laksanakan hudud? cakap tak serupa bikin dan sebagainya, kalau kita kaji, rentetan kegagalan kelantan laksana hudud adalah bermula sejak mantan perdana menteri, Tun M memberikan surat amaran agar kelantan tak melaksanakan hudud.

Kalau dilihat dari surat Perdana Menteri Mahathir Muhammad kepada MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pada 15 Julai 1994, tidak nampak apa-apa yang bahayanya. Tiada sebut pasal MAGERAN, rampasan kuasa, penangkapan pimpinan2 PAS di bawah ISA, penggantungan DUN Kelantan dsbnya.

Menaqal sedikit dari perenggan akhir surat Dr Mahathir itu:

.......maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994


berkuasa sangat ke surat ni?

POLEMIK PELAKSANAAN HUKUMAN HUDUD DI MALAYSIA - oleh Dato Zainul Rijal Abu Bakar

Mutakhir ini perbincangan mengenai pelaksanaan hukuman hudud mendapat tempat di dada akhbar arusperdana dan juga akhbar-akhbar alternatif. Ramai yang telah memberi kenyataan bagi menzahirkan pendirian mereka terhadap pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia, Ada yang menyokong dan tidak ketinggalan juga yang menentang dengan memberi pelbagai alasan. Sebagaimana biasa ahli-ahli politik juga turut serta dalam perbahasan ini dan seolah-olah menjadikan isu ini isu politik.

Saya tidak berhasrat untuk menulis berkaitan isu ini dari perspektif politik tetapi lensa yang saya akan gunakan adalah lensa hukum syarak dan juga sistem perundangan di Malaysia. Saya juga cuba menulis semudah mungkin dan mengelak menggunakan terminologi dan bahasa perundangan yang menyebabkan ramai keliru tentang nukilan ini. Saya berharap nota ringkas ini dapat menzahirkan pandangan saya terhadap isu yang hangat diperkatakan ini tanpa merujuk kepada mana-mana kenyataan yang telah dikeluarkan terlebih dahulu oleh orang lain.

Sunday, January 29, 2012

Harga gula turun, tp subsidi meningkat?


Jumaat lepas, Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram walaupun harga pasaran dunia telah meningkat.

Sehubungan itu, subsidi gula meningkat daripada RM262.41 juta tahun lepas kepada RM567 juta pada tahun ini.

Betulkah harga gula didunia telah meningkat? Atau subsidi dipertingkat oleh kerajaan UMNO/BN untuk meningkatkan keuntungan kroni mereka?

mahkamah membenarkan jamil khir ketepikan rayuan qazaf - dah agak dahhh...


Hakim Datuk Zohdi Toha memberi kebenaran kepada menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi, mendengarkan permohonan mereka untuk mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf, ini menyebabkan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur.

Hukum hudud untuk Islam sahaja? ini penjelasannya..



Sejak belakangan ini isu berkaitan hudud telah dibangkitkan semula sehingga menimbulkan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan hukum hudud. Semoga perbincangan ringkas terhadap beberapa jenayah yang membabitkan hudud dapat menjadi noktah awal ke arah kefahaman pelaksanaan hukum hudud yang membabitkan non Muslim.

Haji Hadi tak nak bertanding?



gegar gak PR dan PAS terutamanya bila Tuan Guru Haji Hadi menawarkan diri utk tidak bertanding dalam PRU13 nanti. mana tak gegarnya - pemimpin utama parti tak nak bertanding! tak goyang ke jemaah?

Masanya untuk berubah, FAM - kalau korg nak berubah la...



kali terakhir aku sentuh (kritik) pasal FAM, aku digam dari BERNAMA selama 2 tahun.

tpi inilah realitinya dengan badan utama bolasepak negara ni. tak leh ditegur. apatah lagi dikritik. polisi depa "don't ask, don't tell" tu dah melekat sangat dah. almaklumlah, persatuan berdarah raja la katakan...

Saturday, January 28, 2012

strategi licik politik UMNO - KITA JANGAN TERPERDAYA!



kekadang, terasa gak nak angkat kopiah kat strategis politikal UMNO.

mana taknya, depa ni cukup bijak mengatur strategi politik depa esp berkenaan isu2 yg ingin diketengahkan - walaupun bersifat fitnah dan mengarut - hinggalah taktik2 depa utk menutup isu2 yg merugikan depa.

kenyataan media anwar mengenai fitnah beliau menyokong Israel



Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.“

apa cerita sebenar di KUIN?



kesian ustaz azizan.

diserang kiri dan kanan baik dari dalam dan luar parti mengenai isu tindakan AUKU terhadap pelajar2 KUIN. sampai aziz bari pun nak mencelah sama. dan pihak2 pro demokrasi (yg kekadang over acting gak aku rasa) seperti SAMM terus menghentam sana sini tanpa berfikir panjang. soalnya, patut ke ustaz azizan dan PAS kedah kena serang sedemikian rupa?

jom kita kaji hal ni secara naratifnya -

1.KUIN memang kolej swasta tapi tertakluk dengan pengiktirafan MQA dan mendapat geran kerajaan.

2. so bila dah dapat geran kerajaan, KUIN tertakluk dgn AUKU kerajaan pusat,kalau tak geran ditarik balik. kalau geran ditarik balik, then KUIN melungkup, mcm mana nasib student2 KUIN?

3. memang PR, dan termasuklah PAS berjanji akan menghapuskan AUKU - apabila mereka menguasai kerajaan pusat, BUKAN KERAJAAN NEGERI! kat sini la SAMM, aziz bari dan ramai lagi agak kantoi sebenarnya. sebab tu aku gagaskan KAJI KES BEBETUL! jangan main pakai hentam je.

4.Ustaz azizan sebenarnya bertindak tidak mahu masuk campur urusan pentadbiran KUIN. memang la dia pegang jawatan pengerusi lembaga pengarah KUIN atas kapasiti menteri besar, tapi kalau dia masuk campur urusan pentadbiran universiti, samalah PAS dengan UMNO yg cukup suka masuk campur hal2 pentadbiran awam sehingga semua jabatan awam dah jadi mcm mak bapak depa punya.

5. walaupun secara peraturannya KUIN terpaksa dakwa budak2 tu,tapi ustaz azizan bagi signal suruh mereka yg dikenakan AUKU tu merayu dan insya Allah, mereka akan dibebaskan. at least, AUKU dikenakan dan bila student merayu, lembaga pengarah KUIN yg diketuai oleh ustaz azizan akan lepaskan. peraturan dikuatkuasa, tapi tak kena hukum. bijak tak bijak tu?

6. kalau ikutkan, student2 yg kena dakwa tu dah bersetuju nak merayu atas hint ustaz azizan, tapi puak2 parasit dah bakar budak2 ni utk buat u-turn dan bertindak melawan masa bicara.

7. so bila budak2 tu dah rebel dan tak merayu sampai abis tempoh, KUIN kena la hukum bebudak tu. nak buat camne?

8. masa bicara, Hanipa maidin jadi lawyer pelajar KUIN. ini menunjukkan dengan jelas betapa PAS menyanggah AUKU.

9. atas dasar prihatin dan tak nak kes berpanjangan. Pemuda PAS kedah usahakan supaya hal ni diselesaikan luar mahkamah. tapi puak2 parasit ni menasihati student2 KUIN tu tolak peluang setel luar mahkamah. tak lain tak bukan ingin mengeruhkan lagi suasana.

10.so, nak tak nak KUIN terpaksa hire karpal singh. bila terjadi je perkara tu, bebudak KUIN yg dipengaruhi puak2 parasit tu dah cuak sampai terkencing dalam seluar - dan2 mintak setel luar mahkamah. benda dah jadi kelam kelibut baru nak sedor diri.

so secara kesimpulannya aku ingin tanya la - SAPA PUNCA BENDA2 BANGANG NI JADIK SAMPAI MCM NI SKALI? pepandai la korg jawab ye...

pesan aku kepada sahabat2 dalam PAS - sebarang isu mengenai kita hendaklah ditangani dengan berhemah dan bijaksana. jangan ikut sangat nafsu amarah tu. kawal diri tu skit. kot tak, tak pasal2 kita buat keje free utk UMNO dalam usaha menjatuhkan PAS kedah dan ustaz azizan. come on la - prestasi ustaz azizan adalah terlalu bagus sebagai MB kedah - malah isu peribadi pun tak de - so depa ni akan guna isu2 bodoh mcm isu madrasah (musolla ekceli) salihiah dan isu KUIN ni utk memburuk2an kerajaan negeri dan ustaz azizan.

jangan termakan hasutan ejen2 parasit kat luar sana tu!

Friday, January 27, 2012

kami mahu debat najib-anwar!



rasanya satu malaysia - kecuali sekelompok puak2 tegar UMNO - mahukan debat perdana antara najib dan anwar berjalan.

kenapa perlu debat? inilah masanya utk kedua2 pemimpin ini - sorg current PM dan sorg lagi PM in waiting - membahaskan dan mewacanakan idea2 mereka, pemahaman mereka mengenai dasar2 negara dan strategi2 depa. bukan utk mencari sapa menang atau sapa kalah, tetapi lebih utk memberikan rakyat "live verdict" polisi sapa yg lebih meyakinkan.

debat perdana antara 2 pemimpin utama ni sebenarnya satu amalan biasa. malah diperakui sebagai medium yg paling neutral dan adil utk rakyat membuat penilaian. dalam debat sebegini, isi hujah dan fakta diambilkira. bab intonasi suara, gaya persembahan ke apa ke tu takkan org ambik tau punya - INI BUKAN PERTANDINGAN DEBAT SEKOLAH2!

tapi yg kelakarnya, apsal UMNO beria2 TAK NAK DEBAT?

ahmad maslan membuat lawak antarabangsa bila menyatakan "debat itu budaya barat" dan tak patut diamalkan di negara ni. dia juga cakap yg "lebih baik ceramah diadakan berasingan supaya rakyat boleh menilai". come on la - budaya barat? then hub hiburan yg najib gagaskan tu bukan budaya barat ke? selama ni kerajaan malaysia berkiblatkan barat dalam segala hal - malah melantik yahudi sebagai penasihat 25%! dan apakah ahmad maslan ni lupa bahawa media malaysia ni amatlah "adil dan saksama"? ceramah2 anwar hanya boleh diikuti oleh mereka yg datang majlis ceramah beliau - kalau polis tak kacau - tetapi langsung tak de liputan dalam media utama tempatan. najib lak? setiap inci media akan melaporkan wawasan, gagasan beliau utk disuapkan kepada rakyat. ahmad maslan perlu membetulkan skru kat kepala dia.

sampai kat shabery cheek yg bersembur air liur dibelasah anwar 4 tahun lepas lagi best. dia boleh kata "lebih baik didebatkan apakah anwar betul ada dalam video seks itu". come on la - mana lebih penting antara "keberadaan anwar dalam video seks" dengan "dasar dan polisi negara"? setakat debat anwar ada ke tak dalam video tu, tiap ari aku debatkan hal tu dengan pencacai2 UMNO kat fesbuk ni! malah, ada section pencacai2 UMNO menggesa agar debat itu menjadi "debat isu moral". adoiiii...disaat kita risau hutang negara makin melambak, kadar inflasi mcm org gila dan sebagainya, depa masih lagi nak mainkan isu sentimen. bila depa ni nak sedar?

kalau najib benar2 mempunyai idea dan gagasan yg mantap, dia tak seharusnya takut utk berdebat dengan anwar. kalau idea dia mantap dan bagus, tak perlu menjadi pemidato terhebat pun dia akan dapat menangkap imaginasi rakyat yg mengadili. dr mahathir pun bukan sorg pemidato yg hebat tapi idea dan gagasannya cukup bagus sampai menyebabkan sukar utk menyanggah idea2 beliau (kita ambil secara positif la, okey?). sekali lagi, ini bukan soal kalah menang. takkan ada piala utk pemenang debat dan wacana ni. yg penting, the people will get the idea and do the judging. pialanya nanti adalah undi2 mereka masa PRU nanti.

so apa tunggu lagi?

13 mei - jangan jadi hipokrit!



puak2 UMNO tak abis2 memainkan isu 13 mei. bangkitkan mcm mana DAP (DAP ke?) mencincang dan memaki hamun org melayu whatsoever.

aku malas nak mention ttg apa kisah sebenar di sebalik 13 mei sebab dah banyak kali aku buat mcm tu - dan segalanya berbalik kpd konspirasi beberapa pemimpin UMNO (atau masa tu ex sebab kena pecat) utk merampas kuasa.

but tu bukan point aku kali ni.

cuba kita fikir - 13 mei hanya berlaku pada 1 hari. tidak ada susulan selepas itu. walaupun ganas, ianya tidak menyeluruh - hanya berlaku kat lembah kelang. kelantan langsung terputus kisah 13 mei - cina dan melayu sana tak tau apa2 pun. tapi dicanang seolah2 sejarah yg paling teruk dan dijadikan alasan utk menghentam DAP (dan kaum cina secara umum) seteruk2nya.

apsal depa tak hentam jepun? apsal depa tak hentam british? jepun menjarah negara ni selama 3 tahun dan dalam tempoh 3 tahun tu, berapa ramai org melayu, cina dan india yg mati dipancung kepala, anak gadis yg dirogol, kampung2 yg dibakar, serta ntah berapa juta lagi manusia kena pelempang jepun? tapi apa jadi hari ni? semua org TERMASUK PUAK2 UMNO itu mendewa2kan jepun - membeli dan menggunapakai barangan keluaran depa. menjalinkan hubungan dagangan dengan depa. tengok filem2 depa. anak2 kita dok nak jadi superhero depa. mahathir sendiri sampai suh kita contohi jepun menerusi gagasan "dasar pandang ke timur". mudahnya kita melupakan kekejaman jepun selama 3 tahun tu ek?

mcm mana lak dengan british? menjajah negara ni (zainal kling mesti marah aku) selama 200 tahun. tak tau berapa banyak pejuang Islam dan melayu dibunuh, dipenjara, anak gadis dan wanita dirogol dan dicabul. adat resam melayu dan sahsian Islam dilanggar sesuka ati mak bapak depa, dipecahkannya masyarakat supaya tidak bersatu padu, hina dan memperlekehkan serta melemahkan raja2 melayu seumpamanya. tapi apa jadi? undang2 depa negara kita junjung. budaya dan peradaban kita dihalakan ke arah sana. england menjadi tempat utama anak2 sekular (atau anak2 yg siqqah tapi dipaksa oleh kerajaan sekular) utk sambung belajar dan sebagainya. apakah dosa 200 tahun british terhadap negara kita ni dilupakan dengan mudah?

mcm mana masyarakat, esp UMNO, begitu mudah melupakan kesialan selama 3 tahun, 200 tahun tapi dalam masa yg sama memperbesar2kan "dosa 1 hari" seolah2 ITULAH DOSA YG MAHA BESAR YG TAK BOLEH DIAMPUN?

berhentilah menjadi hipokrit.

p/s - peranan Gerakan dalam 13 mei pun, jangan la buat2 lupa ye..

HIMPUN - dari sudut pandang relevansi...



sebetulnya hari ni aku agak berbelah bagi sama ada nak share pasal isu HIMPUN atau pasal debat najib - anwar. tapi demi kesinambungan perjuangan aku utk mempertahankan PAS drpd serangan tak berjurus dan tak berotak oleh hasan ali, maka aku pilih HIMPUN. citer debat lain kali.

tak lama dulu, sakan dicanangkan satu program "Himpunan Satu Juta Umat Menyelamatkan Akidah". sebetulnya, aku sendiri tak faham apakah maqasid, matlamat dan sasaran HIMPUN ni. soalan2 biasa ditanya. "apakah dengan berhimpun semata2 boleh selamatkan akidah?". cuma aku tak berminat nak citer ttg substance HIMPUN tu secara harfiah, cuma aku nak attack isu2 yg berkaitan je.

kalau kita kaji balik, HIMPUN ni diadakan rentetan isu murtad yg dibangkitkan esp after kisah DUMC. tertanya2 lak aku - apakah masalah akidah ni semata2 murtad? apakah natijah masalah akidah ni hanya murtad? akidah yg tak kukuh bukan semestinya menyebabkan murtad tetapi boleh melahirkan masyarakat yg pendosa, yg tak takut melakukan kemungkaran malah berbangga dengannya pulak tu!

kalau kita bebetul memahami Islam, keguguran akidah yg paling mudah berlaku adalah akibat syirik. syirik ni bukan semata2 kita pi bantai sembah tokong atau kata ada tuhan lain whatsoever, tapi bila kita mengangkat satu2 perkara lain tu lebih tinggi drpd apa yg Allah turunkan, tu pun jatuh syirik dan membatalkan. bagaimana dengan ungkapan "hanya saya yg mampu memerintah..." atau "hanya saya yg boleh membawa pembangunan..." - itu pun dah syirik! memperlekehkan hukum hakam Allah juga membawa kepada terbatalnya akidah. itu yg gagal dimention oleh HIMPUN.

plus, apakah mereka tak tengok sekeliling? percambahan pusat hiburan yg dah tentu menjanjikan seribu satu dosa dan maksiat? apakah itu tidak akan menjadi asbab kepada keruntuhan akidah, let alone moral? apsal itu tak dimentionkan? mengapa HIMPUN tidak mengecam idea hub hiburan malam gagasan najib? ITULAH IBU KEPADA KEROSAKAN AKIDAH DAN BAPA KEPADA KERUNTUHAN AKHLAK.

lelama aku jadi terfikir - HIMPUN ni bukan ikhlas benar berbicara perkara yg menyelamatkan akidah, tetapi menjadi medan utk meningkatkan momentum utk isu2 murtad yg dilaung2kan oleh pihak2 yg berkepentingan. agaknya depa lupa - sejak PR memerintah, berapa kes murtadkah telah dilaporkan di negeri selangor atau negeri2 PR yg lain? betul - jawapannya tiada. check kat sabah tu dulu.

kalau depa bebetul ikhlas citer akidah, perkara pertama depa akan fight adalah memantapkan matapelajaran agama di sekolah2 yg selama ni dipandang enteng dan sekadar melepaskan batuk kat tangga. kalau asas agama kat diri manusia tu tak kukuh, korg berhimpunla 20 malam berturut2 pun, takkan settle isu.

last but not least, apa point citer HIMPUN menyelamatkan akidah bila yg hadir HIMPUN tu pun ada yg tak menutup aurat?

apa sudah jadi dengan hasan ali...



agak muak utk berbicara mengenai pakar motivasi sorg ni.

tapi apabila dia meroyan secara latest kat TV3 semalam (walaupun dalam bentuk rakaman - takkan dia berani buat secara live punya) maka kekadang terasa perlu utk diri ini menjawab (atau menghentam) kembali apa yg diborakkan oleh hasan ali sejak dua menjak dia dipecat dari PAS.

dia selalu mengagungkan dirinya selaku pejuang 'IMR" (Islam, melayu, raja - aku ingatkan Institute of Medical Research) - ayat cliche puak2 UMNO malahan aku rasa lebih over acting banding dengan selangor. pulak tu, dia highlight soal akidah SOLELY mengenai isu "murtad" di selangor, susah utk "menegakkan Islam" (dah sah2 dia attack isu rampasan arak) dan yg paling kelakar, bila dia tak abis2 dakwa "PAS telah jauh terpesong dari landasan sebenar".

ingin sekali penulis hendak bertanya -

1 - apakah benar hasan ali pejuang Islam, melayu dan raja? ingin sekali bertanya MANA DIA PERGI sewaktu isu2 Islam, melayu dan raja2 melayu selama ni bangkit? mana dia ketika chua soi lek sakan hina hukum Allah? apakah dia turut perjuangkan mengenai hal tanah rizab melayu atau kampung2 melayu yg ditarah oleh UMNO? apa pandangan dia sewaktu UMNO undermine kuasa raja2 melayu buat entah berapa kali?

pada tahun 1999, gerakan kristianisasi di universiti2 begitu memuncak terutamanya di UPM - kami selaku gerakan mahasiswa Islam sedaya upaya utk menjejak dan menghalang gerakan itu. difahamkan, Pemuda PAS juga turut terlibat secara proksi melalui JIM dan sebagainya. MANA HASAN ALI MASA TU?

kalau isu DUMC yg dia bisingkan, ada dia pernah tanya MENGAPA ORG2 MELAYU TU SANGGUP MENGEMIS KAT GEREJA? apakah depa itu dapat wang agihan zakat? dan ada dia, selaku exco agama selangor, persoalkan APAKEJADAHNYA wang zakat selangor diberi kepada perlis sedangkan ramai lagi asnaf di selangor yg x dpt agihan zakat?

2 - mengenai isu arak di selangor, penulis tertanya2 apakah hasan ali tak tau undang2 negara, terutamanya perihal barangan dagangan? apa akibatnya kalau kita rampas barang dagangan "halal ikut undang2 malaysia" tanpa alasan yg kukuh, walaupun barang itu "haram di sisi Islam"? kalau pihak pengeluar arak tu saman kerajaan selangor, sanggup hasan ali KELUARKAN DUIT POKET DIA SENDIRI dan bayar saman2 tersebut?

3 - siapakah hasan ali utk mempersoalkan ttg perjuangan PAS? dia tidak bermula dari bawah. dia tidak pernah turun padang berjuang bersama2 pemimpin2 PAS yg lain. dia tak penah merasa water cannon, teag gas, ISA JAUH SEKALI BERKUMPUL DALAM USRAH BERSAMA AHLI2 CAWANGAN. dia masuk2 PAS je terus disediakan kerusi empuk - thanks to his connection dalam PAS dan pengalaman beliau selaku celebrity motivator. ada dia tau perit jerih perjuangan dari awal?

kalau dia ahli PAS sejati, dia akan tau MANA ASALNYA perkataan "Negara Berkebajikan" tu. apakah dia lupa atau nyanyuk mengenai pengisytiharan "Dokumen Negara Islam" oleh almarhum Dato Fadhil Noor pada tahun 2002 - WAY BEFORE KEWUJUDAN PAKATAN RAKYAT? apakah dia lupa bahawa salah satu ciri utama "Negara dan Kerajaan Islam" itu adalah "Negara Berkebajikan'?

sebelum hasan ali meroyan lebih lanjut, ingin penulis ingatkan ttg isu2 akidah lain yg dia tak penah sentuh - tapi yg lebih patut dia sentuh - seperti gagasan mewujudkan hub hiburan malam, judi bola dan sebagainya. until he REALLY TACKLES all issues regarding "akidah", then baru dia layak dikatakan "pejuang akidah". or else, dia hanyalah pejuWang.

hayati bait2 hadis Nabi s.a.w, "sesungguhnya amalan itu ditentukan dari niat, dan sesungguhnya seseorg itu akan mendapat apa yg diniatkan olehnya. jika penghijrahannya adalah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kerana Allah dan RasulNya. dan jika penghijrahannya itu adalah kerana mendapatkan harta dunia dan wanita2 yg ingin dikahwininya, maka penghijrahannya itu adalah berdasarkan apa yg dihajatinya."

dah main cabar saman pulak dah...

UMNO DAH TAK DE ISU LAGI KE?

selepas cubaan utk mengheret anwar "bersumpah laknat" ala MUNAFIK gagal, kalu ni utusan meloya memainkan satu isu yg mmg desperado - "BEKAS PKR CABAR ANWAR SAMAN MEREKA KERANA MENDEDAHKAN ISU MORAL."

apa punya singkat akal dan terdesaknya depa nih? dah la setakat tuduh tanpa bukti, main cakap2 dalam press conference atau pentas ceramah tanpa sebarang bukti black and white (nasib baik eskay sanggup berabis duit buat video seks. kalau tak, tak de isu langsung depa nih. balik2 liwat) pastu siap cabar2 anwar suh saman depa lagi.

apakah ini taktik terdesak utk pastikan anwar lari fokus dari PRU, seterusnya sampai satu tahap menyebabkan anwar tak layak bertanding di PRU sebab ada kes mahkamah yg pending?

nasihat aku, rentikanla jadi barua UMNO. kalau ye pun nak jilat najib tu utk dapatkan tempat dalam DUN atau Parlimen, banyak lagi cara lain.

kepada sahabat2 dalam UMNO yg sakan sokong kerajaan UMNO BN, nilai2kanlah diri anda banding nilai seekor lembu tajaan shahrizat. fikirkanlah - apakah RM500 sorg tu setimpal dengan harga diri sekor lembu tajaan shahrizat tu?

jangan letakkan diri kira sehina tu.

BN menang, BANKRAP NEGARA!

Rosmah, the First Lady Of Shopping...



**The Sydney Morning Herald’s columnist Andrew Hornery vouches his claim that Prime Minister Najib Abdul Razak’s wife Rosmah Mansor spent more than RM300,000 during her holiday there.

"FLOM Rosmah Mansor says I 'wildly exaggerated' her shopping trip to Sydney? I stand by every word. My source is rock solid. Free press rules,” said Hornery on his Twitter this afternoon.**

Datin Seri Rosmah Mansor, bawalah penulis Australia ini ke mahkamah dan tuntut pampasan untuk fitnah! Kalau benar, takut apa?

BN menang, BANKRAP NEGARA!

Khoo Kay Kim kata hang tuah tak wujud!!



PROFESSOR SEJARAH ULUNG NEGARA KATA HANG TUAH TIDAK WUJUD!

BELIAU MENDAKWA HANG TUAH LIMA BERSAUDARA ADALAH MITOS!

mana pergina pejuang2 melayu? mana perginya UMNO? PERKASA? PEKIDA? PERMAS? TERAS? GMM? hasan ali?

takkan korg just nak biarkan satu lagenda ulung yg menjadi tunjang perjuangan korg diperkotak katikkan oleh sorg professor berbangsa cina?

apsal masih berdiam diri? mana demonstrasi? mana himpunan? mana kecaman? kutukan? kritikan? serangan fizikal kat pejabat beliau mungkin? konon macam juara sangat "mempertahankan melayu"?

ATAU KORG NI BUKAN IKHLAS PUN NAK PERTAHANKAN MELAYU, TAPI CUMA BERMINAT NAK MEMPERTAHANKAN UMNO SEMATA2?

APA POINTNYA "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KALAU SI PENGUCAPNYA PUN TAK PERNAH WUJUD??

p/s - dengan DAP boleh la korg tunjuk taring - tu pun belakang2. usahkan dengan KKK, dengan MCA pun korg dah kecut telur.

BN menang, Bankrap Negara!

Dalam jangkaan kita bahawa segala perbelanjaan di dalam Bajet 2011 berjalan lancar, mungkin ada sesetengah perkara yang tidak mereka jelaskan dengan lebih jujur dan telus tentang kedudukan kewangan negara kita yang sebenar-benarnya.

Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya.

Nilai tersebut yang mencakupi 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri ini tidak termasuk hutang negeri asing yang bernilai RM6.2 bilion dan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM7.2 bilion. Dan jumlah ini perlu diselesaikan pada tahun 2012 nanti.

KWSP juga merupakan “khazanah” terbesar bagi kerajaan persekutuan, apabila membekalkan pinjaman sejumlah RM56.59 bilion kepada kerajaan persekutuan dan GLC (Syarikat berkaitan kerajaan) dan badan-badan ini masih berhutang RM48.36 bilion daripada KWSP sehingga hari ini.

Sekiranya jumlah ini ditambah pula dengan RM93.11 bilion yang dilaburkan oleh KWSP ke atas bon kerajaan, maka jumlah dua angka ini mencakupi 40% daripada jumlah dana yang ada dalam KWSP. Dengan kata lain, KWSP menggunakan 40% wang pencen yang disimpan oleh pekerja Malaysia untuk menampung perbelanjaaan kerajaan persekutuan atau GLC.

Ini sebenarnya mencerminkan betapa pembaziran dan kurangnya disiplin kerajaan dalam mengendalikan kewangan negara sejek krisis ekonomi yang melanda negara pada tahun 2007. Sepanjang hampir 13 tahun yang lalu, kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk mengurangkan defisit dan hutang yang dipikul, dimana ianya menjurus kepada saat-saat genting kepada kerajaan untuk membayar hutang bon dan sukuk sebelum menjelang tahun 2013.

Kerajaan Malaysia sebenarnya mempunyai peluang untuk mencapai keseimbangan belanjawan dalam tempoh 13 tahun yang lalu, namun kerajaan masih memilih untuk mengekalkan belanjawan defisit pada paras purata 4.3%. Dan pada masa yang sama, hutang kerajaan pula melonjak dengan mendadak selepas krisis ekonomi, dari RM 90 bilion(32% berbanding KNDK ) kepada hampir RM 350 bilion(51% berbanding KDNK) pada tahun keangan berakhir 2009.

Kerajaan Malaysia memang bermasalah dalam disiplinnya ketika mengendalikan kewangan. Pada hakikatnya, kerajaan Malaysia berupaya untuk menyeimbangkan belanjawannya pada ketika harga pasaran antarabangsa minyak melonjak 2 tahun lepas. Namun, kerajaan persekutuan telah terlepas peluang keemasan ini.

Ekonomi Malaysia telah menurun, jikalau dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu. Kini, kerajaan bukan sahaja berdepan dengan masalah kekurangan pendapatan, malah perlu mengekalkan perbelanjaan yang besar untuk merangsang ekonomi. Jadi, adalah sukar untuk kerajaan mencapai matlamat menyeimbangkan belanjawan.

Dan sekarang, dengan beberapa projek-projek mega yang menanti seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2011 iaitu pembinaan Menara Warisan dan sebagainya, adakah kerajaan persekutuan mampu untuk menyelesaikan kemelut kewangan mereka ini? Sekiranya tidak, ia secara langsung akan melibatkan seluruh rakyat Malaysia dalam hal ini.

P.S. Kami tidak mahu Malaysia menjadi seperti Greece.

apakah malaysia kini hub kepada yahudi?



Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.

Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.

Walaupun di dalam laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara tetapi pembukaan pejabatnya di sini sudah memberi spekulasi ekonomi yang kritikal dikalangan para pelabur tempatan.

Goldman Sachs adalah individu yang disyaki menaja perang Israel-Palestin pada 2008 lalu. Kesemua konspirasi-konspirasi teoris barat seperti Texe Marrs, Alex Jones, David Icke, Jeff Rinse dan lain-lain bersetuju sebulat suara bahawa perang tersebut didalangi oleh keluarga Rothschild melalui agennya Goldman Sachs Group.

Kini bank penjenayah utama antarabangsa dibawa masuk dengan mudahnya oleh kerajaan Malaysia melalui lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Security Commission (MSC). Apa yang lebih menyakitkan ialah apabila Lye Thim Loong dari Avenue Investment Bhd. mengatakan, “It’s good for Malaysia, Goldman is a good premier name, so it will add some spice to the market.”

Apakah kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008 yang bermula dengan Lehman Brothers adalah perancangan Goldman Sachs di Amerika?

Apakah profesor-profesor ekonomi di IPT-IPT di Malaysia tidak meneliti laporan-laporan audit dan kenyataan-kenyataan billionaire-billionaire Yahudi dalam Bloomberg, CNN, CBS dan forum-forum ekonomi antarabangsa?

Apakah penganalisis-penganalisis yang dijemput berceramah dalam forum-forum ekonomi dalam televisyen tidak sedar bahawa Timothy Geithner (bekas Pengerusi Federal Reserve Bank) adalah orang suruhan Goldman Sachs?

Adakah mereka-mereka di atas tidak sedar bahawa bank paling kaya di dunia adalah Goldman Sachs bukannya bank-bank di China, Jepun dan Eropah seperti yang diwar-warkan oleh Majalah Forbes?

Adakah mereka-mereka di atas juga tidak sedar bahawa maksud ‘kekayaan’ yang sebenar bukannya dinilai pada carta top ten keluaran majalah Forbes tetapi ia bermaksud ‘Siapa Paling Berkuasa”?

Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), Kenneth Chenault (American Express Group), Kenneth Lewis (Bank of America) dan Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika) adalah individu yang bertanggungjawab melobi kemenangan Barrack Obama sehingga menjadi presiden dan akhirnya Obama akan mengikut plan ekonomi yang diputuskan oleh empat Yahudi ini dalam waktu-waktu yang dirancang.

Sepatutunya tugas menghujahkan isu ekonomi seperti ini perlu dipertanggungjawabkan kepada para pensyarah dan profesor-profesor ekonomi melalui blog-blog peribadi mereka. Mereka tidak boleh hanya menyebarkan nota-nota kuliah sahaja tanpa mempamerkan kehebatan sebenar dalam bidang mereka.
Para pensyarah-pensyarah sepatutnya lebih pro aktif di dalam bilik kuliah bagi menyebarkan permasalahan-permasalahan ekonomi di Malaysia dan antarabangsa. Penyebaran dan perbincangan isu-isu itu boleh menimbulkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan analitik.

Isu kemasukan Goldman Sachs di Malaysia bermula awal tahun 2010 ini perlu dihebah dan dibahaskan di kelas masing-masing secara drastik. Mahasiswa-mahasiswa ekonomi perlu didedahkan ilmu cara membezakan pelabur ekonomi dan penjenayah ekonomi.
Kemasukan Goldman Sachs ke Malaysia juga sangat mengecewakan pelabur-pelabur tempatan kerana di dalam dunia saham dan ekonomi, Goldman Sachs dianggap sebagai Gengster Ekonomi yang boleh mengugut sesiapa sahaja bagi mengikut dasarnya hatta kerajaan sekali pun.

Kehadiran Goldman Sachs ke Malaysia dalam suasana ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan kemungkinan berkaitan dengan keputusan agen-agen Yahudi Zionis yang terlibat dalam mesyuarat Bilderberg 2009 lepas.

Walaupun sebenarnya Goldman Sachs sudah menguasai saham-saham beberapa syarikat besar di Malaysia beberapa tahun dahulu namun pembukaan pejabat rasmi di Kuala Lumpur adalah titik tolak kepada permulaan empayar konspirasi yang sebenar.

Harus diketahui bahawa keluarga Rothschild sekarang tidak lagi menggunakan istilah 'Rothschild' dalam pembinaan penguasaan empayar ekonominya di peringkat dunia. Nama itu sudah menjadi klasik dan sejarah keluarganya dan ia sudah dikecam diperingkat antarabangsa melalui pendedahan pelbagai kes-kes konspirasi.
Kini keluarga Rothschild menjalankan aktiviti konspirasinya melalui bank-bank pelaburan yang mempunyai sejarah tersendiri yang walaupun pada dasarnya tidak kelihatan berkaitan dengan Rothschild tetapi hakikat yang sebenarnya ialah ia dikuasai sepenuhnya oleh keluarga Rothschild dalam kaedah yang sangat licik dan sistematik.

Cawangan pejabat organisasi Rothschild di Malaysia sudah lama di daftarkan di
Tingkat 29, Menara UBN, Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. (No. Tel: 03-2687 0966).

Tetapi apabila Goldman Sachs (cawangan Bank Rothschild) membuka pejabat barunya di Kuala Lumpur kelak, tidak dapat dipastikan adakah mereka akan menggunakan alamat yang sama seperti di atas atau sebaliknya. Kemungkinan juga Goldman akan menggunakan cara APCO Worldwide memasuki Malaysia iaitu dengan cara menggunakan alamat pejabat Mind Team Sdn Bhd di Midvalley, Kuala Lumpur serta beroperasi di pejabat yang sama.

kantoi! "ahli PAS" gombak yg konon keluar parti adalah polis yg mengganas masa BERSIH!



ngat lagi tak artikel polis "jahat" yang menutup muka menggunakan bandana serta memukul orang masa perhimpunan BERSIH 2.0 tempuh hari, mereka menyembunyikan identiti mereka supaya tidak mudah dikesan, namun apakah pendedahan dari blog Omak Kau !!!! itu membongkar misteri identiti lelaki berkenaan,

Mari baca artikel

PENDEDAHAN EKSKLUSIF!!!.. KENALI MAMAT "PAS" YANG MASUK UMNO!!!!!!
KETUA ZON PAS GOMBAK MASUK UMNO????? SIAPA MAMAT INI SEBENARNYA...

JENG.....JENG.....JENGGGGGG!!!!!!

Cuba perhatikan dua foto ni baik-baik. Gaya berdiri, dahi, mata, telinga, tubuh badan dan lengan. Ini kes pelanduk dua serupa? Atau memang spesis yang sama.

Berikut kenyataan polis mengenai mamat di dalam gambar ini -

Pihak polis telah mengenal pasti anggotanya pada perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu didakwa menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam usaha cuba menyuraikan penunjuk perasaan itu.
Ketika dihubungi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata laporan polis telah dibuat ke atas anggota itu - yang didapati memakai bandana (kain tutup muka) semasa perhimpunan itu - tetapi tiada pendakwaan akan dilakukan."Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan tiada tindakan selanjutnya boleh diambil terhadapnya kerana ketiadaan saksi," katanya kepada Malaysiakini.

Gambar dia bertaburan dalam Internet, polis boleh kata takde bukti? Macam ada yang tak kena jer. Betoi ke orang tu anggota polis? Takde tag nama dan pakai bandana serta bawa buku lima tu masuk dalam SOP polis ke? Atau dia pakai bandana sebab takut dikenali?

Ini pulak kata PAS tentang mamat yang mengaku ketua zon ni:

Bila masa PAS lantik dia (Mohd Jais) jadi ketua zon ... aku pun tak tahu... lagipun geng nie masuk Pas dulu, tak pernah mai surau pun...duk pakai seluar pendek.. duk karaoke depan umah..
- SU PAS kg Kerdas.

Pstttt........Kalau rupa pun dah sama maka serupa jugalah perangainya ... kan kan kan.....Dengar bunyinya Hassan Ali Akidah seronok sakan sebab dikatakan begitu ramai ahli PAS keluar parti kerana kes pemecatannya.....Pelik juga....dikawasan sendiri beliau ditolak untuk dicalunkan bertanding mempertahankan kerusi DUN Gombak Setia.... macam mana ahli semuanya keluar parti?....kikikikikikikikiki....nampak sangat nipu nya..

menghalusi rombakan exco selangor...



seperti yg kita tau, MB selangor Tan Sri Khalid Ibrahim merombak kabinet exconya dengan melantik ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan dan khalid sendiri memegang exco Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

ramai org, termasuk org2 PAS mempersoalkan rasionaliti tindakan itu, esp bila excp agama tidak diberikan kepada org PAS. media2 dan puak2 UMNO lak sakan la ambik hal ni sebagai point. tapi hasil perbualan ana dgn sorg AJK PAS Pusat siang tadi (tak yah la bgtau sapa sebab ni pandangan peribadi dia) telah membuka mata ana mengenai rasionaliti tindakan ini.

1) dr yunus mmg relatively unknown, tapi dalam masa yg sama dia juga seorg yg tegas - dibuktikan dgn kes samannya terhadap NSTP dan Fatah Iskandar pada tahun 2004 yg mana dia menang kes tu. tu subtopik la.

2) pasal exco agama lak, kenapa tak diberi kpd PAS? ana jawab soalan ni dengan satu soalan - ingat tak kes JAIS bagi duit zakat tolong perlis tak lama dulu? sapakah yg bebetul menembak JAIS masa tu kaw2? tak lain tak bukan, dr rani. memandangkan JAIS dan MAIS masih banyak mengandungi juak2 UMNO esp bahagian top officer, maka utk meletakkan dr rani atau memana wakil PAS kat situ adalah satu tindakan berisiko amat tinggi. JAIS dan MAIS boleh je balas dendam terhadap dr rani dan PAS dgn buat tindakan membelakangkan exco ke, lawan cakap exco ke - u'll get the idea.

so, khalid ambil keputusan utk handle sendiri portfolio agama upaya biar dia sendiri berhadapan dgn puak2 UMNO dalam JAIS dan MAIS tu. MB ada linkage direct dengan sultan so JAIS dan MAIS pastinya akan pk 2-3 kali kalau nak buat dajal. tindakan khalid ambilalih exco agama bukan disebabkan dia ni pious atau warak atau ustaz, tapi sebab dia nak manage situasi agar tak timbul lagi kontroversi2 mengarut mcm tarik tauliah penceramah ke apa ke. ini terbukti tak lama dulu bila khalidlah orgnya yg berjaya mendapatkan jalan penyelesaian berhubung isu jualan arak di kedai2 area melayu muslim.

so kepada sahabat2 PR esp PAS, usahlah bersedih dan kecewa. kekadang, semua ni ibarat main chess - kita biarkan musuh makan pawn atau rook kita agar kita mampu carik ruang nak checkmate king pihak lawan. wallahu a'lam.

Balak oh balak...kenapa PAS dpt banyak tapi BN dapat sikit?



"Semasa Umno BN perintah Kedah dulu, nampaknya balak dinilai dengan harga RM1,000 untuk satu ekar, tetapi setelah Datuk Seri Azizan menjadi menteri besar, satu ekar balak dinilai dengan harga RM19,000. "Keluasannya sama, jadi mana perginya RM18,000 lagi semasa Umno BN memerintah Kedah dulu?"

Azizan tingkat hasil balak, mana pergi masa BN
KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata seorang pemimpin yang berintegriti sehingga menjadikan pendapatan negeri itu meningkat berkali ganda berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu.

Disebabkan kebolehan dan kejujuran Azizan dalam mentadbir negeri, hasil balak di Kedah sahaja mencatatkan keuntungan berkali ganda, apabila ia ditangani dengan baik, sejajar dengan amanah yang diserahkan kepadanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Azizan seorang ustaz yang diragui kebolehannya untuk menjadi pemimpin oleh sesetengah pihak khususnya Umno BN, tetapi beliau kini ternyata seorang yang berkebolehan dan berintegriti.

Menurutnya, setelah Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, semua pihak telah tahu hasil balak di Kedah telah meningkat sehingga menyebabkan semua pihak tertanya-tanya ke mana perginya hasil balak semasa BN memerintah Kedah dulu.

"Semasa Umno BN perintah Kedah dulu, nampaknya balak dinilai dengan harga RM1,000 untuk satu ekar, tetapi setelah Datuk Seri Azizan menjadi menteri besar, satu ekar balak dinilai dengan harga RM19,000.

"Keluasannya sama, jadi mana perginya RM18,000 lagi semasa Umno BN memerintah Kedah dulu?" tanya beliau sinis sebagai mengulas perkembangan memberangsangkan bagi ekonomi Kedah setelah berada di bawah pemerintahan PAS atau Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, dengan perkembangan yang memerangsangkan itu, kini semua pihak boleh menilai betapa berbezanya sesebuah kerajaan itu apabila ia dipimpin oleh seseorang yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan bersikap jujur, berbanding mereka yang dikatakan bijak dalam memimpin tetapi tidak jujur, penuh rasuah dan sering melakukan penyalahgunaan kuasa.

Ketika berucap pada acara Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 perwakilan.

Katanya, dengan peningkatan hasil negeri yang sedemikian tinggi, Azizan ternyata telah berkemampuan mematikan dakwaan tidak berasas pihak-pihak tertentu selama ini yang kononnya golongan agama, ustaz atau ulama tidak boleh menjadi pemimpin kerajaan.

"Malah dengan peningkatan hasil negeri setelah Kedah berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan, rakyat Kedah ternyata turut berbangga kerana akan dapat dibela dengan lebih menyeluruh berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu yang hanya memberikan bantuan kepada kroni-kroni pemimpin parti itu sahaja," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR.

Manakala dalam satu kenyataan, Datuk Seri Azizan berkata, Kerajaan Kedah di bawah Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan hasil balak hampir 205 peratus berbanding hasil yang dikutip oleh BN semasa pemerintahan mereka sebelum ini.

Harakahdaily pada 3 Januari lalu melaporkan Azizan berkata, pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri.

"Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.

"Namun begitu pada tahun 2010 hasilnya premium balak berjaya mencecah sehingga RM50 juta," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Beliau berkata, hasil ketelusan dan sistem tender terbuka yang menjadi polisi kepada Kerajaan Kedah turut membuktikan bahawa gejala rasuah dan kronisme dapat dielakkan.

Sebelum ini Ketua Audit Negara telah melaporkan Kedah berjaya meningkatkan pendapatan dari hasil balak sebanyak 205 peratus pada tahun 2010 jika dibandingkan dengan tahun sebelum 2008 semasa pemerintahan BN dengan mendapat pulangan dalam lingkungan RM8 juta sahaja.

selamatkan akidah? check ur stand la...

kecoh tul si polan tu pasal "nak selamatkan akidah ummah".

apa maksudnya dengan selamatkan akidah? mengutuk agenda murtad semata2 ke? bagaimana pulak dengan kewujudan pihak2 yg terang2an memperlekehkan hukum hakam Allah? yg melanggar perintah Allah dengan sengaja berulang kali umpamanya tidak menutup aurat? bagaimana pula dengan umat Islam yg masih menyokong agenda mungkar seperti meminum arak atau memiliki saham dalam syarikat arak?

nak selamatkan akidah bukan citer rush gereja atau rush kelab hiburan je beb. selamatkan akidah tu berpaksikan pendidikan yg mantap dan berterusan mengenai Islam terhadap diri masyarakat sejak kecil lagi. ini kalau masa kecik pun pengetahuan agama dianggap sebagai pengetahuan second class di sekolah2 misalnya, mcm mana nak citer memantapkan akidah?

kalau betul nak selamatkan akidah,

1 - mantapkan pelajaran agama di sekolah2. jadikan matapelajaran agama tu matapelajaran WAJIB LULUS dan bukan sekadar melengkapkan paper. lebihkan masa pembelajaran agama di sekolah2. kalau maths ke BM ke BI ke boleh sampai diadakan 2 waktu belajar dalam sehari, kenapa tidak matapelajaran agama? kelas2 KAFA mesti dimantapkan dan jangan asyik citer belajar tajwid al Quran je.

2 - mantapkan jabatan agama Islam. jangan la jabatan agama kita ni kejenya hanya tangkap org buat maksiat atau just tangkap penceramah tanpa tauliah. pasal zakat umpamanya - pastikan sebagaimana jabatan2 agama tu bersungguh2 memastikan org ramai bayar zakat seperti melalui potongan bank umpamanya, mcm tu gak depa kena bersungguh2 mencari asnaf2 yg layak diberi zakat. dah la nak pohon zakat mengalahkan nak buat loan beratus juta kat bank!

itu baru dua yg terfikir di otak. banyak lagi sebenarnya. secara asasnya, kalau nak cabut pokok, cabut dari akar dan bukan sekadar tebang pokok.

wallahu a'lam.

KFCH dan QSR bakal dikuasai entiti asing?



JOHOR BAHRU – Setelah mendapat desakan daripada PAS Johor berhubung isu pengambilan QSR dan KFCH oleh JCORP, Dato’ Abdul Ghani Othman yang merupakan Menteri Besar Negeri Johor telah membuat kenyataan akhbar kali pertama berhubung isu berkenaan seperti yang disiarkan oleh Berita Harian edisi Khamis, 5 Januari 2012 dan Harian Metro edisi Jumaat, 6 Januari 2012.

PAS Johor semalam, telah membuat sidang akhbar sebagai kenyataan balas terhadap kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Besar.

Kenyataan akhbar kali ini dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato’ Dr. Mahfodz Bin Muhamed.

Di dalam kenyataan akhbar sebelum ini, Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman telah membuat beberapa kenyataan bohong dan mengelirukan rakyat Negeri Johor.

Antara kenyataan beliau adalah seperti berikut

1. Pengambilalihan tidak melibatkan pihak asing. JCORP hanya meningkatkan saham dalam QSR dari 33% kepada 51% dan dalam KFCH dari 17% kepada 51%.

- Kenyataan cuba untuk mengelirukan dan memperbodohkan rakyat Johor. Bukankah JCORP bekerjasama dengan CVC Capital Partners (CVC) menubuhkan syarikat tujuan khas (special vehicle purpose) iaitu Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) yang mana JCORP memegang 51% kepentingannya manakala 49% lagi dipegang oleh CVC.

CVC merupakan sebuah firma equiti persendirian dan perunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) yang dipercayai mendapat sokongan kuat dari yahudi.

Pada tahun 1993, CVC telah diambilalih oleh pihak pengurusannya daripada Citigroup dan ditukar nama kepada CVC Capital Partners.

Bukankah sebaik sahaja pengambilalihan ini selesai maka secara langsung 49% kepentingan dalam QSR dan KFCH akan terlepas kepada pihak asing?

2. Pengambilalihan keseluruhan kepentingan QSR dan KFCH melalui MESB adalah sebahagian ‘Proses Rasionalisasi’ perniagaan JCORP agar bahagian tertentunya menumpu kepada perniagaan utama seperti Kulim (M) Berhad tidak lagi terlibatdalam perniagaan runcit makanan tetapi menumpukan kepada perniagaan utamanya sahaja iaitu perladangan.

- ‘Proses Rasionalisasi’ dilaksanakan dalam dunia korporat bilamana sesuatu organisasi perniagaan menghadapi masalah di dalam pentadbirannya atau perniagaannya tidak mencapai prestasi yang diharapkan.

Di dalam kes QSR dan KFCH, keua-dua syarikat adalah merupakan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan kedua-dua syarikat tersebut telah mencatatkan prestasii yang sangat baik dari segi jualan, keuntungan dan jumlah bilangan outlet sepanjang berada di bawah pengurusan Kulim (M) Bhd. Dengan kata lain QSR dan KFCH bukanlah syarikat yang ‘tenat’ seebaliknya merupakan ‘syarikat lubuk emas JCORP’ dengan jualan kasar mencecah RM 3 bilion setahun.

Adalah menjadi amalan biasa sesebuah syarikat terlibat dengan beberapa jenis perniagaan terutama ianya sangat baik jika dilihat daripada segi pengagihan risiko perniagaan (business risk diversification). Apa yang dilaksana oleh Kulim (M) Bhd. Dengan terlibat dalam sektor perladangan dan perniagaan runcit makanan adalah perkara biasa.

Antara prestasi cemerlang KFCH adalah peningkatan keuntungan kasar dari RM 65 juta (2005 sebelum diambilalih oleh JCORP) kepada RM 222 juta pada tahun 2010 (peningkatan 241%).

Prestasi cemerlang ini juga telah memberikan kepercayaan pemegang francais utama KFC untuk memberikan hak francais KFC di Singapura, Brunei, Combodia, dan India kepada KFC Malaysia.

3. CVC dipilih sebagai rakan kongsi JCORP kerana prestasi cemerlang dan pengalaman luasnya menguruskan perniagaan yang sama dan berpengalaman dalam membuat pelaburan di rantau ini.

- Kenyataan ini merupakan satu lagi pembohongan Menteri Besar Johor kepada rakyat Johor. CVC adalah syarikat ekuiti persendirian dan perunding pelaburan dan bukannya pengendali rangkaian restoran makanan.
CVC sebenarnya langsung tidak mempunyai pengalaman dalam mengeendalikan perniagaan rangkaian restoran makanan.

Apa yang dirancang oleh MESB adalah untuk kemungkinan membawa masuk Mr. Art Rautio, bekas Timbalan Presiden dan Pengarah Urusan (Managing Director) Yum! Restaurants International berpangkalan di Singapura.

Beliau adalah lulusan Havards Business School, USA dan memiliki 23 tahun pengalaman kerja dengan PepsiCo dan 14 tahun berpengalaman kerja dengan Yum! Restaurants Asia di Singapura.

Yum! Restaurants Asia melalui Yum! Restaurants (India) Pvt. Ltd. Juga mengendalikan rangkaian Restoran KFC di India milik KFCH Malaysia.

4. Pengambilalihan QSR dan KFCH akan dibiayai kombinasi tunai (ekuiti) dan hutang. Namun hutang yang ditanggung bukan pada JCORP sahaja, tetapi pada syarikat yang akan mengambilalih QSR dan KFCH. Dalam hal ini hutang itu akan disandarkan kepada kekuatan aliran tunai QSR dan KFCH.

- Kos keseluruhan pengambialihan adalah RM 5.2 bilion. Kemungkinan apa yang akan dilakukan adalah mmasing-masing pihak (JCORP dan CVC) akan mengeluarkan modal awalan sebanyak RM500 juta bagi membolehkan MESB memiliki modal pusingan RM 1 bilion.

Baki RM 4.2 bilion akan diperoleh dengan membuat pinjaman atas nama QSR dan KFCH bersandarkan kepada kekuatan aliran tunai mereka.

Sebahagian dari hasil pengambilalihan RM 5.2 bilion yang diperoleh akan dimiliki oleh JCORP. Keuntungan ini akan dapat menampung kembali pusingan modal RM 500 juta yang dikeluarkan oleh JCORP.

Benarlah JCORP tidak menambah hutang di peringkat JCORP, sebaliknya menambah hutang di peringkat kumpulan iaitu QSR dan KFCH akan berhutang bagi meembiayai kos pengambilalihan itu.

Dalam kenyataan akhbar kali ini, Tuan Haji Dzulkefly, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor menyimpulkan bahawa,” PAS Negeri Johor sangat bimbang apabila QSR dan KFCH dibebankan dengan hutang maka sudah tentu akan menjelaskan prestasi dan keuntungan QSR dan KFCH, malah ianya juga akan membantutkan program perkembangan syarikat tersebut pada masa hadapan.”

Tambah beliau lagi, PAS Negeri Johor juga bimbang, selepas pengambilalihan hutang JCORP tidak selesai malah anak syarikatnya QSR dan KFCH pula akan terlibat dengan bebanan hutang.

Turut hadir dalam sidang akhbar ini ialah YDP PAS Johor Bahru dan Ketua Pemuda PAS Johor.

ULASAN ANA PULAK? SATU LAGI EKUITI MELAYU BUMIPUTERA AKAN HILANG DISADAK ORG ASING HASIL "KEBIJAKSANAAN" UMNO.

UMNOlah pengkhianat bangsa dan negara!



apakah ayat cliche puak2 UMNO? "undi UMNO utk martabat melayu", "UMNOlah nyawa melayu", "ketuanan melayu", "DAP musuh melayu dan pengkhianat negara" whatsoever. tebal sangat sentimen kemelayuannya sampai nak jelak dibaca.

tapi perlu diingat, disaat depa melolong2 pasal melayu, jangan lupakan hakikat bahawa kerajaan tunjangan UMNO inilah yg semakin hari semakin melenyapkan bukan sahaja martabat melayu, tetapi negara itu sendiri. daripada kes2 lapuk seperti tanah rizab yg terhakis, saham bumiputera yg lesap serta kampung2 melayu diradak utk dibuat kondo, mereka gak bertanggungjawab menyebabkan kepentingan negara sikit demi sikit ilang.

sapa yg jual tanah kita kat tanjong pagar? menjual 2 pulau kita kepada pihak luar? menandatangani perjanjian konsultansi (dan seterusnya berkongsi rahsia negara) dengan proksi zionis?

sapakan yg menyebabkan negara kita berhutang beratus billion? menggadai negara dengan pemberian komisen2 yg tak masuk akal? menaikkan indeks rasuah negara? sehinggakan idris jala penah kata kita akan bankrap pada tahun 2020 (yg lepas tu dia tarik baik secara tergesa2)? sapa yg jual kerakyatan kita sesenang kepada warga asing semata2 utk mengekalkan kuasa?

tak yah citer ketuanan melayu la. kalau dibiarkan, usahkan melayu, negara kita ni pun akan tergadai. APA GUNA KETUANAN MELAYU SEKIRANYA MELAYU INI TIDAK ADA NEGARA UNTUK DIDUDUKI LEPAS NI?

sasterawan bengang kenyataan disalahtafsir - UTUSAN BONGOK!



SATU LAGI AKHBAR BERBAHASA MELAYU JADI PENCACAI UMNO,LAIN ORG UCAP,LAIN YG DIA LAPOR........
Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh menyatakan kekecewaannya terhadap laporan sebuah harian berbahasa Melayu berhubung laporan yang mendakwa DAP "membinasakan" identiti Melayu.

Katanya, laporan Berita Harian bertarikh 14 Januari -- bertajuk "DAP binasakan identiti Melayu: Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah"-- tidak betul dan tidak menggambarkan apa yang diucapkannya.

"Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka - tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis.

"Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini," katanya.

Dr Muhammad berkata, beliau tidak berminat menyokong kerajaan mana pun, sebaliknya hanya bertindak sebagai "pemerhati dan pengkaji orang Melayu dan orang Malaysia di Pulau Pinang" dan ingin mengetengahkan masalah mereka.

"Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Dalam kenyatannya semalam, Dr Muhammad menegaskan, masih terdapat orang Malaysia yang "tidak berfikir dari sudut dan untuk parti" dan sebagai penulis, beliau ingin melihat dan berfikir dengan saksama.

"Harap jangan diheret saya ke kancah perkelahian politik. Pengarang ialah kata hati masyarakat dan kami ingin menjalankan tugas kami dengan jujur," katanya lagi.

Sehubungan itu, ekoran salah lapor itu, beliau berkata, Berita Harian bertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafiannya.

muslimat over?



berikut adalah jawapan drpd Aiman Athirah Al Jundi berkenaan isu "muslimat PAS semasa 901" tu. bagi ana, jawapan yg diberikan adalah memadai.

1. Tajuk "Muslimat PAS Hilang Akal Atas Jalan Raya" pun dah cukup membuktikan bahawa yg buat rakaman utk tujuan upload ke youtube dan bagi tajuk tersebut adalah orang yg berniat jahat dan bencikan/anti DSAI serta TIDAK GEMBIRA dengan pembebasan DSAI.
2. Semua seruan adalah bersifat semangat dan bangkitkan semangat. Seruan biasa ketika kita berhimpun. Tidak mendayu dayu. Tidak menimbulkan syahwat. Manifestasi kebencian rakyat kpd Regim. Senikata bencikan Regim yg dzalim.
3. Kehadiran sekitar bukan semua Muslimat PAS, tetapi wanita pelbagai golongan.
4. Darihal perkataan UMNO Hancur/ UMNO Mampus pun memang kita nak depa kita kuburkan kan pada PRU13.
5. Ini adalah situasi ketika hampir bersurai, closing. Sebelum itu kita buat Sudut Munajat, pertama kali dalam sejarah himpunan kita, untuk wanita dan lead by Muslimat.
6. Sudut Munajat bermula dgn Dzikir Astaghfar Robbal Baroya...Sunnat Dhuha, Al Ma'thurat, Yaasin dan bila istihar kemenagna kita semua lead Sujud Syukur 2x.
7. Ketika bergerak keluar kita solawat. Dan atas permintaan rakan-rakan bukan PAS mahu kita laungkan kata2 semangat maka...itulah yg ada dalam youtube ini.
8. Orang yg hanya mahu menampakkan keburukan adalah orang yg memandang dpd mata Langau. Yg melihat kebaikan adalah org yg melihat dpd Mata Lebah.

apapun, beliau menghargai dan memperakui setiap teguran dan berjanji akan memperbaiki apa yg terkurang dan membetulkan apa yg tersilap pada masa hadapan. syabas muslimat.

Samy Vellu dalam kenangan...hahaha



Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.

Islam dan demonstrasi - penjelasan Dr MAZA.



Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?

Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).

Demonstrasi Aman

Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

(dipetik dr drmaza.

amalina...oh emak amalina...



“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,”

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009."

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,”

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,”

ini adalah komen2 "pembelaan" ibu pelajar cemerlang, nur amalina che bakri iaitu cikgu Sabariah Hassan.

so, dah jelas dan nyatalah bahawa SEMUA GAMBAR YG DIDEDAHKAN ITU ADALAH GAMBAR AMALINA. dan ternyatalah amalina kaler rambut, pakai baju yg seksi meksi serta berpeluk dengan jantan mat saleh tu adalah ATAS RESTU IBUNYA SENDIRI.

sekian, i rest my case.

Jom Gi Kuliah!



USTAZ AZHAR IDRUS!

satu nama yg menjadi fenomena yg amat gempak di bumi malaysia skang ni. mana tak nya - di sana sini org akan berbicara ttg Ustaz Azhar Idrus, mengagumi ceramah2nya, menghayati lawak2nya, malah terkesan dengan pengisiannya. dia bukan sorg lulusan bumi arab, tetapi pengisian2 beliau mengenai agama "from the other vantage point" begitu menyegarkan dan menarik minat bukan sahaja golongan yg mmg beragama, tetapi golongan2 yg selama ni lagha dan leka pun mula memberikan perhatian.

tak penah2 beb aku nampak segolongan ahlil muzik yg rambut panjang, selama ni pakai t shirt ganas2 alih2 datang ceramah Ustaz Azhar Idrus - siap dengan bangganya swap baju2 rock depa dengan baju2 tertera perkataan "Jom Gi Kuliah". besar tul impak positif yg dibawak oleh beliau.

tapi dalam pada tu, ada je yg menentang dan mengutuk. tapi kalau kita kaji2 balik, yg menentang dan mengutuk Ustaz Azhar Idrus ni - dalam fesbuk at least - adalah golongan yg tak tutup aurat, golongan yg tak nampak siqqah Islamiyyah dan - sorry to say - puak2 UMNO. tak menghairankan - syaitan mana suka manusia diseru ke arah kebaikan. sampai ada tahap blogger UMNO tuduh Ustaz Azhar Idrus berzina! na'uzubillah.

aku tak terkejut kalau one day Ustaz Azhar Idrus akan dikenakan tuduhan mengajar ajaran sesat la mengajar tanpa tauliah la apa la semata2 utk menyekat kuliah2 agama beliau seterusnya menghalang lebih ramai "belia sosial" berhijrah ke arah fitrah seterusnya mengenali dan menghayati Islam. bagi UMNO terutamanya, ini amat menakutkan mereka. bukankah kejahilan rakyat terhadap agama itu satu kebaikan buat UMNO?

apapun, yg baik kita sokong dan yg mungkar kita tentang. teruskan usaha anda Ustaz Azhar Idrus dalam mendidik masyarakat dengan cara anda sendiri. semua Allah memberkati.

nasib student kita - dan masa depan kita.



tak lama dulu, kerajaan UMNO negeri terengganu mengambil keputusan utk mengurangkan penghantaran pelajar2 ke mesir, khususnya al azhar, dan juga menghantar pelajar2 ke timur tengah secara berperingkat. menteri besarnya, ahmad said beralasan kononnya student2 tu, yg kononnya guna duit kerajaan (baca - duit rakyat) bukannya belajar, tapi duk berpolitik. padahal tak penah dengar pun student kita flop kat azhar sebab duk berpolitik.

agaknya, ahmad said tanak pelajar2 kita, generasi muda kita akan dtg celik agama kot. kalau celik agama, automatically depa akan menentang UMNO.

depa lagi berminat utk hantar bebudak tu pi eropah - england ke apa ke - so that depa akan terdedah dengan budaya sekular dan kalau menjadik, akan jadi hanyut lalu jauh dari agama. boleh jadi lifeline BN.

agaknya, depa nak student2 kita jadi mcm dalam gambar ni kot..

revolusi akan berlaku!



apakah yg mencetuskan revolusi di tunisia, dan negara2 arab yg lain sehingga terjatuhnya segala pemerintahan diktator satu demi satu mcm domino? semuanya bermula akibat tindakan sorg penjual buah (yg juga sorg student), Mohamed Bouazizi yg membakar dirinya sampai mati selepas pihak berkuasa merobohkan gerai buahnya - yg juga merupakan satu2nya sumber mata pencariannya.

peristiwa tragis itu membangkitkan kemarahan rakyat tunisia yg selama ini ditindas secara halus oleh rejim yg berkuasa, lalu memberontak seterusnya menjatuhkan pemerintahan ala kuku besi Zine al-Abidine Ben Ali, dan seterusnya merebak ke seluruh benua arab.

apakah kejadian yg menimpa Safwan Anang hari ini akan menjadi petanda kebangkitan rakyat malaysia menentang kezaliman dan kebejatan UMNO BN? INSYA ALLAH!

Polis polis polis!



apakah "keganasan" yg dicetuskan oleh pemimpin2 masa depan negara di UPSI ini sehingga membolehkan polis (baca - anjing UMNO) membelasah depa separuh mati?

apakah mereka bawak c4?

apakah mereka menghunuskan paran panjang baru berkilat?

apakah mereka membaling tear gas ke atas polis?

ataupun "keganasan" mereka hanyalah berhimpun menentang satu akta drakonian yg mengarut - tapi dianggap UMNO sebagai mengancam keselamatan negara? keselamatan sapa yg terancam sebenarnya - malaysia atau UMNO?

apakah polis2 ini menjaga keselamatan negara dan rakyatnya atau UMNO semata2?

terima kasih para anjing UMNO sekalian - anda memudahkan tugas kami utk menjatuhkan UMNO.

Lompat parti? berapa kali??

baru2 ni, kecoh diperkatakan kononnya 500 org ahli AMK Taman Permata keluar parti dan menyertai UMNO.

ni berita dia -

KUALA LUMPUR 26 Dis. - 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.

Jurucakap kumpulan itu, MOHD JEFRY SALEHUDDIN berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun... dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara... tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

tapi, nama jurucakap tu bebetul ring the bell, lalu sahabat aku Ibnu Mas'ud pun menggoogle nama jurucakap tersebut, lalu terkeluarlah berita ini pula -

12 Okt 2011: 100 orang PKR Tmn Permata, Ulu Kelang sertai UMNO
Seramai 100 orang ahli PKR Cabang Taman Permata telah keluar parti pada malam ini dan menyertai UMNO Bahagian Gombak. Kumpulan ini diketuai oleh Sdra MOHD JEFRY SALEHUDDIN, AMK Taman Permata telah membawa ahli mereka berjumpa dengan Tuan Haji Rahim Kamarudin, Ketua UMNO Bahagian Gombak dan menyerahkan salinan Kad Pengenalan mereka untuk menyertai UMNO Gombak.

soalan - berapa kali MOHD JEFRY SALEHUDDIN ni nak keluar parti? ke masa 12 oktober tu dia keluar, pastu masuk balik, pastu keluar balik pada 26 disember dengan menarik lebih ramai pengikut?

plus - penghijrahan 439 ahli2 MCA di penang baru2 ni membawa kepada terbubarnya 3 cawangan MCA di situ. takkan la 500 AMK (ulang, AMK!) keluar parti, cawangan taman permata tak bubar kot?

nak nipu pun agak2 la...

antara fasik dan kafir..



Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

apakah itu org2 fasik? Orang fasik adalah orang Mukmin atau orang Muslim yang secara sedar melanggar ajaran Allah (Islam) atau dengan kata lain org tersebut percaya akan adanya Allah, percaya akan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetapi dalam tindak perbuatannya mereka mengingkari terhadap Allah dan hukumNya, selalu berbuat kerosakan dan kemaksiatan.

so berdasarkan penerangan ringkas ni, sapakah yg obvious org2 fasik kat sini?

dan kenapa Allah berfirman "berhati2 dg org fasik" dan bukannya "kafir"?

Hakikat sebenar UMNO...



KUALA LUMPUR: Ketika Umno menonjolkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan dan ketuanan Melayu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan antara pengasas parti itu, merupakan seorang penjajah berbangsa Inggeris.

Perkara itu diketahui ketika SAMM membuat kajian ke Johor dan meneliti pelbagai bahan berkaitan sejarah Bukit Kepong baru-baru ini.

Menurut Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, terdapat banyak fakta sejarah yang dirahsiakan dari pengetahuan umum, termasuk keahlian seorang British bernama Dr Charles Joseph Pemberton Paglar dalam Umno.

“Umno telah ditubuhkan dengan keahlian bukan Melayu. Ahli nombor 6 ini seorang doktor perubatan dan bukan Melayu. Dia merupakan anak kepada British and Indian descendants, berasal dari Alor Gajah, Perak,” kata Badrul dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Badrul, ketika Sir Harold Mc Michael, ditugaskan ke London pada 1945 untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu bagi menubuhkan Malayan Union, Sultan Ibrahim iaitu Sultan Johor enggan menandatangani perjanjian tersebut.

“Tanpa tandatangan Sultan Ibrahim sudah tentu perjanjian tersebut tidak bernilai. Pelbagai helah digunakan termasuk mempengaruhi anak Sultan Ibrahim. Ketika inilah ahli pengasas Umno dengan keahlian nombor 6 itu muncul,” kata Badrul atau dikenali Chegu Bard.

Menurutnya lagi, Sultan berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian tetapi pengasas Umno, Dato’ Onn Jaafar berusaha bersungguh-sungguh memujuk Sultan Ibrahim sehingga menggunakan Dr. Paglar yang sememangnya rapat dengan baginda.

“Akhirnya Dr Paglar berjaya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tandatangan Sultan bagi pihak Mc Michael. Kemudian Umno pun ditubuhkan di Istana Johor dan Dr Charles Joseph Pemberton Paglar diberi keahlian UMNO bernombor # 000006,” kata Chegu Bard.

Justeru, Chegu Bard menimbulkan beberapa persoalan untuk dijawab oleh Umno, antaranya asas penubuhan Umno dan mengapa antara pengasasnya adalah bukan Melayu.

“Adakah benar teori ketika desakan kemerdekaan makin kuat, British telah haramkan semua organisasi yang desak merdeka dan tangkap serta buru semua yang terlibat mendesak merdeka. Maka dirancang tubuhnya sebuah organisasi untuk menyamar sebagai pejuang,” ujarnya.

Menurut Chegu Bard, British tahu mereka tidak mampu meyakinkan orang ramai dengan menubuhkan organisasi baru ciptaan penjajah itu, justeru telah membuat perjanjian menubuhkan Malayan Union.

“British tahu penduduk tanahair ini tidak akan setuju dengan Malayan Union khususnya orang Melayu dan peluang inilah untuk memunculkan tokoh-tokoh dan organisasi baru ciptaan mereka untuk mewarisi pemerintahan negara ini ?

“Apakah sebenarnya berlaku sebenarnya ? Che’GuBard bukan bijak sejarah, macam (Prof Emeritus Tan Sri) Khoo Kay Kim…nanti dia marah lagi. Cuma nak bangkitkan persoalan ini untuk sama kita fikirkan,” tulis beliau.

kenyataan media ustaz nasharuddin mat isa

Berikutan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan secara langsung oleh beberapa pihak terhadap saya sejak kebelakangan ini menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ringkas sebagai penjelasan.

Sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari’ah dan Perbandingan Undang-Undang, saya menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung saya di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan.

Dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga. Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya’, sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia.

Dakwaan kononnya saya “terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu UMNO" adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas. Sepanjang pembabitan saya dalam PAS yang saya terima sebagai wadah menyampaikan suara Islam kepada umat di Malaysia, belum pernah saya ungkapkan bahawa saya akan menyertai UMNO. Justeru, buat kesekian kalinya saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai UMNO. Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar.

Saya harap penjelasan ringkas ini memadai dalam mengukur kesetiaan saya terhadap perjuangan PAS. Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan.

Nasharudin Mat Isa
Kuala Lumpur
21 Disember 2011