Wednesday, June 13, 2012

Puisi - Aku Bukanlah Ustaz



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Aku bukanlah ustaz
Bukan juga guru
Jauh sekali mursyid
Apatah lg mudir
Aku hanya pengembara
Mencari konklusi peri
Mencari hakikat diri
Agar tidak sesat bawah sinar mentari

Aku bukanlah ustaz
Tidak kemananya ilmuku ini
Hanya sedikit sebagai pendinding diri
Tapi tidak mampu untuk dikongsi
Apatah lagi diajari
Hanya mampuku sampaikan
Apa yang telah dibisikkan
Mudah2an, Tuhan berkatikan

Aku bukanlah ustaz
Tidak layak aku mengimpikan wanita solehah
Apatah lagi muslimah ustazah
Sebagai penguat hati yang lemah
Selaku penggerak langkah agar gagah
Namun sungguhku berserah
Kepada Allah Rabbul Izzah
Agar kekalkan diriku dalam fitrah

Aku bukanlah ustaz
Namun aku tidak pantas alpa
Tidakku sanggup tunduk pada dunia
Tidakku mahu hanyut dalam leka
Moga Allah tetapkan jiwa
Agar kekal dijalanNya

Aku bukanlah ustaz
Namun aku tetap penyebar risalah
Oleh Nabi pesuruh Allah
Biar dicemuh atau ditegah
Risalah itu tetap kupersembah
Supaya menjadi manfaat ummah
Moga kuburanku didatangi malaikat yang ramah
Dan Allah kurniakan barakah
Mudah2an kekal aku di dalam jannah

Aku bukanlah ustaz
Namun aku tetap pejuang Islam yang satu
Hidup mulia impianku
Mati syahid matlamatku.

Sesungguhnya Allah Maha Tahu.

1 comment:

  1. saya nk copy leh x?? tp saya ada edit juga sajak ni.. n nk publish. edit banyak la juga.. x mksud asal x lai.. boleh x??

    ReplyDelete