Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, June 10, 2012
Cinta itu anugerah Allah, maka tuntunilah dengan iman...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
2 hari lepas, masa aku tengah bersiap2 nak menulis blog mengenai kes UNISEL, aku mendapat satu inbox msg kat facebook aku dari seorg hamba Allah. Tak perlulah aku sertakan nama dia.
"assalamualaikum ustaz.
ana tertarik dengan kupasan ustaz pasal hal ehwal agama dan ana yakin ustaz ni tinggi ilmunya. saya nak bertanyakan soalan boleh?
1) saya jatuh cinta pandang pertama dekat seorang muslimah. saya hanya berurusan dengan muslimah itu beberapa kali tapi hati saya betul-betul terpaut. apakah wujud perkara macam itu?
2) salahkah saya menyimpan perasaan cinta terhadap seorang muslimah? alhamdulillah, ingatan saya terhadap muslimah itu tak melalaikan saya dalam beribadat, cuma ustaz faham-faham ajalah bila hati dah suka.
dan ustaz boleh tolong hurai tak pasal cinta dalam Islam? t. kasih ustaz."
Termenung panjang bila aku baca soalan ni. Termenung sebab a) aku bukanlah ustaz pun. Ilmu aku tak tinggi mana kalau banding dengan ramai lagi ustaz yang hebat di luar sana. Malah budak2 PASTI pun lagi berilmu dari aku rasanya dan b) kenapa soalan ini? Kenapa sekarang?
Aku boleh menjawab soalan ni sendiri, tetapi ianya akan menjadi tidak adil buat si penanya, dan juga kepada aku sendiri atas sebab2 tertentu. Kebetulan, inilah soalan yang sampai sekarang jawapannya masih belum ada dalam kotak hati aku.
Aku takkan mampu jawab soalan ini sendiri.
Tiba2 aku teringatkan guru aku yg juga sahabat baik aku kat Jenderam, Che An. Dialah insan yang sempoi, yang banyak mengajar aku erti hidup. Yang meraikan aku masa aku lagha dan menyambut aku dengan tangan terbuka semasa aku kembali kepada fitrah. Ya - aku kena jumpa dia. Tapi bila?
Sudahnya, aku ambil keputusan ke Jenderam pada malam itu juga. Aku tau Che An akan tahajjud jam 3 lebih so aku pun merancang nak bertolak ke Jenderam selepas habis niaga. By pukul 2, aku mula hit the road menaiki motosikal. Saja je aku memilih untuk naik motor sebab satunya nak elak mengantuk. Keduanya untuk aku nikmati keindahan malam yang hening, agar dapat keheningan itu menenangkan jiwa aku.
Jenderam agak jauh berubah sejak kali terakhir aku datang 4 tahun lepas. Jalan2 kampung telah diperbesarkan menjadi jalan ala highway 2 lorong kiri dan kanan, dengan limpahan lampu neon yang terang. Namun, essence kampung masih melekat di sana dan sekolah tahfiz al Jenderami itu pun masih ada - berdiri kukuh. Teringat aku dekat Syeikh Hafiz mudir sekolah itu. Apa khabar dia sekarang?
Aku sampai ke Jenderam lebih kurang 3 lebih, dan sampai2 je ke rumah dia, aku dapati lampu telah pun dinyalakan. Alhamdulillah - dia dah jaga dan mengikut rutin. Aku pi main pakai rambo je ni. Tetiba daun pintu dikuak. Agaknya dia dengar bunyi motosikal kot.
"ehhh..Fais! Subhanallah...buat apa pepagi datang sini? Naik apa?" Aku pun tunjuk kat motor LC celup aku tu.
"hahaha..gila anta nih. Meh masuk! Allah...lamanya tak jumpa.."
Aku pun masuk. "duduk la dulu. Ana nak bersiap kejap." Tengok2, dia keluar dari dapur bawak milo panas. "ana tau anta tak minum kopi. hahahaha.." Tergelak kecik aku.
"apa yang membawa anta ke Jenderam pepagi ni?" Aku diam sejenak, lalu aku pun keluarkan soalan yang ditanyai pada aku tu. Che An senyum, "macam ada lebih dari sekadar soalan itu, Fais. Sebab kalau takat soalan mcm tu, ana yakin anta boleh jawab dengan mudah. Kenapa harus meredah sejuk pagi untuk soalan yang anta tau jawapannya?"
Aku terdiam. Che An pun bangkit. "Jom, kita tahajjud dulu. Lepas tahajjud, kita solat taubat, dan kita buat istikharah." Istikharah?
Aku pun menurut arahannya. Ternyata, selepas menunaikan ibadah2 sunat tersebut, hati aku lebih tenang dan terbuka. Kemudian kami duduk menghadap di ruang kami solat.
"anta bertanyakan tentang cinta pandang pertama? Siapa laa yang bertanya tu ye.." aku tergelak.
"cinta pandang pertama tu wujud. Itu adalah fitrah manusia. Manusia fitrahnya mencintai dan ingin dicintai. Allah wujudkan Hawa buat Adam kerana perasaan Adam yang kesunyian dan inginkan belaian. Dan tak semestinya cinta itu kena ikut cara yang normal - berkenalan, jadi kawan dulu, lepas tu baru nak timbul perasaan cinta dan sebagainya. Kadang2, kalau Allah mengkehendaki, tak sampai lima saat ternampak, terus jatuh hati. Tapi kalau Allah tak bagi, kawanlah selama 5 tahun pun, perasaan cinta tu tak wujud."
"Tapi Che An," aku mencelah, "apakah benar cinta pandang pertama tu merupakan CINTA, atau sekadar nafsu atau perasaan 'tertarik'?"
Che An senyum. "ada bezanya," dia berhenti sekejap, lalu menyambung, "kalau kita sekadar suka atau tertarik, kita akan lupa pada dia tak sampai 2 hari pun dan andaikata kalau kita teringat kat dia selepas tempoh tu, ianya bukan disebabkan perasaan cinta tapi disebabkan kita memilih untuk ingat dia. Benda tu dah jadi tak ikhlas. Tapi kalau benar cinta, kita buat la apa pun - dia sahaja yang terpampang depan mata. Betul?"
dia menyambung lagi, "benda ni sebenarnya tidak mustahil, Fais. Allah kan berfirman dalam surah Yasin, 'kalau Dia mengkehendaki, maka Dia hanya perlu kata jadi'?"
"Allah ciptakan kita. Dia Maha Tahu apakah kualiti yang ada pada hamba2Nya. Dia Tahu apa yang boleh dijana dari hati dan perasaan hamba2Nya. Jadi semua tu tak mustahil."
"then Che An," patahku, "apakah boleh kita menyimpan perasaan pada wanita itu?"
Che An senyum. "menyimpan perasaan itu subjektif. tengok perasaan apa yang kita simpan. Kalau kita simpan perasaan cinta sebab geram awek tu seksi dan rasa nak buat benda2 yang tak elok, benda tu jadi haram. Tapi kalau dengan muslimah yang solehah, takkan kita nak pk benda yang bukan2?
Cinta ini adalah fitrah manusia, Fais. Anta lebih tahu perkara tu. Fitrah itulah yang menjadikan manusia itu sebagai 'manusia'. Haiwan cuma ada nafsu ingin mengawan. Lepas mengawan, memasing buat hal masing2. Tak de tanggungjawab, tak de keinginan nak bersama sepanjang hayat.Tetapi manusia ni Allah dah kata sebagai "sebaik2 kejadian". Dah tentunya dengan fitrah cinta yang Allah berikan ni, kehidupan manusia akan menjadi lebih lengkap. Siapalah manusia tanpa cinta?"
Dia berhenti sekejap, lalu menyambung, "kita tak payah bicara tentang cinta terhadap mak, ayah, negara dll. Kita kekal kepada isu cinta lelaki dan wanita ni. Rasulullah s.a.w bersabda, 'sebaik2 hiasan dunia adalah wanita solehah'. Kan?"
Aku mengangguk.
Dia tersenyum lalu menyambung, "si tukang tanya tu sendiri kata dia tidak terpesong dari ibadatnya lantaran teringatkan muslimah itu. Itu pun dah cukup bagus. Ana yakin, dia tidak memikirkan muslimah tu dengan nafsu tetapi benar dengan rasa kasih yang ikhlas. Insya Allah, Allah akan pelihara depa berdua dari kancah maksiat."
"Namun yang paling penting, carilah cinta Ilahi dulu. Tanpa cinta dariNya, layakkah kita memiliki cinta manusia?"
Suasana hening seketika. Ya, cinta Ilahi itulah yang paling utama. Itulah yang paling patut dicari. Kalau Tuan punya cinta itupun tidak dicari, mana mungkin cinta itu dapat diperolehi dengan penuh keberkatan? Aku tunduk insaf.
Selepas beberapa ketika, aku bertanya, "bagaimana pula dengan masalah ikhtilat? Terutamanya kalau lelaki itu asyik berbual dengan wanita itu - walaupun pakai sms ke facebook ke.."
Che An senyum. "apa yang dibualkan? Hal agama atau hal lagha? Kalau hal agama, tak de masalah, bual la tapi pastikan jangan meleret. Tak perlu sehari sampai berjam2 berbual. Malah kalau sekadar nak bertanya khabar pun, tak de masalah lagi tetapi cukup sekadar itu. Yang jadi masalahnya ialah bila perbualan itu menjurus ke arah kelaghaan, hati dan perasaan, timbul rasa rindu dendam...tu yang tak elok.
Cuma tak digalakkan sangat berjumpa bertentang mata la. Kalau perlu jumpa juga, pastikan masing2 membawa teman dan kalau boleh, bawa mahram yang baligh. Banyak couple zaman sekarang ni buat cukup syarat je - dating bawak adik kecik umur 5-6 tahun. Tu mana aci. Budak tu bukannya reti apa pun."
Tergelak aku.
Dia menyambung, "ikhtilat ni banyak jenisnya. So ana rasa kita lebih mengerti mana satukah ikhtilat yang haram."
Aku diam. Mendengar dengan teliti apa yang disampaikan.
"Fais," dia menyambung, "Jatuh cinta tu tak salah, walaupun yang jatuh cinta tu ialah org yang dah beristeri. Cuma jangan la kita sendiri yang cari sebab nak jatuh cinta, misalnya kita yang pegi mengorat awek ke apa ke...kalau terjatuh tu lain cerita la."
Tersedak aku. Dia menyambung, "sebab tu Allah anugerahkan kita, kaum Adam ni, kebolehan untuk berkahwin lebih dari satu. Sebab memang Allah jadikan anak Adam ini mampu membahagi kasih. Tinggal sama ada kita ni mampu berlaku adil ataupun tidak. Poligami ni benda yang mulia, sunnah Nabi. Cuma banyak sangat berlaku si lelaki menyalahgunakan perkara ni menyebabkan banyak persepsi negatif timbul. Anta ada terfikir nak nikah dua ke?"
Tergelak besar aku. "idak le Che An wehhh...hahahaha...tak de kena mengena ana dengan ini filem."
Dia tergelak, "kalau ada pun apa salahnya, kan?"
"Che An dulu, then ana ikut." balasku. Kami sama2 tergelak.
Jam dah pun menunjukkan pukul 4.45 pagi. Aku pun meminta diri untuk pulang. "Ada program PAS sat lagi." Alasanku bila Che An minta aku stay untuk mengimamkan solat Subuh.
Sewaktu aku hendak menghidupkan motosikal, Che An datang pada aku lalu menghulurkan satu buku lusuh berkulit hijau.
"Amalkan zikir ni", katanya. "Mintalah kepada Allah kerana Dia sebaik2 tempat meminta. Kalau benar itu jodoh yang tertulis, maka pohonlah agar dipermudahkan untuk bersatu. Jika sebaliknya, pohonlah supaya hati ini boleh melupakannya." Dia mengenyit mata.
Aku tersenyum lalu meminta diri. Dalam perjalanan balik, aku terpana - apakah perjalanan aku yang jauh ini untuk mencari jawapan soalan yang ditanya kepada aku, atau aku mencari jawapan untuk diri aku?
Apapun, aku bertemu jawapannya. Dan mudah2an Allah memberkati. Dan kepada sahabat yang bertanya itu, mudah2an, perjalanan aku ini membawa jawapan yang bermanfaat untuk anda jua.
"Wahai jiwa yang tenang . Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Masuklah ke syurgaKu." (al-fajr, 27-30)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment