Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, June 5, 2012
Bertam Nite - penjelasan PKR
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Berikut adalah penjelasan jelas mengenai kejadian tarian ala k-pop di sebuah majlis bernama "Bertam Nite" anjuran PKR dan PR Bertam, yang kini sedang hangat diperkatakan di dunia maya.
Bertam Nite ini diadakan untuk mengumpulkan dana bagi jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat kawasan Bertam. Kira mcm buat dinner jual table la.
Aturcara yang telah ditetapkan ialah Bacaan doa selamat, ucapan dari beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir serta tarian tradisi tiga bangsa yang utama dalam Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang akan dipersembahkan ketika jamuan sedang berlangsung.
Itu adalah aturcara yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua AJK Program yang terdiri dari wakil-wakil parti yang membentuk Pakatan Rakyat menurut Saudara Izmir yang merupakan Pengarah Program yang juga merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya PKR bagi KADUN Bertam.
Tarian yang telah dipersembahkan oleh penari-penari yang ditaja oleh Public Pavilion Holding pada awal persembahan adalah seperti yang dijanjikan tetapi pada slot yang kedua (lihat video di bawah) bukanlah seperti apa yang telah dipersetujui dalam tiga kali mesyuarat program kerana ianya bukanlah mencerminkan budaya sebarang kaum di Malaysia.
Menurut Izmir, beliau teragak-agak untuk menghentikan tarian tersebut kerana khuatir akan menimbulkan rasa kurang senang kaum bukan Melayu yang bukan berugama Islam yang telah hadir dalam ‘Bertam Nite’ tersebut.
Kerana yang hadir dalam Majlis tersebut telah membayar untuk berada di Majlis makan malam itu dengan membeli meja sebagai sumbangan untuk dana pilihanraya.
Bagaimanapun tarian tersebut telah dihentikan setelah mendapat arahan dari Tuan Haji Johari Kassim iaitu individu yang bakal diletakkan sebagai calon oleh PKR bagi DUN Bertam dalam PRU ke 13 ini.
Dari apa yang dijelaskan oleh Tuan Johari Kassim, beliau terkejut dengan apa yang dipersembahkan oleh penari-penari yang ditaja oleh Public Pavilion Holding Sdn. Bhd kerana tidak langsung dimaklumkan akan adanya tarian sebegitu akan dipersembahkan dalam majlis itu oleh pihak penaja.
Menurut Tuan Haji Johari, individu yang mahu menaja persembahan tersebut bukanlah diminta untuk menaja tetapi individu tersebut yang telah bersungguh-sungguh mahu menaja.
Yakin dengan keikhlasan individu tersebut beliau menerima tawaran dari individu yang mewakili Public Pavilion Holding Sdn. Bhd. itu. Cuma difahamkan, pihak yang menaja itu dikatakan merupakan individu yang menentang keras pencalonan Tuan Haji Johari sebagai calon PRU.
Setelah tarian dihentikan Haji Johari telah naik ke pentas bagi memohon maaf bagi pihak penganjur atas tarian yang tidak sepatutnya dipersembahkan di situ pada malam itu.
Dan beliau juga telah meminta pihak penaja menukar persembahan kumpulan yang ditaja mereka itu.
Penyelaras KADUN Bertam, Saudara Asrol juga memberikan jawapan yang sama iaitu tarian tersebut bukanlah antara tarian yang telah dijanjikan oleh pihak penaja.
Ianya diadakan selepas tarian pertama dipersembahkan, tarian yang pertama ialah tarian kebudayaan Melayu tapi tarian yang kedua tidak langsung melambangkan kebudayaan Cina.
Beliau juga melahirkan rasa terkejutnya terhadap insiden ini.
Ini lagi dua penjelasan,, satu dari Ayah Adam Adli dan satu lagi dari AMKPP..
Rentetan dari kejadian ini satu sidang media akan diadakan esok bagi menjelaskan keadaan..
Kenyataan Rasmi dari pihak PKR Bertam dan Penganjur Program BERTAM NITE ...
Satu Sidang Akbar DAN Sidang Video akan diadakan bagi menjawab dan memberi penjelasan atas isu "BERTAM NITE 2012"
TARIKH : 6 JUN 2012 (RABU).
MASA : JAM 5.00 PETANG.
TEMPAT : PEJABAT PENYELARAS KADUN BERTAM
(BILIK GERAKAN PKR BERTAM) 1320,
TINGKAT DUA, TAMAN SEPAKAT,
JALAN BUTTERWORTH,
13200. KEPALA BATAS, PULAU PINANG. (BERSEBELAHAN AFFIN BANK KEPALA BATAS).
SEMUA WARTAWAN, BLOGER-BLOGER, PARA FB TEGAR DAN PENGGUNA MEDIA BARU DIJEMPUT HADIR .
SEKIAN, TERIMA KASIH.
*** pendapat aku? Lain kali, check bebetul dulu sebelum laksana satu2 perkara terutamanya benda yang prone untuk disabotaj sebegini. Dalam politik banyak kes tikam belakang dan sebagai antara bekas ahli UMNO, Johari patut tau budaya tu. Bukan hanya nama individu terpalit busuk, malah semua pihak yang terkait akan menerima palitannya.
Kredit untuk Anak Sungai Derhaka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau dah buat silap , mengaku dan minta maaf saja...tapi kalau boleh cari dalangnya..buatlah apa yg patut..bukan apa kemarin bukan main kita kutuk k pop di putrajaya..bila jadi begini, apa bezanya??.
ReplyDeleteTahniah kepada Tuan Haji Johari Kassim di atas keberanian dan kekuatan tuan untuk menghentikan perkara mungkar tersebut. Bukan wang ringgit yang dinilai, tetapi keberkatan dalam penganjuran majlis tersebut yanglebih diutamakan. kalau puak UMNO mana ada nak mengakui kesilapan. Malah dibanggakan lagi adalah.
ReplyDelete