Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, June 27, 2012
Mana perginya semangat berdakwah?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tak tau kenapa, lately ni aku cukup suka sentuh bab dakwah. Maybe sebab terjangkit dengan aura ustaz Azhar Idrus kot. hehehe...
Cuma kali ni aku nak sentuh tentang satu perkara - iaitu lemahnya perjuangan dakwah di kalangan kita terutamanya selepas kita keluar dari zaman belajar dan universiti.
Memang kebiasaannya sewaktu kita belajar, kita akan terlibat dengan pelbagai gerakan dan pertubuhan ko kurikulum yang menjurus kepada pelbagai maksud dan wasilah serta natijah. Ada yang bersifat sukan, bersifat politik, bersifat kebajikan dan tak kurang juga yang bersifat dakwah dsan harakiyyah. Langkah ini bagus kerana ini pastinya akan melatih kita untuk menjadi pelajar yang cakna dengan isu semasa, lantas memungkinkan kita "menjadi orang" apabila kita keluar dari Univ kelak.
BUkan sedikit antara kita yang menjadi pimpinan persatuan masing2. Ada yang jadi presiden, timbalan, AJK, orang kuat, orang kanan, aktivis berani mati, dan dalam certain2 part mungkin menjadi naqib dan naqibah dalam jemaah usrah masing2. Pendekata, kita mempunyai segala ramuan untuk menjadi "seseorang" bila kita menghadap dunia nyata selepas graduasi. KItalah tunjang masadepan negara.
Tapi, kemanakah kita selepas itu?
Berapa banyak insan yang aku jumpa selepas itu seolah2 bertukar sama sekali selepas belajar. Depa bukan lagi insan hebat seperti sewaktu zaman belajar. Depa jadi leka, lalai dan terlalu preoccupied dengan kehidupan seharian depa. Depa lali dengan kerjaya, keluarga, anak2, mengejar harta dunia dsan sebagainya dan kerja2 aktivis depa hanya dilakukan "bila ada masa" dan "kelapangan".
Alangkah malangnya kerana majoriti yang menjadi seperti ini datangnya dari blok dakwah dan perjuangan haraki.
Tidak dinafikan, ramai je yang mampu meneruskan kehebatan depa albeit dalam pelbagai cara dan wasilah - Amin Idris misalnya. Tak pun seperti Amirudin Shari, yang semasa zaman Univnya aktif dalam gerakan pro-PKR dan kini menjadi ADUN atas tiket parti itu. Tak pun seperti Syafiq (ex al-Hijrah) yang semasa zaman belajarnya begitu aktif dalam PMRAM dan bila balik ke Malaysia, menggunakan statusnya sebagai presenter TV (dan kini sebagai penyampai Radio IKIM) sebagai medan dakwah dan harakinya.
Bagaimana dengan yang lain?
Malang sekali apabila kehangatan perjuangan zaman belajar itu tidak dimomentumkan hingga depa bekeluarga. Malang sekali apabila zaman kini, dengan pelbagai medium tersedia utk memudahkan depa berdakwah dan bergerak, tidak digunakan dengan sebaiknya. Ada facebook, pi post benda2 yang tak de kaitan. Ada blog, pi tulis pasal kisah ceritera keluarga masing2. Sampai anak baru nak tumbuh gigi pun kita post. Apa ni? Ini ke dakwah?
Org akan argue - dakwah itu bermula dari keluarga dulu baru turun ke masyarakat. Baik - zaman U dulu kenapa kita mampu turun untuk berdakwah hampir ke mana sahaja? Boleh kita terjah begitu banyak kawasan mengikut persatuan masing2 untuk menjalankan kerja2 Islam masa dulu - tapi kini mana pergi semangat itu? Ingat - Allah bagi kita ilmu bukannya untuk kita dok diam dan pelahap untuk diri sendiri tetapi ADA HAK ORG LAIN PADA ILMU DAN PENGETAHUAN YANG KITA ADA. Dakwah itu bukan untuk membimbing keluarga sendiri semata2. "Aku daie, aku didik anak aku jadi daie". Lepas tu, anak dia tu pun besar, kahwin, dapat anak, didik anak dia pulak jadi daie. Begitulah seterusnya sampai kiamat. Dakwah hanya bersifat internal. Tak berkembang. Apa kes ni beb?
Tak guna kalau kita berbangga diri kata yang kita masuk jemaah Islam memana, pertubuhan Islam itu dan ini, menyertai parti politik Islam seumpamanya kalau begitu banyak kecacatan dan kebejatan dalam gerakerja kita. Tak guna kita berbangga mencanangkan diri kita ni sebagai daie ulung kalau tugasan sebagai daie itu gagal kita implementasikan demi kemaslahatan masyarakat. Ilmu tanpa amal adalah tak berguna. Amal tanpa ilmu adalah sia2. Kena kedua2nya seiring, dan dituntun dengan Iman yang teguh.
Aku pesan diri aku sendiri dan semua sahabat, jangan kita berhenti dari berdakwah. Biar sibuk mana pun kita, dakwah adalah kewajiban kita. Dakwah tu pula tak terhad sesama kita je. Bukan sekadar usrah syok sendiri tetapi lebih kepada menerjah sasaran dakwah itu sendiri. Tak payah berbangga memberikan ceramah di surau dan masjid tapi kita tak mampu walau seminit berhadapan dengan kaki togok kat Jalan P Ramlee pada hujung minggu. Contohi qudwah Rasulillah saw yang begitu hebat merencanakan masa Baginda antara ketua keluarga, ketua negara dan pendakwah, dan contohi kecekalan Hassan al Banna menyampaikan dakwah beliau kepada pihak yang memang patut diberikan dakwah.
Dunia ini fitnah, oleh itu jangan jadikan ianya sebagai perosak perjuangan kita. "Dunia" di sana itu yang kekal abadi. Tujulah ke sana. Rasulullah saw bersabda, "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (muttafaq 'alaih). Jadi, apakah kita sudah cukup memanfaatkan ilmu kita ini? Renungkanlah.
Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment