بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
KIta dah tengok perjalanan aku waktu nak pi Kedah, dan dah pun tengok keadaan di waktu siang. So jom kita pi singgah tengok apa jadi waktu malam pulak.
Program malam mmg padat - bermula dengan solat hajat lepas maghrib, ucapan ramai personaliti termasuk Dato Fauzi, Aishah, Zaid "Robbie" Tandang, Dato Nik Zin, puisi A Samad Said, Mat Sabu, Tuan Guru Presiden dan diakhiri dengan doa yang cukup mantap drpd Tuan Guru Nik Aziz.
Kehadiran? Cukup sekadar aku katakan, sapa yang tak datang MEMANG RUGI.
Sampai ke luar depa solat maghrib. Subhanallah...para belia ni tak suka KPop ke?
Tak cukup atas padang (yang lecak teruk), depa solat atas kerusi penonton. Tapi solat tetap solat!
Tanpa K-Pop, tanpa hiburan, tanpa drag race - yang ada cuma solat, zikir, munajat...
Saudara Mohd Faizal begitu bersemangat kibar bendera PAS atas obor.
Pandangan dari 4 sudut berbeza kehadiran umat kat Himpunan Hijau. Gambar ini diambil sela 2 minit dari first pic sampai akhir. So buat kira2 sendiri.
Aku berlatarbelakangkan lautan manusia. Ada jugak puak tak sekolah kata ni gambar edit. adoiii...
Perjalanan balik tak de gambar sebab henpon aku kong. Cuma ingin aku nyatakan bahawa perjalanan ini amat2 best dan penuh pengalaman manis. Aku takkan lupakan pengalaman ini sampai bila2.
Hingga berjumpa lagi di Himpunan Hijau akan datang. Takbir!
sy dah sampai tp x gi sbb ada masaalah x boleh dilepaskan, sedihnya
ReplyDelete