Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, June 6, 2012
Jangan hanya menghentam!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Satu feveret para pejuang maya baik dari belah BN atau PR ialah menembak dan menghentam pihak lawan. Tak yah cakap orang - kekadang aku pun sama.
Bukan apa - taktik ni adalah satu taktik yang baik bagi merungkaikan kebobrokan dan kebejatan yang dilakukan oleh pihak2 tertentu agar diketahui oleh rakyat jelata. Dalam Islam, perbuatan ini dikira harus kerana mungkin dengan dedah menembak seperti ini dapat membantu rakyat agar tidak tersalah pilih pemimpin yang meneraju negara.
Namun kita tak harus lupa bahawa selain dari menembak, kita terutamanya dari kalangan PR kena lebih menumpukan juga kepada apakah tawaran2 yang akan kita berikan serta highlightkan pencapaian kita sepanjang 5 tahun kita memegang beberapa negeri. Ikutkan, pencapaian kita memang antara yang terbaik dan terbagus maka sayanglah sekali jika kebaikan dan kebagusan ini tenggelam dek penumpuan kita secara fokal menembak UMNO BN.
Paling penting, kita harus memberitahu secara fakta dan data kepada rakyat apakah tawaran kita, sama ada yang terkandung dalam buku jingga, secara ad hoc seperti pemansuhan PTPTN atau manifesto lokal. Seeloknya, kembarkan tawaran kita itu setiap kali kita menembak UMNO BN.
Contohnya, kita menembak kerajaan UMNO BN yang korup dan penuh rasuah, maka kita boleh pairkan dengan pencapaian kita yang terkenal sebagai kerajaan bebas rasuah serta mencatatkan surplus dalam belanjawan sepertimana yang dilaporkan oleh ketua audit negara. Ini penting supaya rakyat tahu apa yang boleh dan mampu kita buat. Keadaan sekarang dah berubah - PR terutamanya PAS makin diterima masyarakat so kita dah tak perlu bergantung harap kepada kelemahan lawan semata2. Kita ada kekuatan kita.
Semoga kita terus ampuh bergerak menuju ke Putrajaya dengan keredhaan Allah Rabbul Jalil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment