Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, June 14, 2012
PRU musim haji - awat terdesak sangat?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kalau perkara ini menjadi kenyataan, maka berlakulah satu benda yang paling mengarut dalam sejarah ketamadunan dunia, terutamanya dunia Islam.
Sekarang ni kecoh tentang betapa ada ura2 PRU 13 akan diadakan masa musim haji. Perkara ini menimbulkan pelbagai reaksi, dan PAS telahpun mengeluarkan kenyataan seandainya perkara ini terjadi, maka jemaah yang mendapat tawaran untuk menunaikan haji sesi kali ini menangguhkan dulu hasrat tersebut.
Kenyataan PAS tu - seperti biasa - diputar belit kaw2 oleh media2 talibarut. Digambarkan PAS seolah2 "mementingkan dunia berbanding kewajiban rukun Islam". Dimomokkan betapa PAS ini gila kuasa sampai sanggup membelakangi perintah agama dan pelbagai lagi.
Soalan - kenapa mesti kecam PAS? Kenapa tidak kecam pihak yang berura2 nak buat PRU masa musim haji tu? Depalah asbab sebenar kekecohan dan kekeliruan ni! Kalau tak de ura2 nak buat PRU masa musim haji, satu hapah polemik pun takkan timbul.
Masalahnya, kenapa perlu terdesak sangat sampai nak buat PRU masa musim haji? Mandat kerajaan sekarang hanya akan tamat pada Mac 2013 - a good 9 months away. Sekarang ni dah Rejab, nak masuk Syaaban. Bermakna tinggal lebih kurang 4 bulan lebih je untuk musim haji. Ada baki lebih kurang 5 bulan lagi. Tambahan, bulan Disember nanti cuti sekolah. Lebih mudah untuk rakyat mengundi. Yang dok kalut nak buat masa musim haji tu awatnya?
Ada pihak kata, ini adalah sebagai strategi mengurangkan undi untuk pihak PR terutamanya PAS. Secara jujur, aku tak berapa nampak rasionaliti balik alasan tu. Semua tau pengundi veteran dan saluran 1 - yang akan membentuk majoriti depa yang pi haji - adalah deposit tetap UMNO BN. Jika depa buat PRU masa musim haji, maka secara tak langsung deposit tetap itu akan lebur mcm tu je. Takut2, ini akan jadi satu lagi strategi makan tuan buat UMNO BN. Ingat lagi kes PTPTN di UNISEL?
Apapun, jika PAS meminta para jemaah menangguhkan perjalanan haji depa, itu tidak menyalahi syarak. Para jemaah dapat surat jemputan utk menunaikan haji, dan depa ada setiap hak untuk menerima jemputan itu IMMEDIATELY atau menangguhkannya dulu. Banyak je kes jemaah dapat jemputan tapi menolak atau menangguhkan jemputan itu atas alasan2 tertentu. So benda tu bukannya pelik. Tidak ada nas dan dalil mengatakan wajib tunai haji bila Tabung Haji bagi tawaran.
Plus, tuntutan untuk menentukan pemerintahan negara ini adalah satu kewajiban fardhu yang amat dituntut. Dalilnya? Ketika jenazah Rasulullah s.a.w masih terbujur di pembaringan dan belum diuruskan lagi, para sahabat dah berbincang bagi melantik pengganti Rasulullah selaku ketua negara. Nampak? Jenazah Rasulullah tu beb...pun boleh ditangguhkan dulu demi kemaslahatan negara.
Org akan berkata, "urus jenazah itu bukannya masuk rukun Islam pun" tapi ini adalah jawapan yang bodoh. Urus jenazah ini fardhu, maknanya ia adalah tuntutan yang besar dalam Islam utk dilakukan oleh umat Islam. Apatah lagi jenazah Rasulullah s.a.w. Tapi kalau itu pun boleh ditangguhkan untuk membincangkan perihal kepimpinan negara, maka sudah tentu tidak menjadi satu kesalahan untuk menolak tawaran menunaikan Haji itu - at least tangguh setahun. Inilah yang dinamakan "fiqh aulawiyyat" - fiqh keutamaan. So isu ni sebenarnya adalah non issue. Jika ada isu pun, bukan dari pihak PAS tapi dari pihak bodoh yang memandai2 keluarkan idea yang terencat ini.
Jamil Khir berkata urusan Tabung Haji menguruskan jemaah akan berterusan jika PRU berlangsung masa musim haji. Well, tu dah keje depa. Uruskan la. Tapi depa tak leh paksa kala org tanak pi. Dan depa jangan buat andaian dan tuduhan mengarut terhadap PAS pulak.
Jika Najib ini benar anak jantan, tak perlulah buat PRU sampai menyesakkan org nak beribadah. Buat la kat tarikh lain. Kalau dia anak jantan la. Tapi kalau depa teruskan jugak idea kurang cerdik ni, nampak sangat la siapa sebenarnya yang terdesak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment