Thursday, June 21, 2012

Keluarlah dari kepompong itu!



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Antara aspek terpenting dalam Islam adalah dakwah. Dakwah ni luas konsep dan skopnya. Secara bahasa mudahnya, dakwah bermaksud menyeru dan menyebarkan kebaikan dan mengajak org ramai supaya melakukan kebaikan dan jika diambilkira dalam konteks Islam, ingin mengajak manusia agar kembali kepada Allah dan RasulNya.

Secara asasnya juga, dakwah ini didalilkan oleh satu sabda Nabi Muhammad s.a.w yg cukup masyhur iaitu "sampaikan daripadaku walau sepotong ayat". Hadis ini menunjukkan tuntutan besar terhadap perihal dakwah ini dilakukan oleh semua umat yang mengaku umat Nabi Muhammad s.a.w. Tidak kira siapa, apakah kelayakannya, apakah gelarannya dan sebagainya pun, semua manusia yang mengaku beriman kepada Allah diseru untuk menyebarkan dakwah.

Cuma yang mejadi agak tersasar apabila masyarakat hanya memandang dakwah dan pendakwah tu sewajibnya ustaz atau ustazah. Menyampaikan medium dakwah pula dalam masjid, surau dan ceramah. Duduk atas kerusi, hadap microphone, cerita bab hukum hakam agama secara terperinci sampai berbelit2, dan sebagainya. You get the picture.

Masalahnya, yang stok datang masjid surau tu kalau ikutkan mmg jenis yang dah baik atau tengah nak jadi baik. Jenis yang dah insaf, yang menyantuni rumah2 Allah. Taraf depa ni bukan lagi dakwah tetapi kuliah. Beza yang besar tau antara kuliah agama dengan dakwah ni.

Yang sepatutnya jadi medium dakwah kita ialah depa yang diluar sana. Depa yang masih lagi hanyut dan lalai dengan dunia. Kutu2 tembok, mat2 rempit, kaki disko, kaki karaoke, kaki lepak, bohsia dan sebagainya. Inilah sebenarnya sasaran dakwah kita yang sebenar. Bukannya depa yang dok datang masjid surau!

Persoalannya, mampukah kita keluar dan berdakwah dengan golongan sebegitu? Atau lebih tepat lagi, bagaimanakah ingin berdakwah dengan golongan sebegitu? Malah lebih besar lagi, mahukah kita keluar dari kepompong zon selesa kita untuk menghadapi misi dakwah yang getir itu?

Aku pernah bagi satu contoh dakwah yang mudah - sekumpulan remaja main bolasepak tengah padang. Waktu dah makin senja. Salah seorg drpd remaja tu pun berkata, "weeiii..dah nak maghrib ni. Jom balik - siap2 pi surau." Itu pun adalah dakwah. Maknanya, dakwah ni bukan maksudnya nak cerita agama pung pang sampai masuk bab hadis dan qias, tapi lebih kepada mengajak depa ni buat baik tanpa perlu kondem kehidupan depa yang sedang depa lalui itu. Contoh yang terbaik selalu disebut oleh Usta Azhar Idrus. Dia selalu berkata "mu nak rempit, rempit lah tapi jangan tinggal solat, jangan tinggal ibadat, puasa, hormat org tua." Sekali imbas, mcm pelik sebab kita suruh depa buat baik tapi tak tegah depa dari terus buat benda yang lagha itu. Tapi itulah strategi sebenarnya. Allah berfirman dalam surah al Ankabut ayat 45, "Bacalah wahai Muhammad akan apa yang diwahyukan okeh Tuhanmu dan dirikanlah solat dengan tekun. Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar, dan mengingati Allah itu adalah sebesar2 perkara dan Allah Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini? Simple - kita bagitau depa "apa yang patut depa buat" dan bukannya "apa yang patut depa tak buat" dulu. BIla kita bagitau depa benda yang "patut depa buat", dan depa ikut, insya Allah depa akan tertarbiyyah dengan sendirinya untuk meninggalkan perkara2 tak elok yang depa lakukan. Hassan Al Banna r.a sendiri keluar dari kepompong selesa beliau untuk masuk ke dalam disko - berdakwah dalam disko. Beliau tak kata itu ini haram, tetapi lebih kepada mengajak khalayak disko itu untuk kembali kepada Allah in the simplest way possible. Sudahnya? org datang disko tu bukan sebab nak meronggeng tapi sebab tunggu Hassan Al Banna.

Dakwah ni tugas kita semua. Seruan itu adalah tuntutannya ke atas kita. KIta tak perlu tunggu sampai kita digelar ustaz pendakwah dan sebagainya untuk menyebarkan kebaikan. Tak perlu tauliah pun! Kita bukan nak mengajar kitab. KIta hanya menyampaikan perkara yang wajib sahaja kepada khalayak. Hatta menyeru org ramai kutip sampah juga adalah dakwah.

Dakwah ini luas skopnya. Wasilahnya pelbagai. Soalnya, berani atau tak kita keluar dari kepompong itu?

Tepuk dada, tanya iman. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment