Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, June 28, 2012
Memang pelik kalau artis masuk PAS...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Teringat aku satu perbualan antara aku dgn Datuk Tarmizi Mohd Jam ketika membicarakan ttg exodus artis masuk ke dalam PAS. Beliau berkata, "artis masuk UMNO memang tak pelik, tapi mmg pelik kalau artis masuk PAS."
Kenapa ungkapan sedemikian keluar?
Baik. Kelibat artis berpolitik ni bukannya perkara baru. Datuk Jins Samsudin antara pelopor artis berpolitik hingga dilantik menjadi senator di Dewan Rakyat. Walaupun beliau tak bertanding atas tiket mana2 parti di mana2 kawasan, tapi kapasiti beliau sebagai artis veteran yang berpengaruh serta mengetuai badan2 persatuan artis di Malaysia melonjakkan nama beliau sebagai "politician artist".
Namun, itu bukanlah tumpuan aku. Tumpuan aku adalah mengenai sikap fobia khalayak terutamanya puak2 lagha bila artis berpolitik berhaluan kontra-UMNO.
Dunia artis ni majoritinya lagha. Penuh maksiat, noda dan dosa, serta perkara2 yang tak selari dengan tuntutan Islam - melainkan artis nasyid. Tak dinafikan ada sebilangan artis yang tidak mengejar glamor dan kekal menunaikan tuntutan agama walaupun depa artis, tetapi bilangan depa tak seramai mana kalau nak dibandingkan dengan puak2 yang lalai dan leka ni. Kelalaian dan kelekaan inilah yang menjauhkan depa daripada agama dek kerana ingin mengejar glamor dan harta serta populariti. Gossip dan sebagainya adalah rencah kehidupan depa dan dibangga2kan pula tu.
Kelibat media yang amat meraikan golongan sebegini juga tak membantu. Majalah Mangga misalnya seringkali mengeksploitasi kecantikan dan kehenseman para artis muda bergetah ini sebagai santapan nafsu para pembacanya. Sebab tu, amat tak mengejutkan bila ada akhbar tak lama dulu buat "mini poll" bertanyakan pandangan artis mengenai hukum hudud dan jawapan yang diterima amatlah menakutkan - seolah2 bagi depa, hukum hudud tu tak de masalah kalau diperkotak katikkan. Na'uzubillah.
Dan majoriti depa ini, jika ditanya, pastinya menyokong UMNO BN atau totally ignorant dengan dunia sosiopolitik negara. Ada yang terkedepan menyatakan sokongan depa - Zed Zaidi, Awie, Lisa Surihani, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan yang terkini, Amy Search (yang dulunya mengakui amat mengagumi Nik Aziz. Kagum tu ikhlas ke?)
Dan umum mengetahui apakah jenisnya artis yang sokong UMNO ni - depa kekal dengan kelaghaan, terus mencambahkan dunia seni ini dengan nyanyian dan lakonan yang menjurus kepada haram dan sebagainya. So, artis yang masuk UMNO ni tak de apa2 anjakan paradigma pun. Depa kekal lagha - cuma dulu lagha tak de parti, dan kini depa lagha sambil menyertai parti penggalak lagha. Tu je.
Berbeza dengan artis yang masuk PAS. Artis yang masuk PAS ni biasanya depa yang berubah ke arah fitrah. Menjadi lebih dekat dengan Allah. Kalau dulunya tayang rambut karat, sekarang dah menutup aurat. Kalau dulunya dressing mcm pontianak gila, kini pakaian sunnah yang disarung. Pendekata, depa ini berubah dari manusia yg teruk dan hancus kepada manusia yg lebih baik. Asalnya depa ni berubah bukan sebab nak berpolitik sangat pun. Asalnya depa berubah disebabkan kesedaran sendiri - seperti Bob Lokman misalnya. Tapi apabila depa kembali kepada fitrah, maka hijab minda depa turut terbuka dengan izin Allah lantas depa merasakan ada keperluan dan kewajiban untuk memperjuangkan Islam di bumi Malaysia dan melenyapkan puak2 taghut. So, PAS is an obvious choice.
Jarang artis yang seksi meksi dan kekal seksi misalnya menyertai PAS.
Yang kelakarnya, apabila artis2 ini masuk PAS, dipolemikkan pula oleh pihak2 yang tak berpuas hati. Diperlekehkan tindakan depa. Dikatanya depa "masuk PAS sebab nak berpolitik". Then, apakah bezanya artis masuk UMNO pula? UMNO tu persatuan penduduk ke? UMNO adalah parti politik terbesar di Malaysia (dari segi jumlah ahli terkumpul) so apakah org2 seperti Zed Zaidi atau Awie masuk UMNO, depa tak berpolitik? Mungkin - artis2 yang masuk UMNO tidak berdiri di atas pentas ceramah UMNO (kecuali AC Mizal - tu pun tak laku) berbanding artis2 yang masuk PAS tapi ini membuktikan satu perkara - artis yang masuk PAS lebih jelas conciousnya banding artis yang masuk UMNO. Artis yg masuk PAS lebih berilmu banding artis yg masuk UMNO hingga depa mampu untuk berucap dan berpidato jika dibandingkan dengan artis yg masuk UMNO, yang aktiviti depa bersama UMNO adalah terus mencambahkan budaya hedonisme kat Malaysia. Ada artis2 yg masuk UMNO ni berbicara ttg masalah sosioekonomi rakyat? Isu2 negara? Tak - depa hanya bicara "ingin melahirkan lebih ramai artis".
Kenapa mesti diperlekeh artis yang berubah dari lagha kepada fitrah, seterusnya depa memilih PAS sebagai platform perjuangan depa? Aku pernah share pasal skeptikaliti org terhadap perubahan ini tak lama dulu.
Ini belum cerita segala sekatan dan halangan yang diterima oleh para artis yang masuk PAS tersebut. Pastinya depa ini akan disekat dan dihalang drpd muncul di kaca tv. Kalau dia itu pelakon, mungkin kurang produser akan ambil dia berlakon. Kalau dia penyanyi, akan tidak diundang untuk buat persembahan di kaca tv mahupun majlis2 umum. Tapi depa peduli apa? Rezeki di tangan Allah. Depa sanggup hadap risiko demi menuntut perubahan. Artis2 masuk UMNO? Hingga kini spoonfed.
Memang tak pelik kalau artis masuk UMNO, dan teramatlah pelik bila artis masuk PAS. Apa nak heran, bukankah Nabi s.a.w pernah bersabda, "Islam itu datangnya asing, perginya juga asing, maka berbahagialah bagi mereka yang asing"?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment